Mudahnya Membina Kerjaya Bersama Shaklee - Mengapa Shaklee Semakin Menjadi Pilihan Ramai Orang?

9:14 AM 1 Comments A+ a-



Adakah Shaklee sebuah kerjaya??? Bolehkah kita membina kerjaya bersama Shaklee? Jawapannya sangatlah mudah... iaitu pilihan di tangan anda. Apa yang pasti sejak dahulu lagi Shaklee telah menawarkan peluang pendapatan lumayan jika kita berkecimpung dengan serius dalam Shaklee.


Kualiti Produk Yang Sentiasa Semulajadi, Selamat Dan Berkesan

Terima kasih kepada kualiti produk Shaklee yang menjadi tunjang kepada Shaklee selama ini. Shaklee telah menyumbangkan lebih kurang USD 300 juta setiap tahun untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan sahaja bagi memastikan produk Shaklee sentiasa relevan dari semasa ke semasa. Para saintis juga bekerja keras setiap masa untuk sentiasa memantau mutu dan kualiti produk.

Antara barisan para Saintis Shaklee


Keberkesanan produk Shaklee juga bukan sekadar cakap saja, ataupun testimoni semata-mata tetapi telah diiktiraf oleh pihak ketiga, termaktub dalam jurnal nutrisi dan kesihatan dan telah dilakukan ujian klinikal berkali-kali

Baca : Sijil Halal Produk Shaklee

Jadi, bila kualiti produk dah mantap... memang takde masalah untuk dapatkan regular customer yang sentiasa beli dan consume produk Shaklee. Yang penting dapatkan nasihat yang betul mengenai cara pengambilan sesuatu produk itu dan tahu macam mana sesuatu produk itu berkesan pada tubuh kita.


Pelan Pemasaran Yang Adil Dan Saksama

Selain daripada kualiti produk yang terbukti berkesan, Shaklee juga mempunyai pelan pemasaran yang adil untuk semua orang tidak kira samada mereka dah lama jadi ahli mahupun jika mereka baru saja jadi ahli. Sebab itu dalam Shaklee jika downline lebih maju dan income lebih banyak daripada upline adalah perkara biasa. Yang penting, siapa usaha lebih akan dapat hasil yang lebih.

Selain itu, upline juga tidak layak mendapat bonus kumpulan sekiranya bonus downline melebihi bonus upline. Ini bertujuan untuk mengelakkan upline goyang kaki dan mengaut hasil usaha downline. Untuk ahli yang dah perform pula, upline hanya boleh claim Leadership Bonus sahaja dan tidak boleh claim dari bonus kumpulan.



Orang lama dalam Shaklee
Kredit foto : FB Haji Roslan

Pelan Pemasaran yang adil inilah menyebabkan Shaklee masih wujud dan kukuh di Malaysia dari tahun 1995 hingga kini. Inilah yang menyebabkan Shaklee berbeza dengan MLM lain dan sebab itulah Shaklee semakin menjadi pilihan ramai orang yang ingin membina atau memulakan kerjaya.


Bisnes Shaklee Di Mana-Mana Saja

Kebanyakan MLM yang konvensional memerlukan kita untuk berjumpa dengan ramai orang dan juga kerap keluar rumah. Mereka yang bekerja juga kadang kala tidak lari daripada cara bekerja begini iaitu berjumpa dengan orang dan semestinya keluar dari rumah.

Mendapat Bonus Kereta Shaklee dari rumah


Tapi di Shaklee, kita mempunyai pilihan untuk membuat bisnes Shaklee secara online. Pelbagai medium seperti blog, facebook, twitter, instagram perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan bisnes. Sebab itulah, ramai surirumah memilih Shaklee sebagai kerjaya mereka dari rumah.

Dengan teknik pemasaran yang betul.... Insya Allah, perkongsian kita berkenaan kebaikan produk di alam maya akan sampai kepada audience yang betul dan mereka yang memerlukan produk Shaklee. Sangatlah mudah buat bisnes Shaklee ni kalau kita buat dengan teknik yang betul.

