Persediaan Bagi Ibu Yang Akan Bekerja

4:00 PM 2 Comments A+ a-


Saya selalu mendapat pertanyaan daripada first-time-mom yang ingin membuat persediaan mengenai penyusuan mereka apabila kembali bekerja nanti. Pam bagaimana yang sesuai? Susu yang diperah mahu diletak di mana? Berapa lama susu boleh diletakkan di dalam cooler bag? Dan sebagainya. Jangan risau. Saya juga suatu ketika dahulu menghadapi masalah yang sama seperti anda. Tidak tahu hendak bertanyakan pada siapa. (Lagipun pada masa itu ramai kawan2 saya belum berkahwin. Ops! Ok.. Saya kahwin awal :P). Nasib baik ada kumpulan sokongan menyusu SUSU IBU. Maka di situlah tempat saya meluahkan perasaan kepada ibu2 yang lain dan kemudiannya menjadi seorang ibu yang sangat bersemangat untuk menyusukan anaknya sepenuh hati!

1. Niat dan berazam!


Menyusukan bayi anda sendiri dengan air susu anda sendiri merupakan satu keinginan yang fitrah. Jika anda seorang yang benar2 menginginkan yang TERBAIK buat darah daging anda, maka ya inilah jawapannya. Saya anggap anda sudah tahu khasiat susu ibu yang tiada tandingannya hatta susu kambing pun tak boleh lawan ini. Berusahalah mencari ilmu2 penyusuan ini sebanyak yang mungkin sebelum melahirkan anak. Di internet ini sudah banyak info2 yang berkaitan. Majalah juga berlambak di pasaran. Ibu2 atau kawan2 anda satu ofis juga pasti tahu.

2. Melabur pada pelaburan yang menguntungkan!

-Contoh sahaja-

Pam susu.

Kita selalu memilih yang elok2 dan yang branded dan yang mahal harganya bagi diri kita. Kita mahu kelihatan sentiasa muda, maka kita pun memilih SK-II untuk tujuan itu (walau tahu harganya mahal). Kita sanggup berlapar demi membeli hand bag jenama Coach bola jaring yang ribu riban itu. Si ayah sanggup menghabiskan gaji sebulan demi membeli smartphone yang terbaru. Semuanya kerana kita tahu kualiti itu selalunya datang dengan harga yang mahal. Jadi pesan saya, kalau betul2 mahu 'kekal lama' dalam dunia penyusuan ini, anda dan pasangan anda seharusnya jangan lokek untuk membeli pam yang baik dan berkualiti. Untuk anak anda juga.

Ada berbagai2 jenis pam yang ada di pasaran. Ada yang manual. InsyaAllah harganya murah juga. Dan ada yang menggunakan elektrik/bateri. InsyaAllah, harganya mahal juga :P.
Tapi saya suka recommend pam yang double-pumping dan electric. Ini adalah kerana ia dapat memaksimumkan pengeluaran susu kita dan juga menjimatkan masa bagi ibu2 yang bekerja. Jangan risau. Ada juga yang harga ratus2 sahaja. Dan ada juga yang sampai ribu riban. Semuanya terpulang kepada anda. Apa2 pun membeli pam yag elok adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Selain dapat digunakan pada penyusuan anak2 yang akan datang, anak susuan ibu sepenuhnya juga sangat2 jarang sakit. Kalau setakat demam selesema itu biasa, (anak2 kita juga perlu untuk sakit sebab dia perlu bina antibodi juga!) tapi yang luar biasa kalau anak kita dalam sebulan 2, 3 kene admit ward. Dah la kita kene EL, terpaksa bayar kos perubatan lagi. (Belum masuk lagi duit beli Formula Milk yang sangat2 mahal lately tapi khasiat tak seberapa ). Oh ya, sila beli pam yang memang diakui oleh pakar2 penyusuan susu ibu ya..


-Contoh sahaja-

Cooler Bag

Bila kita bekerja, kita perlu Cooler Bag sebagai 'peti sejuk' kecil kita. Pilih lah cooler bag yang sesuai mengikut citarasa anda. Ada banyak cooler bag di pasaran. Anda cuma tentukan bajet dan insyaAllah anda mampu mendapatkan cooler bag yang sesuai.


-Contoh sahaja-

Cooling Element (Ice Packs)

Ini juga sangat penting, supaya anda boleh mengekalkan tahap kesejukan susu perahan (EBM) anda tadi sehingga anda kembali semula ke rumah.


Storage Bottle /Storage Bag

-Contoh sahaja-

Ok, anda juga perlu untuk ada bekas untuk menyimpan susu2 anda di peti sejuk. Anda boleh memilih untuk menyimpan menggunakan botol ataupun menggunakan beg plastik khas untuk susu ibu. Sangat2 penting, pastikan semuanya BPA-free ya.


