Bolehkah Saya Berurut Ketika Hamil?

11:30 AM 0 Comments A+ a-

Kehamilan merupakan antara topik yang sudah lama saya ingin bincangkan dan tulis di blog saya ini. Pertama, sebab saya kini hamil anak ke-empat (alhamdulillah.. sila jangan kata saya tua ya.. *hehe*) dan sudah pun memasuki trimester 3. Kedua, topik ini juga berkaitan dengan ibu menyusukan. Ada banyak sangat isu-isu yang berkait rapat antara mengandung-berpantang-menyusukan bayi. 



Untuk tajuk pertama yang saya pilih berkaitan dengan kehamilan, saya salin semula apa yang ditulis oleh Dr. Zubaidi - iaitu 'Berurut Ketika Hamil'. Dr. Zubaidi adalah salah seorang doktor yang sangat saya sukai melalui tulisannya. Sangat rajin membuat entri yang berkaitan dengan kesihatan (tak kira mengenai bayi/kanak-kanak, wanita, kehamilan dan sebagainya). Saya sangat-sangat galakkan anda untuk turut serta membaca blog beliau. Banyak sangat info-info yang berguna. 

Jom kita baca pandangan seorang doktor adakah ibu-ibu boleh berurut semasa hamil? Mudah-mudahan beroleh info ya mommies.. ^_^


**********



Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut.

Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem.

Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.
Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.

Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.
Selain itu, urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen. Namun ada juga pengurut yang melakukan urutan di bahagian ini, tetapi saya menasihatkan agar urutan pada abdomen walaupun ringan namun lebih baik ditinggalkan. Ini keranaurutan pada abdomen boleh merangsang rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’.
Kesalahan yang dilakukan oleh pengurut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat. Malah mendatangkan kemudharatan.
Selain itu pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.

Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction), segeralah memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.

Apakah manfaat yang diperolehi ketika berurut?

Wanita hamil sering mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon yang mereka alami. Rawatan urutan untuk mereka akan memberikan banyak manfaat apabila mereka berurut sebanyak dua kali setiap minggu selama lima minggu.

Urutan akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stress. Stress akan mengakibatkan wanita hamil mudah berasa penat dan tidak bertenaga. Ia juga akan menjadikan mereka cepat marah, berputus asa dan rasa tertekan.

Urutan juga akan meningkatkan kepekatan hormon yang dopamine dan serotoninyang akan menyebabkan tubuh berasa tenang dan  bersemangat. Hormone ini juga akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika proses melahirkan bayi.




Urutan akan mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Selain itu berurut dapat membuatkan mereka dapat tidur dengan lebih nyenyak.

Ramai wanita hamil yang mengadu sakit pinggang terutama di peringkat akhir kehamilan. Adakalanya sakit yang dialami melarat hingga ke peha akibat saraf pada pelvis ditekan oleh rahem yang membesar. Berurut membantu mengurangkan kesakitan pada pinggang belakang tanpa memakan ubat penahan sakit.
Urutan yang baik akan memakan masa sekurang-kurangnya sejam. Pengurut akan menggunakan katil urutan biasa dan meletakkan sebiji bantal yang sesuai untuk menyokong abdomen wanita yang baring  dalam kedudukan mengiring.

Ramai doktor yang berpendapat bahawa menggunakan katil khas yang mempunyai lubang di tengah-tengahnya untuk memuatkan abdomen yang membesar bukanlah cara terbaik.
Abdomen akan berkeadaan seolah-olah tergantung dan menyebabkan ligamen yang menyokong rahem akan menjadi tegang dan akan mengganggu bayi yang berada dalam rahem.
Sungguh pun berurut adalah satu cara rawatan yang memberi manfaat kepada wanita hamil, namun tidak semua wanita selamat untuk berurut.

Antara wanita hamil yang tidak digalakkan berurut ketika hamil ialah:

·    Kehamilan bersama penyakit hypertension dan Preecclampsia
·    Pernah mengalami kelahiran pramatang
·    Pernah keguguran (miscarriage)
·    Kehamilan kurang dari 12 minggu

Oleh itu berhati-hatilah ketika berurut kerana wanita yang hamil mempunyai keadaan fisiologi yang tidak sama dengan wanita yang tidak hamil.
Saya mencadangkan mereka memberitahu pengurut bahawa mereka sedang hamil dan perlu lebih berhati-hati. Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko yang mungkin dihadapi.
Berurutlah dengan pengurut yang bertauliah dan berpengalaman agar mendapat manfaat dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhannya.
Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (140412)

**********


Apa Yang Anda Perlu Tahu Sewaktu Membuat Stok Susu Perahan (EBM)

8:17 AM 2 Comments A+ a-


Hari ini saya akan share pengalaman mengumpul stok selepas melahirkan anak saya yang ketiga iaitu pada Feb, 2010. 

Saya mula menyimpan stok susu perahan (ebm-expressed breast milk) selepas 2 minggu saya melahirkan Azzalea Hannah saya. Semasa itu saya masih lagi menggunakan Medela Harmony saya yang tercinta (saya beli pada tahun 2008-dah berusia hampir 2 tahun!). Selepas 2 minggu insyaAllah kebiasaannya susu matang akan terhasil. Dan saya juga turut mengamalkan tandem pumping - di mana semasa anak saya sedang menyusu, saya akan mengepam 'cik b' yang satu lagi dalam masa yang sama. Hasilnya? Sangat mengujakan! Tetapi untuk menguasai skill tandem pumping ini memerlukan masa dan kesabaran ya ibu-ibu. Lebih-lebih lagi kalau anda cuma ada pam manual sahaja - macam saya la tu (saya menggunakan Medela Freestyle semasa bulan kedua saya berpantang). Kalau anda ada pam elektrik-wah, itu satu bonus buat anda! Apa yang penting? Sabar...

# gadget kesayangan hamba selama menyusukan anak kesayangan hamba - luv it to the max! #

Ok, semasa anda mula-mula mengepam, susu yang terhasil sedikit sahaja. Mungkin 1 oz, mungkin 1.5 oz, mungkin juga 2 oz atau lebih. Tapi jangan sedih, jangan stress. Itu adalah normal. Saya dan kebanyakkan ibu-ibu lain juga begitu. Apa yang penting, anda harus sabar dan istiqamah. Pam sahaja seperti biasa. InsyaAllah hari demi hari, minggu demi minggu kuantiti itu akan meningkat sikit demi sikit. Biasa la tu kan. Supply and demand rule. Apekebenda la pula rule-rule bagai ni? Haa.. Dalam penyusuan susu ibu, anda mesti dan wajib tahu supply susu badan kita akan meningkat seandainya ada demand. Apa yang kita pam/baby minum, itulah jumlah susu yang akan dihasilkan semula. Lagi kerap anda mengosongkan payudara, maka susu akan lebih banyak dihasilkan. As simple as that. Jadi kalau susu anda sikit, jangan salahkan 'cik b' anda ya. Sila salahkan diri sendiri kerana malas mengepam dan malas nak menyusukan baby. Itu adalah sunnatullah. Siapa yang rajin berusaha dia yang berjaya (gitu? ~ ngee) Bermaksud anda mesti rajin mengepam. Ramai ibu-ibu yang berjaya kerana mereka benar-benar rajin berusaha. Selepas anda menyusukan bayi anda, sila sambung pam untuk tujuan mengosongkan payudara anda. InsyaAllah susu akan meningkat sikit demi sikit. 

Kebanyakkan buku atau info mengesyorkan kita mengumpul stok 2 minggu sebelum kembali bekerja. Tetapi itu cuma guideline saja ya ibu-ibu. Bagi pendapat saya, anda perlu mengumpul stok lebih awal daripada itu di atas sebab-sebab yang tidak terjangka. Contohnya, bagaimana kalau tiba-tiba anda jatuh sakit dan anda terpaksa dimasukkan ke hospital? Mesti kasihan anak kecil kita itu kan? Takkan kita nak bagi susu formula? Padahal sebelum itu kita ada peluang untuk menyediakan stok ebm untuk si kecil kita. Jadi, haruslah kita membuat stok seawal yang mungkin.

1. Untuk mengumpul stok, anda mesti ada botol susu ataupun breastmilk storage bag. Ada banyak pilihan di pasaran sekarang. Yang penting anda mesti cari yang BPA-Free ya. Pastikan semua botol ini dan pam susu anda disteril sebelum digunakan. Botol susu boleh digunakan berulangkali (kebanyakan jenama mengesyorkan sehingga 6 bulan penggunaan), manakala breastmilk storage bag pula adalah untuk penggunaan sekali sahaja ya.


2. Saya syorkan anda untuk menyimpan susu ibu 2oz-3oz per bottle /breastmilk storage bag (ataupun kebiasaan jumlah susu yang bayi anda minum dalam per feeding). Kenapa? Ada banyak sebab yang munasabah..

i) Supaya tidak membazir
ii) Memudahkan babysitter anda menguruskan ebm anda
iii) Senang nak uruskan stok ebm


- Oh ya! Sekiranya anda mahu memenuhkan satu botol susu anda, anda hendaklah meninggalkan sedikit ruang - kerana cecair apabila beku sifatnya mengembang.. Jadi jangan isi penuh-penuh sangat ya..


3. Anda harus melabel stok ebm anda. Tuliskan nama bayi anda, masa dan tarikh ebm anda pada kertas pelekat. Tampalkan pada botol atau breastmilk storage bag. Ini adalah penting untuk mengetahui expiry date ebm dan untuk mengelakkan ebm anda tertukar dengan ebm baby lain di taska.


* Fakta yang perlu diingat ---> FIFO (first-in, first-out) Susu yang paling awal disimpan adalah susu yang paling awal digunakan.


# stok ebm saya yang sangat 'bersimpang siur'. sila jangan ikut contoh ini ya. saya tiada ilmu susun-menyusun semasa ini. *hehe*
(stok ini saya dapat semasa dalam tempoh pantang-'very the heaven' time ni)



TIPS: Untuk menjimatkan ruang dalam peti ais anda, saya sangat suka pada cara yang Puan Farah Farhan gunakan. Sangat sistematik dan menjimatkan ruang. Boleh KLIK sini ya. Saya benar-benarrr sukaaa!!  *sharing is caring kannnn..*


*****

Minggu ni saya sangat busy. Sebenarnya niat di hati mahu menulis lebih panjang lagi terutamanya untuk menjawab soalan cik puan manis Aini Aizat (ada beberapa soalan belum terjawab). InsyaAllah saya akan curi-curi masa yang ada ya.. Akan berusaha menjadikannya panjang daripada entry ini..


 'Entry saya kali ini sangat singkat dan pendek #takpuasmembebeldiblogsendiri'







APA YANG SAYA PERLUKAN DALAM MENJAYAKAN SUSU IBU?

8:43 AM 2 Comments A+ a-



Ini adalah soalan yang sangat cepumas bagi ibu-ibu yang pertama kali mahu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya buat anak mereka. Sama macam saya juga dulu. Saya start bekerja selepas melahirkan anak kedua (masa tu A'isyah Humairah saya baru nak masuk 5 bulan-tahun 2008). Saya rasa masa tu tak banyak lagi kedai online macam sekarang ni. Saya dengan semangatnya telah pergi ke SusuIbu.Com di Bangi untuk membeli Medela Harmony & Mom's Precious Cooler Bag. Saya sempat jumpa Kak Kamariah (owner susuibu.com - dan saya sangat teruja masa tu koz saya adalah ahli yang sangat aktif di forum SusuIbu.Com - sekitar tahun 2006 dengan nama miLo-ice~ anda kenal saya kah? ngee)

Ok balik pada tajuk asal ya. Sila fokus (sambil buat muka serius ^_~).

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu dan lebih-lebih lagi kalau anda bekerja, berikut adalah apa yang saya boleh kongsikan (mengikut pengalaman saya semasa bekerja dulu-sekarang saya WAHM- ^_^).



1. Mesti ada keazaman yang sangat kuat dan suami (ahli keluarga) yang menyokong
- Sokongan moral dan emosi daripada orang yang paling rapat dengan kita adalah sangat penting. Bukan mudah untuk menyusukan anak kita sepenuhnya dengan susu ibu. Kadang-kadang kita akan stress di tempat kerja. Penat. Lelah. Susu drop. Masa ini lah sokongan daripada suami sangat-sangat diperlukan. Adakalanya sifat suami yang ringan tulang seperti membasuh semua peralatan mengepam dan botol-botol si kecil  juga sangat-sangat membantu. Sekurang-kurangnya si ibu tidak tertekan dengan kerja-kerja rumah. 



2. Membeli dan menggunakan peralatan mengepam yang elok dan berkualiti

- Sekiranya anda memang betul-betul mahu menjayakan penyusuan susu ibu dalam masa jangka panjang, saya sarankan tolong beli pam yang bergred hospital dan berkualiti. Harga yang anda keluarkan untuk membeli pam itu mungkin agak mahal daripada pam-pam biasa yang ada di pasaran seperti P*r**n, A*n***u dan sebagainya, tetapi perlu diingat, kebiasaanya barang yang mahal datang dengan kualiti yang baik. Jangan lokek untuk keselesaan diri sendiri, lebih-lebih lagi kalau pam itu boleh digunakan untuk jangka masa panjang (mungkin boleh digunakan sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya).
- Untuk jenis-jenis pam, ada yang manual, menggunakan bateri/elektrik, single-pumping, double-pumping. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda membeli mengikut bajet, keselesaan dan suasana kerja anda. Seandainya ada kekangan kewangan, membeli pam manual juga sudah cukup-cukup membantu. Perlu diingatkan, pam susu bukanlah faktor utama dalam menentukan banyak atau sedikit susu anda. Tidak dinafikan pam susu double-pumping adalah sangat digalakkan bagi penghasilan susu ibu bagi jangka masa panjang, tetapi pam susu manual juga tidak kurang hebatnya. Jadi jangan stress bila tak dapat beli pam 'double-pumping' ya ibu-ibu. InsyaAllah ada rezeki pasti Allah permudahkan..



3. Membeli cooler bag, ice pack dan bottle/storage plastic bag

- Selain itu, apabila anda mengepam di tempat kerja, anda akan memerlukan cooler bag sebagai tempat untuk anda menyimpan hasil perahan susu anda. Kalau di tempat kerja anda ada peti ais, anda boleh menyimpan susu perahan anda di peti ais terlebih dahulu (tetapi JANGAN SESEKALI BEKUKAN susu perahan anda ya-cukup dengan diletakkan di bahagian bawah peti ais sahaja *saya akan terangkan pada entri yang lain). 


- Anda juga akan memerlukan ejen penyejuk iaitu ice pack yang akan diletakkan di dalam cooler bag. Ice pack ini akan membantu anda mengekalkan suhu sejuk susu perahan anda selama beberapa jam di ofis. 

- Untuk menyimpan susu perahan anda, anda akan memerlukan storage bottle  ataupun storage plastic bag. Kalau saya dulu, saya akan membawa 4 biji botol susu dan saya akan selitkan beberapa keping storage plastic di cooler bag saya. Kita tidak dapat menjangka berapa banyak kuantiti susu kita pada satu-satu hari itu. Mungkin sikit, mungkin juga banyak daripada biasa. Ataupun untuk hal-hal kecemasan-luar-jangka ~ seperti terlupa nak masukkan botol susu dalam cooler bag? (Macam pernah alami pulak?) (^_~) Jadi menyimpan storage plastic bag di ofis juga sebenarnya adalah salah satu langkah-langkah selamat untuk ibu yang mengepam - tinggalkan juga beberapa keping di kereta ya.

4. Peralatan untuk membantu dalam membersihkan pam dan botol susu anak anda!

- Sekiranya anda ada bajet lebih, saya sangat galakkan untuk membeli sebiji sterilizer untuk memudahkan kerja-kerja mensteril semua peralatan mengepam dan botol susu anak anda. Anda boleh membeli di butik-butik bayi ataupun secara online. Kenapa penting ya? Kalau saya tak nak beli ok ke? Jawapan saya ok je. Takde masalah. Cumanya bila anda membeli sterilizer, kehidupan anda yang memang sangat busy itu akan mudah sedikit kerana anda tidak perlu membuat segalanya secara manual. Maksudnya? Kalau ada sterilizer ini, apa yang anda perlu buat ialah cuma perlu membasuh pam dan botol-botol tadi menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit bottle cleanser dan dibasuh dengan air paip yang mengalir, kemudian terus masukkan ke sterilizer. Dah siap semua nanti anda cuma perlu keringkan saja. Kalau nak senang boleh beli drying rack untuk memudahkan kerja-kerja pengeringan. Kalau tak nak beli pun takpe. Cuma letakkan semua botol susu dan pam tu di atas sehelai kain yang bersih dan biarkan kering. Simple dan mudah kan? Mm.. Sangat suka saya ingatkan ya ibu-ibu.. Kebersihan botol dan pam sangat-sangat penting sepanjang tempoh penyusuan anak kita (terutamanya sewaktu anak kita berusia 6 bulan dan ke bawah) kerana kesemua peralatan ini akan mempunyai kontek secara langsung dengan susu ibu (kan cuma susu ibu saja makanan anak kita pada 6 bulan yang pertama dalam hidupnya?). Jadi sebagai ibu yang solehah (^_^), penyediaan makanan yang bersih untuk anak kita sangat penting dalam pembentukan peribadinya kelak. Lagi satu untuk mengelakkan anak kita mendapat penyakit yang tidak sepatutnya. Jadi penyediaan makanan dan tahap kebersihan tu haruslah tahap 5 bintang ya ibu-ibu.. (^_^)


5. Mudahkan kerja babysitter anda dengan menggunakan warmer

- Mengikut pengalaman saya, warmer adalah satu alat yang sangat penting dalam memudahkan babysitter menyediakan susu perahan kita secara cepat. Kalau anda mampu, saya galakkan anda memilikinya dan diletakkan di taska/rumah pengasuh anda. Kebanyakkan pengasuh berasa agak leceh dalam menyediakan susu ibu (padahal cuma rendam aje kan?), jadi dengan usaha kita yang sedikit - dengan sedaya upaya cuba meminimakan 'kesusahan' yang dihadapi oleh pengasuh kita, diharap anak kita akan mendapat yang terbaik.

-Warmer secara amnya membantu kita untuk memanaskan susu perahan kita pada tahap kepanasan yang betul - iaitu 40 darjah celcius. Kepanasan lebih daripada itu boleh memusnahkan zat-zat vitamin dan bakteria baik dalam susu ibu. Susu ibu kita TIDAK BOLEH dipanaskan di atas api (menggunakan periuk) ataupun dicairkan di dalam mikrowave.

- Secara manualnya, kalau kita takde warmer, boleh pesan kat babysitter, mak atau sesiapa sahaja yang handle  susu perahan kita untuk menggunakan sifir yang mudah ini (2 cawan air biasa + 1 cawan air panas - yang mendidih). Senang kan? (^_^)

6. Ilmu, ilmu dan ilmu!
Support group, forum, surf internet, buku

Di zaman yang serba mudah ini, kita boleh dan sangat senang mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Kita ada internet dan ada banyak support group (online & offline). Dekatkan diri dengan ibu-ibu yang mempunyai passion yang sama dengan kita. Endahkan orang-orang yang selalu lemahkan semangat kita. Saya percaya ibu-ibu zaman kini adalah serikandi-serikandi yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat bayinya. Cari aura positif saja ya. Biarkan yang berfikiran negatif tu tenggelam bersama labu-labunya (ayat kejam kah? ^_~) 
Anda boleh join forum SusuIbu.Com. Anda boleh baca KellyMom (one of my fav breastfeeding website).Di FB pun ada banyak group yang menyokong susu ibu. Salah satunya ialah Kumpulan Ibu Menyusukan. 

For more info: CLICK 

Buku mengenai penyusuan susu ibu pun sudah ada banyak sangat di pasaran sekarang. Cuma pesan saya ibu-ibu jangan lokek untuk membeli buku ya. Semua ilmu takkan pernah habis malahan pahalanya akan bertambah berlipat ganda sekiranya anda kongsikan dengan orang lain pula. 



6. Doa dan tawakal

- Misi menyusukan bayi selama 2 tahun bukannya mudah. Ia adalah satu perjuangan yang memerlukan banyak komitmen. Secara peribadi saya anggap ia sebagai jihad. Berdoa dan berzikir lah pada Allah. Hanya Dia sahaja yang mampu untuk memberikan rezeki yang banyak atau kurangkan rezeki kita. Kene sentiasa setkan minda yang positif dan rasa yakin atas diri sendiri. Dan jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap diri kita ada rezeki masing-masing. Jadi takmau rasa sedih dan down bila susu tak semeriah orang lain ya.. Yang penting susu itu cukup untuk anak kita. 

Wah.. Sebenarnya ikutkan hati saya ada banyak lagi saya nak kongsikan bersama anda. Takpe slow-slow ya. InsyaAllah selepas ini saya akan kongsikan pula bagaimana cara kita menyimpan susu perahan. Khas buat anda yang penyayang dan berjiwa kuat! 

*****
*Semua pernyataan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Ianya mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak.


*Semua gambar saya cilok dari google


*Tanpa prejudis-gambar dipilih secara random.







Testimoni 4: Medela Freestyle

11:03 AM 0 Comments A+ a-

TESTIMONI 4
By: Cikgu Syarfiza


Saya adalah salah seorang ibu menyusu yang berkerjaya. Sudah pastinya saya amat sibuk dengan tugasan sebagai isteri, ibu dan guru. Oleh itu, saya memerlukan alat mengepam susu yang efisien serta mudah dikendalikan. Mujurlah sweet bonda memperkenalkan Medela Freestyle kepada saya. Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu untuk melaburkan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli alat mengepam ini, tetapi pelaburan ini ternyata berbaloi. Mungkin susu yang diperah tidaklah sebanyak ibu-ibu lain, tetapi dengan penggunaan Medela Freestyle yang mudah saya akan kerap mengepam susu walau di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ketika di tempat kerja, ketika di rumah walaupun sedang memotong bawang mahu pun ketika di dalam kereta. Saya juga pernah mengepam susu sambil mengacau bubur nasi yang sedang dimasak diatas dapur dengan menyangkutkannya di pinggang menggunakan tali pinggang yang disediakan. Kini si kecil kesayanganku sudah hampir 7 bulan. Saya amat  bersyukur masih dapat menyusukan si kecil dengan susu  sendiri. Dengan sokongan suami serta Medela Freestyle yang sentiasa disisi akan ku teruskan perjuangan ini. Semoga perjuanganku ini akan terus mendapat keberkatan Allah yang Maha Esa.


*****


Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)



*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

SALE: MEDELA FREESTYLE & MEDELA HARMONY

6:08 PM 0 Comments A+ a-

SALE!!!
(ends 31st May 2012)

MEDELA FREESTYLE RM1490 
*with free gifts
*purchase with purchase (Medela Harmony Sealed @RM135)

MEDELA HARMONY SEALED RM145
*purchase with purchase (Mom's Precious Cooler Bag Set @RM100)

*****

Salam ibu-ibu manis (^_^)

Sweet Bonda akan membuat SALE bermula hari ini sehingga 31 Mei 2012. 
Banyak peristiwa manis yang berlaku pada bulan Mei~ ulangtahun putera pertama pada 27/5/2012 dan anniversary perkahwinan saya pada 28/5/2012. Bulan April bulan biasa-biasa sahaja pada Sweet Bonda - tiada kaitan (^_~)

Jadi untuk SALE kami kali ini kami memberikan harga dan offer yang sangat menarik.

1. MEDELA FREESTYLE RM1490


Medela Freestyle ni biasanya kami jual pada harga RM1550 (kutu RM1500-kalau anda berminat sila klik SINI ya). Tapi harga untuk SALE kali ini ialah RM1490 sahaja. Tetapi beserta dengan free gifts. 

Free Gifts

i) Connector (supaya senang nak cucuk kat plug)

ii) Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

* Pix pinjam dari MyPermatahati.com

Purchase With Purchase (PWP)

Selain daripada itu, sekiranya ibu-ibu manis membuat pembelian Medela Freestyle sewaktu SALE ini berlangsung, mommies juga berpeluang untuk membeli Medela Harmony Sealed dengan harga RM135 (harga sebenar ialah RM165) melalui purchase with purchase (PWP). Apakah maksudnya itu? *hehe* Jangan pening-pening ya. Maksudnya begini, kalau anda membeli pada waktu biasa (bukan waktu SALE), harganya ialah RM165. Dan kalau anda membeli waktu SALE (Medela Harmony Sealed pun tengah SALE sekarang), harganya ialah RM145. TETAPI, sekiranya anda membeli Medela Freestyle sekarang, kami memberikan anda keistimewaan lagi dengan memiliki Medela Harmony Sealed ini pada harga RM135! Wahh.. Berbaloi-baloi tu.. Kalau ada kawan-kawan, jiran-jiran, sedara mara atau anda sendiri mahu memiliki Medela Harmony Selaed ini, boleh lah berbuat demikian ya (boleh jadikan back up pump ni kat rumah). Pembelian adalah sah di dalam satu resit sahaja. Tak sah dibeli asing-asing (atau di lain waktu) (^_^). 

Detail kandungan dan warranty untuk Medela Freestyle boleh la rujuk di SINI

2. Medela Harmony Sealed


Harga normal bagi Medela Harmony Sealed ini ialah RM165. Tapi SALE kali ini kami offer pada harga RM145 sahaja. (Save RM20!) Banyak tu. Kalau anda beli Medela Freestyle pada waktu SALE ni boleh dapat pada harga RM135 melalui PWP*. 

Oh ya! Medela Harmony Sealed ni sama sahaja dengan Medela Harmony yang dalam box tu. Cuma bezanya, yang sealed ini kurang 1 botol dari yang dalam box. Ada yang bertanya pada saya adakah pam ini second use? Jawapannya adalah tidak. Ianya pre-sterilised dan brand new. Bagi saya dengan harga yang murah ini memang sangat berbaloi memiliki Medela Harmony (walaupun takde box!) (^_~)
*Psstt: Harga Medela Harmony kat market Malaysia lebih kurang RM265 kan? 

Untuk mengetahui lebih detail  (dan warranty) sila klik SINI ya.
Tidak ada free gift untuk Medela Harmony Sealed. Tapi ada PWP!

Purchase With Purchase (PWP)



Sekiranya anda first-time-pumping-mother, saya rasa anda pasti suka dengan apa yang bakal saya offer ini. Sekiranya anda belum lagi memiliki set cooler bag, (ataupun cooler bag anda sudah uzur.. maklumlah tiap-tiap hari kene angkut ke sana ke mari :P) anda boleh lah membeli Mom's Precious Cooler Bag Set ini dengan harga RM100 sahaja (harga normal is RM125). Dalam set ini semua ada. Lengkap untuk penyimpanan hasil perahan di ofis. (Sila rujuk gambar di atas ya ataupun klik SINI- ada cooler bag, ada 6 biji botol dan ada 3 ice packs).

Seperti biasa, anda boleh dapatkan harga ini melalui PWP dan mesti berada dalam satu resit sahaja. (Takmo hari ini beli Medela Harmony Sealed je, then next month baru nak guna PWP). Tidak dibenarkan sama sekali ya. (^_~)

*******
Untuk kos pos belum termasuk lagi ya. 

Saya menggunakan Pos Laju Malaysia.

Kos pos secara basicnya:

Medela Freestyle (1 kotak) - RM30 untuk Semenanjung Malaysia, RM40 untuk Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan)

Medela Harmony Sealed (1 pek) - RM10 untuk Semenanjung Malaysia, RM14 untuk Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan)

*******

Kalau anda berminat:

1) Sila emel ke 

- Subject: SALE: Medela Freestyle/ Medela Harmony Sealed

2) Sila whatsApp /sms ke 012-2233754 (Lin)

(saya prefer sms koz saya WAHM- kadang2 terpaksa menguruskan putera puteri yang selalu mengharapkan perhatian saya)
#anda pasti tidak mahu mendengar jerit tangis anak-anak saya#


Testimoni 3: Medela Freestyle

12:04 PM 0 Comments A+ a-

TESTIMONI 3
By: Norliyana Saberi

Saya ibu kepada seorang anak yang baru memasuki 3 bulan. Saya sangat berpuas hati dengan medela freestyle. Medela freestyle dapat menjimatkan masa dan membantu kehidupan seharian saya sebagai ibu yang bekerjaya dan sebagai ibu yang menjaga anak seorang diri (weekend husband & wife). Pada mulanya saya rasa takut mahu membeli medela freestyle ini kerana takut penghasilan susu saya tidak banyak dan rasa sangatlah rugi membeli pump yang agak mahal. Tetapi setelah saya mendalami kelebihan pada medela freestyle, saya bertekad ingin membelinya untuk menjayakan misi  ‘exclusive breastfeed’ dengan kutu medela freestyle sweetbonda. Setiap hari saya akan berpuas hati dengan penghasilan susu yang semakin banyak dan gembira bila peti ais saya dipenuhi dengan EBM. Sekarang dengan hanya 2 kali pam ditempat kerja dalam masa 30 minit setiap masa pengepaman , saya dapat mengahasilkan 25-28 Oz. Alhamdulillah rezeki anak saya yang dilimpahkan dengan susu yang banyak dengan penggunaan Medela Freestyle.



*****

Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012~


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)

*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

Testimoni 2: Medela Freestyle

12:03 PM 0 Comments A+ a-

TESTIMONI 2
By farihah_koleksi

Assalamualaikum W.B.T.  Sweet Bonda,

Saya telah menggunakan Medela Freestyle selama lebih kurang 1 tahun 3 bulan.. saya amat berterima kasih dengan Medela Freestyle.. bukan mudah untuk minta suami melaburkan duit membeli Medela Freestyle ini. Banyak pembacaan internet, dan bertanya dengan kawan-kawan yang pernah menggunakan Medela Freestyle. Setelah kajian dibuat, didapati Medela Freestyle adalah satu pam yang sangat berguna bagi ibu berkerjaya seperti saya...
Sebagai seorang Pegawai Kerajaan, saya mengepam susu dengan menggunakan Medela Freestyle di meje kerja tanpa perlu pergi ke surau atau mencari bilik kosong... dan saya juga boleh buat kerja sambil mengempan susu tanpa mendedahkan aurat pun... Selain daripada itu, saya sangat suka Operasi Medela Freestyle yang mempunya 2 phase iaitu expression dan stimulation phase kerana ia membantu meningkatkan production susu saya setiap hari...Saya juga boleh mengepam susu dimana sahaja, kerana bateri pam Medela Freestyle ini boleh bertahan sehingga 3 jam.. membolehkan saya mengepam di dalam kereta tanpa memerlukan power point...
Selain daripada itu, bentuk pam Medela Freestyle yang kecil dan comel ini mudah dipegang dan ianya ringan untuk dikendalikan... Bunyi pam juga tidak terlalu kuat, tidak menganggu anak saya ketika tidur sekiranya saya sedang mengepam disebelah dia.
Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sedang mencari pam yang terbaik untuk meneruskan hasrat memberi susu ibu kepada bayi mereka, MEDELA FREESTYLE adalah jawapannya! :)


*****

Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012~


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)

*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

Testimoni 1: Medela Freestyle

12:02 PM 0 Comments A+ a-

TESTIMONI 1
~CINTA SENTUHAN PERTAMAKU!!!!!~
By Rose Sakinah

Kali pertama menggunakan Medela Freestyle saya terus jatuh cinta..bukan CINTA PANDANG PERTAMA tau..cinta yang lebih hebat dan takkan boleh berlaku di mana-mana kecuali antara SAYA dan MY LURVLY FREESTYLE..CINTA SENTUHAN PERTAMANYA yang membuatkan saya terbuai dengan kelembutan badannya dan liuk lempai sedutan serta hisapannya yang melalaikan diriku yang sememangnya mendambakan belaian yang terbaik pada masa saya berpantang sendirian..kesedapan dan keseronokan yang dirasai hingga membuatkan hasil pertama saya bermanja dengannya sebanyak 24oz..wauuuu!!!!...Alhamdulillah!!!..Terima kasih ya Allah!!kerna memberikan saya rezeki yang takterhingga..dalam masa yang sama telah memberikan saya pasangan CINTA yang TERBAIK buat diriku dalam usaha mencapai dan memenuhi apa yang telah ENGKAU syariatkan..moga dengan adanya TEMAN SETIA ku ini, perjuangan kami menemui KEJAYAAN..tiada kejayaan yang paling bermakna buat diriku bersama FS yang tercinta ini melainkan KEJAYAAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKKU SEHINGGA DUA TAHUN DENGAN SUSUKU SEPENUHNYA...


*****

Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012~


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)


*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

Kami Mencari Testimoni terbaik Medela Freestyle!

10:01 AM 0 Comments A+ a-


Sweet Bondas.. Salam Isnin salam ceria.. Jangan Monday Blues pagi-pagi Isnin ni ya.. Biasa la kalau dah cuti lama tu malas aje nak gi kerja kan.. *hehe*
Jangan biarkan diri anda dipengaruhi fikiran-fikiran negatif macam tu.. Setkan dalam minda hari ini adalah hari produktif anda! Mulakan minggu anda dengan senyuman dan tenaga positif! (^_^)

Ok back to the point, kami tengah mencari testimoni terbaik daripada pengguna Medela Freestyle. Anda telah lama gunakan Medela Freestyle? Ok tak? Best tak? Sangat membantu anda menjadi multi tasking mommy? Kalau jawapan anda ya, ya, ya dan ya.. Sila la hantar testimoni anda kepada kami ya.. Hantar ke emel sweet.bonda@yahoo.com dengan subjek: Testimoni pengguna Medela Freestyle.

Kami akan mengupload testimoni anda di BLOG Sweet Bonda dan juga di bahagian dokumen di FB Sweet Bonda. Dan testimoni yang terbaik akan menerima 1 kotak Medela Freestyle Spare Parts Kit seperti gambar kat bawah ni.. best tak? Memang la best.. Medela Freestyle Spare Parts Kit ni sangat-sangat berguna apabila Medela Freestyle anda tu dah lama digunakan. Mesti anda nak buat spare kan?


Medela Freestyle Spare Parts Kit ini kalau ikut market Malaysia harganya RM125 ya puan-puan.. Tapi kalau anda mahu dapatkan di Sweet Bonda kami menawarkan pada harga RM100 sahaja. Tapi very limited stock. Kami dapat jual dengan harga yang murah sedikit sebab kami beli dari US. Tapi kualiti tetap sama. Jangan risau.. (^_^) Jadi sesiapa yang berminat boleh la emel kami ya.. Seperti biasa emel di sweet.bonda@yahoo.com

Sambung semula pasal testimoni ni.. Kami akan menerima testimoni anda sehingga 31 Mei 2012. Cara pemilihan testimoni terbaik masih lagi dalam perbincangan. Mulanya saya mahu memilih sendiri, tetapi saya ada terfikirkan cara yang lain. Nanti saya update ok. Yang pastinya saya akan melibatkan anda-anda juga (^_^)

Jadi kalau anda berminat sila la emel saya ya. Lagi cepat lagi bagus. Jangan last minute. Tak elok *Hehe*

Giveaway 'I Love Exclusive Breastfeeding' & 'Happy Little Me!' Contest 2012

9:13 AM 5 Comments A+ a-



Dear Mommies..

Alhamdulillah setelah team Sweet Bonda berbincang, kami telah memutuskan untuk menambah satu lagi hadiah ke atas senarai hadiah-hadiah kami. Yang ini adalah untuk grand prize. Kami akan memberikan sebiji Medela Freestyle kepada seorang pemenang 'LIKE' yang terbanyak yang bernilai RM2299! (LIKE terbanyak di antara kedua-dua peraduan yang sedang berlangsung)

Bestkan? (^_^)


Anda pengguna Medela Freestyle? Sangat berpuas hati? Emelkan kami testimoni anda mengenai Medela Freestyle di sweet.bonda@yahoo.com dan testimoni terbaik akan memenangi sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit bernilai RM125!

*************

Bulan ni Sweet Bonda sangat rajin dan happynya membuat 2 peraduan sekaligus iaitu;




PERHATIAN: Tempoh giveaway akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2012

1- Giveaway 'I Love Exclusive Breastfeeding' 
-Khas untuk bonda-bonda manis

dan





PERHATIAN: Tempoh contest akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2012

2- 'Happy Little Me' Contest
-Khas untuk anakanda bonda-bonda manis

*****
Haa.. Anda pasti teruja kan? Both ibu dan bayi boleh join.. Kalau dapat menang kedua-dua kategori ni.. Serasi bersama la tu.. *hihi*

Now kita lihat pula syarat-syarat pertandingan.. Di harap semua dapat memahami dan mengikut skema pengadilan pengadil ya.. Sila baca dengan teliti..

*****
Ok, syarat-syarat untuk Giveaway 'I Love Exclusive Breastfeeding'

1. LIKE fanpage Sweet Bonda  
2. LIKE fanpage Healthy Beauty Me 

3. LIKE fanpage MuslimLittleMe
4. Emel ser.giveaway@gmail.com (Subjek Emel: Giveaway 'I Love Exclusive Breastfeeding')
- Nama anda dan bayi
- Gambar ceria anda dan bayi
- Sambung ayat ini: "Saya menyusukan si manja saya secara ekslusif dengan susu ibu kerana.......... (tidak melebihi 3 ayat) 
5. Sweet Bonda akan upload gambar anda di facebook pada Isnin (16 April 2012) mengikut urutan emel yang diterima 
6. Anda boleh mula promote gambar anda dan 'LIKE' yang terbanyak akan menjadi pemenang! 
7. Tarikh akhir penjumlahan 'LIKE' terbanyak ialah pada Khamis (31 Mei 2012, 11.59 pm) 
8. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang emel-mengemel adalah tidak dilayan sama sekali ya.. (^_~)

*****
Ok, sekarang syarat-syarat untuk 'Happy Little Me' Contest pula ya



1. LIKE fanpage Sweet Bonda  
2. LIKE fanpage Healthy Beauty Me 

3. LIKE fanpage MuslimLittleMe
4. Emel ser.giveaway@gmail.com (Subjek Emel:  'Happy Little Me' Contest )
Nama & usia bayi comel anda
- Gambar bayi anda sedang tersenyum atau ketawa
* Maksimum umur bayi ialah 3 tahun * 

5. Sweet Bonda akan upload gambar anda di facebook pada Isnin (16 April 2012) mengikut urutan emel yang diterima 
6. Anda boleh mula promote gambar anda dan 'LIKE' yang terbanyak akan menjadi pemenang! 
7. Tarikh akhir penjumlahan 'LIKE' terbanyak ialah pada Khamis (31 Mei 2012, 11.59 pm) 
8. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang emel-mengemel adalah tidak dilayan sama sekali ya.. (^_~)
*Anda boleh menyertai kedua-dua pertandingan sekaligus*

******

Ok, senang kan?
Tak susah pun.. Oh ya! Tolong jangan PM di FB ya.. Saya harap sangat anda semua emel saya di alamat emel yang saya telah berikan di atas.. *Sangat-sangat berterima kasih pada anda*

Jadi sekarang jom kita lihat hadiah-hadiah yang sangat menarik pula. *Memang teruja saya melihat hadiah yang pelbagai ini*

Hadiah-hadiah yang ada ini semuanya bernilai lebih daripada RM3000!
Dan alhamdulillah.. Selain daripada Sweet Bonda terdapat banyak sponsor yang saya terima daripada rakan-rakan sebisnes saya yang lain.. (^_^)

*****

Hadiahnya adalah seperti berikut:

Hadiah Utama 
(Bernilai RM2299)



(Pemenang akan dipilih melalui jumlah 'LIKE' yang terbanyak antara kedua-dua peraduan)

Oh ya! rasanya saya tak perlu nak cerita keistimewaan Medela Freestyle yang sangat best ni. Secara ringkasnya, pam ini menjadi pilihan ramai ibu-ibu bekerjaya di luar sana. Saya juga salah seorang pengguna pam ini. Apa yang saya boleh cakap, kecil, mobile, cepat dan mudah. I'm just lovin' it!

*******

~Antara hadiah buat ibu manis~

Giveaway 'I Love Exclusive Breastfeeding'

Hadiah Pertama 
(Bernilai lebih daripada RM230)
1. