The Sweetest Bonda is...

6:14 PM 8 Comments A+ a-

Salam Bondas semua..

Okay memula nak say sorry sangat2 dulu ya koz delay lagi keputusan 'contest' ni *sori*

Anyway para juri telah pun selamat memilih 'entry' yang disukai dan yang paling 'mencuit hati'.. Jadik setelah saya mengira undian tersebut maka harus la dinyatakan di sini bahawa Sweet2 Bonda yang berjaya 'menggoda' para juri ialah..... Jeng! jeng.. *ihiks*

Bagi Medela Harmony igauan ramai ini para juri secara beramai2 telah pun memilih cik puan wie. Ini adalah 'entry' cik puan ini yang telah berjaya menarik perhatian juri2 ye.. Buat wie, semoga pam ini memudahkan anda dalam dunia pengepaman.. :)

Saya adalah Sweet Bonda kerana…
sentiasa comel beraksi remaja,
meski sibuk berkeluarga dan berkerjaya.

sentiasa melapangkan masa mengepam di mana-mana,

pabila tak bersama anakanda tercinta.


sentiasa awal ke tempat kerja,
untuk mengepam sebelum sesiapa.

sebaik pulang ke rumah nan syurga,

terus menyusukan dengan gembira.


sentiasa tekun memenuhkan peti ais,

dengan harapan stok susu tak akan habis.

sanggup tersengguk berjaga malam,

memujuk anak jangan meragam.


kadang tertido semasa di office,

nasib baik dapat bos yang sporting abes.

sentiasa ceria walaupun renyah,

sentiasa sabar di dalam payah,


sentiasa ketawa tatkala penat,

asal dengan menyusukan anak kan sihat.

sentiasa berusaha dan berusaha,

penyusuan eksklusif matlamat utama.


kerana itu tiada keraguannya,
bukankah saya ini “a sweet bonda”?

Hadiah kedua ini pulak telah jatuh kepada Mommyyus si ibu yang sanggup melepaskan jawatannya demi anak2 tercinta..

So, Mummyyus.. dah dapat bengkung ni nampaknye tanda2 'seru' tuk pregnant anak ketiga dah sampai ye.. *tih tih*

This is her entry..

"Saya adalah Sweet Bonda kerana...

"
Kerana saya akan sentiasa berada di sisi anak2 saya di saat2 mereka masih memerlukan saya atau pada bile2 masa mereka menginginkan saya berada bersama mereka, walaupun sekiranya nanti keadaan tidak mengizinkan atau mereka tidak lagi memerlukan saya, perasaan ingin di sisi mereka tetap di hati. Pergh..ayat tak ingat punye. Tapi betullah Kak Lin, ayat ni sebenarnye ayat dalam hati saya, sepatutnye saya sorang je tahu. Malu arr.. Pss..Kak Lin jgn bgtahu sape2.

Dulu saya kerja, tapi kesian tengok anak2 saya. Bile time hantar dorang kat babysitter gelap..amek pun gelap. Hantar dan amek tidur. Bile masenye saya dapat luangkan mase saya ngan dorang. Weekend je. Seumpama saya hantar mereka bekerja. Sebab saya punye imiginasi pun dasyat jugak. So, saya pk..mesti otak dorang penat bekerja, yelah seharian dok tertanye dlm diri sendiri, ‘Mane mama ni? nape mama hantar saya kat umah orang lain? dah malam..nape tak amek2..? janji akan sentiasa berada di saat di perlukan?..Hah..sudah! Jadi dengan keputusan yang tekad, terus meletakkan jawatan ! Sweet tak? Tak ke? Xpelah….Bukan nak mengungkit, tak terlintas pun. Untuk di renung-renungkan.. Dan saya juga janji kat dalam diri saya ni akan selalu membantu, membimbing dan mendidik mereka sehingga manjadi orang yang berguna, berjaya dunia akhirat.

To my lovely & sweet daughter Nur Hani Marissa and my very noty son Abdul Rahman, I Promise you, I Will....


I Promise You I Will
if you need a friend don't look to a stranger you know in the end i'll always be there and when you're in doubt and when you're in danger take a look all around and i'll be there im sorry, but im just thinking of the right words to say (i promise you) i know they don't sound the way i planned them to be (i promise you) but if u wait around the world, i'll make you fall for me (i promise you) i promise you, i promise you i will when your day is through and so is your temper you know that to do i'll always be there sometimes if i shout it's not quite intended these words just come out with no cross to bear I promise you I will. I will. I will.

Now, saya ada 3 hadiah saguhati..

'Storage Bottle' yg comel ini akan dimiliki oleh cik puan BUNGA..

Ni simpan stok susu boleh.. sebagai feeding bottle pn boleh jugak..

Ni la entry nya ye..

Saya adalah Sweet Bonda kerana..
Saya memang sweet dan perasan muda,
Bukan saya sahaja, malah anda juga,
Untuk kawan2, diluar sana,
Ingin saya kongsi, 'tentang' saya.

Saya bonda kepada dua cahayamata,
Kedua2nya lelaki hero di hati saya,
Merekalah penyeri dan pengubat duka,
Anugerah terindah bagi kami sekeluarga.

Pengalaman mengandung sangat berharga,
Walaupun mabuk hingga ke akhirnya,
Lahirnya anak, hilanglah sakitnya,
Bermulalah episod baru bergelar bonda.

Izkhan nama dberi dialam 'maya',
Anak yg sulung, 3 tahun usianya,
Walaupun lasak, tp sangat manja,
'Cars' movie yg sgt digemarinya.

Iman pula anak kedua,
Baru setahun lahir kedunia,
Sangatlah comel dan juga ceria,
Juga sensitif seperti abangmya.

Setiap detik sangat bermakna,
Saat bergelar seorang bonda,
Pengalaman manis takkan dilupa,
Bila tua dikenang semula.

Anak kurnia dari Yang Esa,
Sebagai 'hadiah' buat kita,
Didikla mereka wahai ibubapa,
Merekalah 'penyuluh' di 'alam' sana.

Manisnya pengalaman bergelar bonda,
Setiap orang tidak sama,
Buat wanita diluar sana,
Anda SWEET BONDA untuk selamanya :)

Ok, next is.. hehe.. saya TERsangat suka produk ini ye..
Bagi wanita memang elok sangat2 sebab dalam minuman ni ada collagen (tuk kulit), pastu bagi sape2 nak 'up' kan ur ups n down tu boleh la try ni ye.. *wink* -terlebih suda promote barang ni.. huhu-

Back to business, CCPP ini akan dipos pada cik puan yaya+frdz+auf yang rocks!!
*sangat suka dengan terms 'breastaurant' yg digunakan oleg cik yaya dlm entry dia ni..

"Saya adalah Sweet Bonda kerana...cukup 'rocks' membenarkan anak kecil saya memakai jeans lusuh seawal umur 4bulan.....dan saya sentiasa membuka breastaurant saya bila2 masa sahaja dan dimana sahaja untuk anak saya a'uf mikail yang cumel itu.....*sengih*.....saya juga sweet sebab saya akan pam susu setiap hari di ofis dengan wajah sedang senyum2 untuk melancarkan pengeluaran susu saya dan sanggup bekejar-kejaran membawa kereta ala2 seorang drifter terhebat waktu lunch utk menyusukan anak saya dirumah.... saya cuba untuk sentiasa jadi seorang bonda yang happy supaya anak saya juga seorang yang happy. :) dan saya akan jadi lebih sweet jika puan sweetbonda.com menghadiahkan saya dengan pam susu yang cumel itu sebagai assistant untuk mengurangkan beban dalam menguruskan breastaurant saya. *kelip* *kelip*. hehe....."

Last but not least is buku panduan penyusuan ini.. Sangat berguna pada ibu bapa yang masih lagi 'baru' dengan dunia 'susu ibu'.. Dlm buku ni ada diberitahu tentang cara memerah, mengumpul stok dan cara penyediaan susu ibu buat si manja.. Buku ini akan menjadi milik cik puan NORAFESA yang amat tabah orangnye.. :)

Entry:
"Saya adalah Sweet Bonda kerana ... alhamdulillah saya kini bahagia dengan 3 anugerah Allah yang sweet-sweet belaka... dalam susah dan senang, saya berusaha memberikan yang terbaik untuk Anis, Eiman & Arissa... pahit manis, suka duka, tawa dan tangis telah saya harungi selama ini hanya Allah yang mengerti dan akan terus saya lalui demi mereka bertiga... membesarkan mereka dalam suasana yang 'not-so-pro-breastfeeding' mencabar kekuatan emosi, namun atas rahmatNya... ketiga-tiga dapat merasa nikmat susu ibu yang merupakan 'the sweetest gift' dari seorang bonda kepada zuriatnya... walau terpaksa berkorban masa, wang dan bentuk badan *ececececeh*... sesungguhnya pemberian terindah itu bakal membawa kemanisan dalam hidup saya dan anak-anak pada masa hadapan kelak, Insya Allah :) ...yang pasti, ianya salah satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah"

Tahniah pada semua pemenang.. bagi yg takde rezeki jangan berputus asa.. teruskan penyusuan si manja.. kuatkan semangat..

Bukannye entry bondas yg lain tu tak best.. tapi mungkin ada syarat2 yg terlupa nak diikuti.. insyaAllah len kali saya buat contest lagi.. InsyaAllah..

*Bondas yg menang tu sila sms full name n address ke 012-2233754 ye.. Hadiah akan dipos secepat mungkin.. :)