3. Doa, tawakal dan jangan putus asa!




Dari hari pertama anda telah berazam untuk menyusukan bayi anda, bersedialah dengan apa2 sahaja halangan yang akan tiba. Anda mungkin akan mengalami crack nipple, ataupun tidak akan mendapat support dari orang2 di sekeliling anda ataupun apa2 jua cabaran yang kita tidak akan tahu. Sentiasalah berdoa dengan penuh mengharap supaya dimurahkan rezeki buat anak anda yang bertuah itu. Semoga anda dipermudahkan oleh Allah atas segala2nya. Dan semoga juga anda turut mendapat pahala dan keberkatan di atas segala kebaikan anda yang telah berusaha keras untuk menunaikan tanggungjawab anda dalam memberikan hak anak anda iaitu SUSU IBU sepenuhnya!


Pasrah dan tawakal lah pada Allah setelah anda berusaha bersungguh2 dan jangan sesekali berputus asa. Di luar sana masih ramai lagi yang sama2 berusaha seperti anda. Dan mungkin ada yang lebih payahnya berbanding anda!


Cuba2lah join support group di kawasan anda. Ataupun anda boleh google sahaja di internet. InsyaAllah ramai yang sudi membantu, termasuk saya.

Semoga berjaya!







Mengapa Saya Mahu Menyusukan Anak Saya Dengan Susu Ibu?

10:46 AM 6 Comments A+ a-


Salam ibu2 manis (and mom-to-be) yang sentiasa bersemangat untuk menyusukan si manja dengan susu ibu..


Alhamdulillah, hari ini sudah hampir 6 tahun saya 'bergelumang' dengan penyusuan susu ibu buat ketiga2 orang anak saya yang tersayang. Dan buat si manja saya yang paling bongsu (read: 1 tahun suda) saya masih lagi meneruskan penyusuan susu ibu sehingga sekarang. Untuk yang ketiga ini saya berharap dan sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk dia sehingga 2 tahun penuh. Ini adalah perjuangan yang pertama bagi saya dalam menamatkan misi untuk 2 tahun. Kenapa ye? Ha.. Sebab sebelum ni, anak2 saya yang pertama dan kedua, mereka berhenti pada umur 1 tahun lebih (- +) kerana saya mengandung. Jadi saya ni tak pernah lagi mencapai (TERcapai) hajat di hati untuk BF sepenuhnya sehingga 2 tahun! So ini adalah antara cabaran TERbesar saya pada tahun 2011 ini. *Hehe*


Sebenarnya, pilihan untuk menyusukan anak2 dengan susu ibu adalah bergantung sepenuhnya pada si ibu. Pilihan adalah jelas. Mahu atau tidak. Secara peribadi, saya tidak suka 'memaksa' ibu2 yang tidak ada 'hati' untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu berbanding dengan susu formula (lembu atau kambing). Masing2 ada pendapat tersendiri. Bagi saya info berkenan susu ibu sudah ada di mana2 dan senang untuk didapati. Di klinik kerajaan, di internet, kawan2 seibu, kawan2 sepejabat, kadangkala si ayah pun tahu berkenan susu ibu ini. Jadi tidak mungkin si ibu itu tidak tahu langsung mengenai susu ibu! Apa yang penting, kesungguhan dan 'passion' pada susu ibu itu adalah WAJIB untuk si ibu berjaya menyusukan anaknya. Kalau anda tak percaya, mana mungkin ada ibu yang sanggup berhabis duit sendiri untuk membeli semua keperluan penyusuan susu ibu. Ada yang sanggup bangun malam untuk mengepam (siap update kat facebook lagi :D). Ada yang sanggup membeli pelbagai supplemen dan mencuba pelbagai makanan yang boleh membantu 'boost' kan pengeluaran susu, dan ada juga ibu yang sampai menitiskan air mata apabila 'supply' susu merudum. Kerana apa ye? Semuanya kerana anak yang tercinta. Semuanya kerana tahu akan nikmat dan nutrisi susu ibu yang tidak terhingga. Semuanya kerana tahu betapa kuatnya ikatan kasih yang akan terjalin antara ibu dan anak sehingga besar. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah HAK anak. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah makanan yang TERBAIK yang Allah ciptakan untuk darah daging anda!


Sebab itu lah saya memilih untuk menyusukan anak2 saya dengan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan yang pertama dalam hidup anak saya. Dan diteruskan sehingga bulan2 yang berikutnya sehingga 2 tahun (atau lebih) dengan menambah makanan pelengkap buat mereka. Nasib anak anda terletak di tangan anda. Apa yang anak anda makan pada awal2 kehidupan mereka akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kalau nak tahu, salah satu sebab mengapa anak obesiti adalah kerana pengenalan makanan pejal (solid food) yang terlalu awal. Organ dalaman belum matang tapi kesian mereka terpaksa menelan makanan (nestum etc) sebelum usia 6 bulan. Apabila ini berlaku maka, si organ dalaman yang belum matang sepenuhnya tadi akan bekerja keras dan akan efek kepada sistem penghadaman si anak tadi. Jadi ibu2 manis semua pilihan terletak di tangan anda. Anda lah yang akan mencorakkan masa depan anak2 anda.. :D


Sweet Bonda: Sangat suka pada 'passion' seorang ibu yang sangat 'gila' pada BF. Anda salah seorang dari 'orang gila' itu kah? Ya, saya salah seorang 'orang gila' itu :D