Mengapa Saya Mahu Menyusukan Anak Saya Dengan Susu Ibu?

10:46 AM 6 Comments A+ a-


Salam ibu2 manis (and mom-to-be) yang sentiasa bersemangat untuk menyusukan si manja dengan susu ibu..


Alhamdulillah, hari ini sudah hampir 6 tahun saya 'bergelumang' dengan penyusuan susu ibu buat ketiga2 orang anak saya yang tersayang. Dan buat si manja saya yang paling bongsu (read: 1 tahun suda) saya masih lagi meneruskan penyusuan susu ibu sehingga sekarang. Untuk yang ketiga ini saya berharap dan sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk dia sehingga 2 tahun penuh. Ini adalah perjuangan yang pertama bagi saya dalam menamatkan misi untuk 2 tahun. Kenapa ye? Ha.. Sebab sebelum ni, anak2 saya yang pertama dan kedua, mereka berhenti pada umur 1 tahun lebih (- +) kerana saya mengandung. Jadi saya ni tak pernah lagi mencapai (TERcapai) hajat di hati untuk BF sepenuhnya sehingga 2 tahun! So ini adalah antara cabaran TERbesar saya pada tahun 2011 ini. *Hehe*


Sebenarnya, pilihan untuk menyusukan anak2 dengan susu ibu adalah bergantung sepenuhnya pada si ibu. Pilihan adalah jelas. Mahu atau tidak. Secara peribadi, saya tidak suka 'memaksa' ibu2 yang tidak ada 'hati' untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu berbanding dengan susu formula (lembu atau kambing). Masing2 ada pendapat tersendiri. Bagi saya info berkenan susu ibu sudah ada di mana2 dan senang untuk didapati. Di klinik kerajaan, di internet, kawan2 seibu, kawan2 sepejabat, kadangkala si ayah pun tahu berkenan susu ibu ini. Jadi tidak mungkin si ibu itu tidak tahu langsung mengenai susu ibu! Apa yang penting, kesungguhan dan 'passion' pada susu ibu itu adalah WAJIB untuk si ibu berjaya menyusukan anaknya. Kalau anda tak percaya, mana mungkin ada ibu yang sanggup berhabis duit sendiri untuk membeli semua keperluan penyusuan susu ibu. Ada yang sanggup bangun malam untuk mengepam (siap update kat facebook lagi :D). Ada yang sanggup membeli pelbagai supplemen dan mencuba pelbagai makanan yang boleh membantu 'boost' kan pengeluaran susu, dan ada juga ibu yang sampai menitiskan air mata apabila 'supply' susu merudum. Kerana apa ye? Semuanya kerana anak yang tercinta. Semuanya kerana tahu akan nikmat dan nutrisi susu ibu yang tidak terhingga. Semuanya kerana tahu betapa kuatnya ikatan kasih yang akan terjalin antara ibu dan anak sehingga besar. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah HAK anak. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah makanan yang TERBAIK yang Allah ciptakan untuk darah daging anda!


Sebab itu lah saya memilih untuk menyusukan anak2 saya dengan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan yang pertama dalam hidup anak saya. Dan diteruskan sehingga bulan2 yang berikutnya sehingga 2 tahun (atau lebih) dengan menambah makanan pelengkap buat mereka. Nasib anak anda terletak di tangan anda. Apa yang anak anda makan pada awal2 kehidupan mereka akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kalau nak tahu, salah satu sebab mengapa anak obesiti adalah kerana pengenalan makanan pejal (solid food) yang terlalu awal. Organ dalaman belum matang tapi kesian mereka terpaksa menelan makanan (nestum etc) sebelum usia 6 bulan. Apabila ini berlaku maka, si organ dalaman yang belum matang sepenuhnya tadi akan bekerja keras dan akan efek kepada sistem penghadaman si anak tadi. Jadi ibu2 manis semua pilihan terletak di tangan anda. Anda lah yang akan mencorakkan masa depan anak2 anda.. :D


Sweet Bonda: Sangat suka pada 'passion' seorang ibu yang sangat 'gila' pada BF. Anda salah seorang dari 'orang gila' itu kah? Ya, saya salah seorang 'orang gila' itu :D

6 Sweet Bonda berkata-kata

Write Sweet Bonda berkata-kata
MyRule
AUTHOR
Tuesday, March 08, 2011 delete

Yeaaa.. saya pun salah sorang dari ibu tersebut. Even baru lagi jadi ibu..tapi saya berharap dapat cecah 2 tahun. Reason?? I luv time bf kan baby.. :P

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Tuesday, March 08, 2011 delete

Ha betul tu.. Lagi2 time menyusu tu smbl bertentang mata.. Rasa mcm sayangnye kat anak kan? :D

Reply
avatar
angah`izza
AUTHOR
Tuesday, March 08, 2011 delete

kak lin..ya saya juga o/
ibu yg gila sgt pd bf.alhamdu lillah..saya masih lg fully bf my baby wafiyya until now usianya nk msuk 9 bln =). suka3..(wlpn saya face byk probs sepanjang tmpoh ni, specially nipple cracks+bngkak susu)
tq my best frens yg setia, cik medela swing& harmony yg turut m'bantu saya utk prepare stok buat si manja sepanjang tempoh saya bekerja

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sunday, March 13, 2011 delete

angah `izza.. ya betul tu kan.. wlupun sakit tp hati ibu puas sebab berjaya susukan anak dengan miracle drops ni.. mudah2an banyak pahala yang Allah berikan.. :D

Reply
avatar
syeda
AUTHOR
Tuesday, March 22, 2011 delete

salam...sy pun same. very passionate about bf.siap promote kt kwn2 lg.tp, semalam tersangat2 letih sbb buat eksperimen kt lab (ibu yg masih study) pastu kul 5 br dpt pump susu..alhamdulillah...masih ade rezeki utk puteri sy...ble blk umah, anak lak asyik nk 'bergayut' je...mula2 takut badan makin letih..tp rupe2 nye badan makin segar lepas anak menyusu.mungkin tu nikmat yg Allah bg utk kite ibu2 menyusu ni..smbl menyusu anak, smbl kite dpt merehatkan badan...ape2 pun sentiasa kene think positive...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thursday, March 24, 2011 delete

yup thats rite syeda.. selalunya time nyusu tu la kita boleh tido sekali kan.. :D

Reply
avatar