* Nota : Blog penting untuk bisnes jangka masa panjang. Kelas asas blog akan diadakan dari semasa ke semasa


Ganjaran Dan Penghargaan Yang Diterima

Sebagai ahli Shaklee, setiap bulan akan ada mata ganjaran yang terkumpul sehingga 12 bulan. Setelah mata ganjaran ini dikumpul, kita boleh claim dengan Shaklee samada untuk pergi umrah dan ziarah, percutian dalam dan luar negara dan juga untuk menghadiri persidangan semuanya 100% percuma.

Trip ke Los Angeles dan San Francisco 100% percuma





Shaklee Adalah Family Business

Ya.... jika seorang isteri mendaftar jadi ahli Shaklee, secara automatiknya pasangan hidup mereka akan menjadi ahli bersama. Shaklee menggalakkan bisnes Shaklee dijalankan bersama-sama dengan keluarga. Tambahan pula, pendapatan daripada Shaklee boleh diwariskan kepada anak cucu.

Ziarah Dubai bersama keluarga
Sumber : anakkuwiraku.com

Selain itu, mereka yang menjalankan bisnes Shaklee secara online juga akan sentiasa dekat dengan keluarga, melihat anak-anak membesar depan mata, mengambil dan menghantar anak ke sekolah, masak makanan berkhasiat di rumah dan macam-macam lagi.

Ahli keluarga juga akan mendapat diskaun Mata Ganjaran Shaklee untuk menggalakkan ahli keluarga turut serta dalam program-program Shaklee, percutian di dalam dan luar negara dan juga ketika menunaikan Umrah/Ziarah.


Latihan-Latihan Perniagaan Dan Produk

Setiap bulan Shaklee akan buat pelbagai jenis latihan samada berkaitan perniagaan ataupun berkaitan produk untuk ahli Shaklee di seluruh Malaysia. Latihan perniagaan akan dikendalikan oleh pegawai bahagian pemasaran manakala latihan berkaitan produk akan dikendalikan oleh pakar-pakar nutrisi yang dilantik.

Majlis Graduasi sebagai Certified Product Trainer


Jadi, Pengedar Shaklee bukan hanya tahu menjual produk semata-mata, sebaliknya Pengedar Shaklee mampu memberikan konsultasi dan khidmat nasihat berkenaan nutrisi dan juga kesihatan. Pengedar Shaklee juga mampu menjadi pemimpin perniagaan dan menjadi mentor kepada mereka yang benar-benar serius ingin memulakan kerjaya bersama Shaklee.

Baca : Certified Product Trainer


Kesimpulannya sangatlah mudah untuk membina kerjaya bersama Shaklee. Apa yang penting teknik dan cara yang digunakan perlulah tepat dan betul memenuhi kehendak semasa. Anda ingin membina kerjaya bersama Shaklee? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!



PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,





Conference Points : 100% Percuma Untuk Persidangan/ Percutian Dalam Negeri, Persidangan/ Percutian Luar Negara Dan Menunaikan Umrah/ Ziarah

7:11 AM 2 Comments A+ a-



Realiti kehidupan telah membuktikan bahawa bukan semua rakyat Malaysia mampu untuk menunaikan Umrah dan Ziarah. Begitu juga hakikat kini membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak mampu untuk bercuti bersama keluarga masing-masing di luar negara. Usahkan bercuti di luar negara... untuk bercuti dalam negeri belum tentu mereka boleh buat.

Pemandangan Aurora yang boleh dilihat di kawasan Scandinavia

Golongan seperti inilah yang akan rasa syukur sangat-sangat sekiranya mereka diberikan peluang samada menunaikan Umrah/Ziarah, bercuti bersama keluarga samada di dalam mahupun di luar negeri. Apatah lagi kalau peluang yang diberikan itu adalah 100% percuma dan ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Trip Motorhome memang ohsem!

Baca : Kembara Melbourne Dengan Motorhome


Bagi mereka yang sudah biasa menunaikan Umrah/Ziarah, bercuti bersama keluarga samada di dalam ataupun di luar negeri.... mereka juga tidak akan melepaskan peluang sebegini yang 100% percuma dan ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Mekah dan Madinah adalah destinasi terbaik bagi umat Islam

Baca : Kembara Madinah dan Mekah



Conference Points Shaklee

Sebagai ahli Shaklee, anda perlu mengumpul Conference Points iaitu Mata Ganjaran setiap bulan selama 12 bulan bermula pada bulan Mac setiap tahun sehinggalah bulan Februari tahun berikutnya. Conference Points ini diperlukan sekiranya anda ingin ditaja 100% oleh Shaklee untuk menunaikan Umrah/Ziarah, bercuti di dalam dan juga di luar negara.

Baca : Jenis-Jenis Bonus Dalam Shaklee Dan Cara Dapatkannya






Untuk tempoh kelayakan ataupun pusingan Mac 2015 hingga Februari 2016, points yang diperlukan ialah 990 points untuk Persidangan/ Percutian Luar Negara atau pilihan Umrah/Ziarah dan 380 points untuk Persidangan/ Percutian Dalam Negeri. Syarat minimum untuk dapat ganjaran Conference Points ini ialah menjadi Supervisor dan efektif.

Baca : Convention - Program 3C Shaklee


Cara-Cara Kira Dan Dapatkan Conference Points Shaklee untuk tempoh kelayakan 2015/2016*

  • Setiap 300PGUV kecuali PGUV pendaftaran keahlian baru = 1 mata
  • Setiap Pendaftaran Keahlian baru dengan belian 200PUV** = 1 mata
  • Setiap kali Pemimpin Perniagaan Bawahan (downline) anda mencapai pangkat yang lebih tinggi (breakout), anda akan memperolehi 20 mata ganjaran setiap satu
  • Mata Konsisten - kekal efektif sebagai Coordinator dan ke atas selama 4 bulan berturut-turut semasa tempoh kelayakan akan berjaya memperolehi 10% mata tambahan
  • Membangunkan Mata Coordinator yang Baru - membina seorang Coordinator baru dan Coordinator baru harus kekal efektif ketika dilantik atau setelah kenaikan pangkat, dalam 3 bulan berturut-turut yang berikutnya semasa tempoh kelayakan dan upline akan dapat 80 mata

* Cara Pengiraan mungkin berbeza setiap tahun
** Mata-mata Ganjaran boleh diperolehi dengan menggandakan belian 200PUV, sah bagi setiap pengedar sahaja tidak termasuk Pemimpin Perniagaan 'breakout' baru

Mata Ganjaran yang diperolehi berdasarkan kedudukan

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810



Conference Points Untuk Ahli Keluarga

Sebagai sebuah bisnes yang mengutamakan keluarga, Shaklee juga membenarkan ahli keluarga untuk bersama-sama menikmati Mata Ganjaran dan juga sama-sama pergi Umrah/Ziarah dan juga bercuti samada di dalam mahupun di luar negara seperti berikut :-

  • Pasangan hidup - 85% daripada Mata Ganjaran sebenar
  • Anak umur 4-17 tahun - 85% daripada Mata Ganjaran sebenar
  • Anak umur 18 tahun dan ke atas - 100% Mata Ganjaran sebenar
  • Ibu Bapa atau Mertua (bagi ahli yang sudah berkahwin) - 100% Mata Ganjaran sebenar
  • Adik Beradik Kandung atau Ibu Bapa (bagi ahli yang bujang) - 100% Mata Ganjaran sebenar

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810

Sebab itulah, dalam trip yang dianjurkan oleh Shaklee, bukan ahli Shaklee sahaja yang mendapat manfaat tetapi juga ahli keluarga mereka yang sentiasa memberikan sokongan dari belakang.

Jun 2014 - Menginap di Sunway Hotel Resort and Spa selama 3H 2M 100% percuma

Ogos 2014 - Trip ke Los Angeles dan San Francisco 100% percuma

Disember 2014 - Umrah dan Ziarah Istanbul 100% percuma

Atas sebab-sebab di atas lah... Shaklee masih lagi bertahan di Malaysia sejak tahun 1990-an dan telah berada di pasaran dunia sejak 50 tahun yang lalu! Anda juga ingin menikmati percutian percuma 5 bintang dan ditaja sepenuhnya 100%? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!



PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,






Shaklee National Conference 2015

3:28 PM 0 Comments A+ a-



Shaklee National Conference 2015 telah diadakan di Mines International Exhibition and Convention Centre dari 5 hingga 7 Jun 2015. Shaklee National Conference 2015 ataupun Persidangan Kebangsaan Shaklee 2015 ini adalah majlis yang diadakan setiap tahun, biasanya pada bulan Jun iaitu semasa cuti sekolah dan dihadiri oleh semua Pengedar Shaklee di seluruh Malaysia.

Persidangan ini bertujuan untuk mengiktiraf hasil usaha keras semua Pengedar Shaklee yang bertungkus lumus mengembangkan perniagaan masing-masing dan memperkenalkan serta berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada mereka di luar sana.





Ada beberapa perkara menarik berkenaan Shaklee National Conference 2015 yang perlu Ahli Shaklee tahu. Kesemua ini diberikan secara percuma dengan syarat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sepanjang tahun dari Mac 2014 sehingga Februari 2015.


1) Menginap di Hotel Palace and Golden Horses 3 Hari 2 Malam termasuk sarapan Secara Percuma!

Nilai bilik Deluxe macam ni ialah RM980.00 untuk 1 malam
sehingga RM1,050.00 untuk satu malam (menghadap tasik)

2) Round KL dan dapat Beg serta T-Shirt Percuma!


Jalan-jalan di Muzium Di-Raja, Central Market, Aquaria KLCC

3) Dapat duit lunch RM50 sehari!

Biar betul... makan apa lah RM50 seorang tu? Makan jimat-jimat dan simpan duit baki....

4) Dinner 2 Malam berturut-turut

Makan malam pertama - Grand Hyatt
Makan malam kedua - MIECC

5) Surprise Gift atas katil 2 hari berturut-turut!

Nilai serbuk kolagen ni ialah RM315.88 (Harga Pasaran)

Nilai selendang Burberry ni ialah RM2,195.00. Cek SINI

6) Naik stage dan terima award

Tahniah kepada mereka yang berjaya!
Tahniah... mereka semua datang jauh dari Sabah!
Tahniah anak-anak sekalian!

7) Goodies Bag

Macam-macam ada dalam Goodies Bag

8) Koleksi pin yang cantik


9) Sedut Aura Geng Shaklee

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

10) Dengar inspired sharing dari Masters

Perkongsian ilmu daripada mereka yang berjaya

11) Booth Demo dan Jual Produk, Body Health Check











12) Pusat Jagaan Kanak-Kanak untuk askar-askar sekalian secara Percuma!





Semoga kita semua terus sukses dan konsisten dalam bisnes Shaklee yang menggalakkan kesihatan optimum dengan menggunakan produk yang sentiasa Semulajadi, sentiasa Selamat dan sentiasa Berkesan!


Baca : Liputan Penuh Shaklee National Conference 2015


Anda juga ingin menikmati dan mengalami sendiri Shaklee National Conference bersama kami? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!


PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810



Luv,







Verification For Nuffnang

4:22 PM 0 Comments A+ a-


How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood?

Shaklee Enfuselle : Produk Pilihan Mereka Yang Mempunyai Kulit Berminyak Dan Kulit Kering

7:47 AM 0 Comments A+ a-



Kulit adalah organ manusia yang paling besar. Kulit yang sihat ialah Kulit yang tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Kulit adalah bukti depan mata samada kita sihat ataupun sebaliknya. Jika Kulit kita sihat begitu juga dengan organ-organ dalaman yang kita tidak nampak.

Sebab itu, Kulit yang terlalu berminyak ataupun Kulit yang terlalu kering sehingga mengelupas perlu diberikan penjagaan rapi dan berbeza daripada mereka yang mempunyai Kulit yang sihat dan normal.





Kulit Berminyak Dan Terlalu Berminyak Sehingga Berjerawat

Sebab-Sebab Kulit Berminyak adalah seperti berikut :-

a) faktor genetik dan keturunan
b) hormon tidak seimbang
c) gaya hidup tidak sihat dan bergantung pada ubat-ubatan
d) gaya pemakanan tidak sihat dan banyak makan makanan berminyak
e) faktor cuaca
f) tekanan
g) terlalu kerap bersihkan muka
h) salah menggunakan produk kulit


Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, berjerawat dan sensitif, kami sangat.... sangat mencadangkan anda mencuba set penjagaan kulit Enfuselle Basic System (Normal-Oily) yang mengandungi Purifying Cleansing Gel, Purifying Toner, Balancing Moisturizer dan Eye Treatment.

Enfuselle Basic System (Normal-Oily)
- untuk kulit yang berminyak, berjerawat dan sensitif


1. Purifying Cleansing Gel

- Gel yang bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan-bahan pemcemaran, mekap dan minyak berlebihan

- Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut

- Mencerahkan tona kulit

- pH yang seimbang

- Hipoalergenik



2. Purifying Toner

- Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan pro-oksida

- merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle

- terbukti secara klinikal

- meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dan air paip

- pH yang seimbang

- menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
- meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
- membantu mengawal kulit berminyak
- Hipoalergenik



3. Balancing Moisturizer

- Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit

- Formula Enfuselle tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah, bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat

- Terbukti secara klinikal : 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari, 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari dan 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari

- membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit

- Hipoalergenik



4. Eye Treatment


- mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

- Terbukti secara klinikal :

   - 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu

   - 120% peningkatan pada kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu

   - 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu

   - 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu
   - Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 8 minggu
   - Kandungan botani anti-penuaan dan Vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit yang halus di sekeliling mata
    - Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
    - Hipoalergenik - diakui oleh opthalmologist dan selamat untuk yang memakai contact lens




Kulit Kering Dan Terlalu Kering Sehingga Mengelupas

Sebab-Sebab Kulit Kering adalah seperti berikut :-

a) Peningkatan usia
b) Cuaca sejuk dan dingin
c) Terlalu kerap menggunakan pencuci muka
d) Sinaran UV matahari


Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sensitif pula, kami sangat.... sangat mencadangkan anda mencuba set penjagaan kulit Enfuselle Basic System (Normal-Dry) yang mengandungi Hydrating Cleansing Lotion, Hydrating Toner, Hydrating Moisturizer dan Eye Treatment.


Enfuselle Basic System (Normal-Dry)
- untuk kulit yang kering dan sensitif

1. Hydrating Cleansing Lotion

- Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pemcemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit
- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
- Mencerahkan tona kulit
- pH yang seimbang
- Hipoalergenik


2. Hydrating Toner

- Meneutralkan tindak balas yang boleh merosakkan kulit
- melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle
- terbukti secara klinikal
- meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dan air paip
- pH yang seimbang
- rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
- melindungi lapisan semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan cammomile

3. Hydrating Moisturizer

- Melembapkan kulit sehingga 24 jam
- Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan ejen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta
- Terbukti secara klinikal : 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari, 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari dan 21% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
- kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta merta dan ia berterusan sehingga 24 jam
- garis-garis halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik


4. Eye Treatment

- mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
- Terbukti secara klinikal :
   - 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu
   - 120% peningkatan pada kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu
   - 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu
   - 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu
   - Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 8 minggu
   - Kandungan botani anti-penuaan dan Vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit yang halus di sekeliling mata
    - Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
    - Hipoalergenik - diakui oleh opthalmologist dan selamat untuk yang memakai contact lens


Mereka yang dah pakai Set Penjagaan Kulit Enfuselle ni je yang tahu betapa berbaloinya mencuba produk ini. Kenapa??? Ya, sebabnya ialah kualiti dan kesannya setanding dengan produk "branded" dan berjenama kat luar sana. Lagipun, harganya jauh lebih murah dan lebih jimat berbanding produk berjenama yang lain.

Bukan selalu pun kita membeli Set Penjagaan Kulit seperti Enfuselle ni. Yang penting biarlah dari bahan-bahan semulajadi, sentiasa selamat dan berkesan. Plus.... sangat berbaloi dari segi ekonomi dan banyak penjimatan yang anda akan dapat....

Selamat mencuba!!!



Anda akan mendapatkannya dengan harga istimewa setelah menghubungi kami seperti di bawah:-



PM kami di FB : SweetBonda

SMS/Whatsapp : 014-338 6810


Berminat untuk mencuba produk ini? Hubungi kami sekarang ya! Kami sedia membantu anda.

order produk shaklee

Tunggu!

Alang-alang membeli tidakkah anda ingin mengetahui manfaat sekiranya menjadi ahli Shaklee?

Klik banner di bawah sekarang. Kami akan membantu anda mengetahui segala kelebihan menjadi ahli Shaklee dari A-Z yang perlu anda tahu! 

                                          


Luv,






Certified Product Trainer Shaklee Malaysia - Sebuah Perjalanan Menuntut Ilmu Nutrisi dan Kesihatan

9:35 AM 0 Comments A+ a-



15-16 November 2014

Bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Shaklee Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Train the Trainers (TTT) Nutrition. Ini adalah program pertama yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk melahirkan leaders yang bukan sahaja menjual produk tetapi juga mempunyai ilmu asas nutrisi sekurang-kurangnya supaya dapat memberikan khidmat nasihat dan konsultasi yang mantap kepada semua pengguna produk Shaklee.

Bersama Puan Sarah, salah seorang Nutritionist dalam Shaklee

Shaklee yang telah beroperasi lebih kurang 50 tahun, dimana produk-produknya juga ada yang telah berusia 100 tahun dan juga barisan para saintis yang bertungkus lumus membuat pelbagai kajian dan penyelidikan terhadap produk-produk agar sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan kepada para pengguna.

Vita-Lea Shaklee kini berusia 100 tahun!

Selama ini para pengedar Shaklee bergantung kepada nota-nota dan juga manual produk ketika membuat pembentangan produk kepada para pengguna. Kini, dengan adanya TTT Nutrition diharapkan agar para pengedar Shaklee dapat menghayati bagaimana sesuatu produk itu berfungsi dalam tubuh badan manusia dan dapat memberikan penerangan sepenuhnya kepada pengguna produk Shaklee.


Video-video berikut telah dirakamkan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya setelah selesai TTT Modul 1 hari pertama :-

Rahsia HB Normal dan Tiada Anemia Ketika Mengandung


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Rahsia Kulit Kembali Sihat serta Tidak Berjerawat dan Tidak Berparut


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Modul 1 kali ini menekankan perkara-perkara berikut :-

1) Persediaan Untuk Membuat Bengkel Produk
2) Struktur Asas Pembentangan
3) Ilmu Asas Nutrisi
4) Asas Badan Manusia
5) Sistem Badan Manusia
6) Bagaimana Menjadi Jurulatih Produk Yang Berjaya

Alhamdulillah... selesai TTT Modul 1



7-8 Februari 2015

Modul 2 TTT Nutrition juga telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Topik yang dipelajari dalam Modul 2 juga agak berat kerana melibatkan cara-cara membaca Jurnal Perubatan, Laporan Klinikal dan juga Jurnal Nutrisi yang menjadi rujukan seluruh dunia.




TTT kali ini lebih mendebarkan kerana hari ke-2 akan diadakan "one to one presentation" di hadapan pegawai atasan Shaklee di samping perlu menjawab 80 soalan objektif di dalam dewan peperiksaan. Mereka yang gagal melepasi markah lulus dikehendaki untuk "repeat" TTT pada masa yang lain dan tidak akan menghadiri majlis konvokesyen yang bakal diadakan.

Suasana di luar dewan sebelum one to one presentation

Kertas soalan objektif


Modul 2 kali ini menekankan perkara-perkara berikut :-

1) Skil Konsultasi Nutrisi
2) Bagaimana Membaca Laporan Perubatan
3) Bagaimana Membaca Kertas Klinikal
4) Masalah Kesihatan Yang Biasa
5) Sesi Praktikal

Alhamdulillah.... selesai TTT Modul 2



19 Mei 2015

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Beberapa minggu sebelum ini Shaklee Malaysia telah mengirimkan emel berkenaan markah keputusan TTT dan juga mengumumkan tarikh konvokesyen yang akan diadakan. Alhamdulillah... kami berdua lulus dan boleh menghadiri majlis konvokesyen.

Ehem... ehem... bukan per 100 ye... tapi per 110. Anyhow passing mark memang tinggi!


Kebanyakan yang hadir sangat gembira dan teruja memandangkan kami adalah batch pertama yang menghadiri konvokesyen kali ini. Hanya 55 orang sahaja yang hadir pada majlis konvokesyen daripada hampir 100 orang yang lain.

Selain daripada gagal untuk mencapai markah lulus, ada di antara mereka yang tidak dapat menghadiri konvokesyen disebabkan tidak hadir dan tidak melengkapkan TTT Modul 2 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain

Alhamdulillah.... konvo kali ni anak-anak pun turut serta


Ingin mendapatkan konsultasi nutrisi dan kesihatan daripada kami? Kami sedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anda. Hubungi kami seperti di bawah :-


PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,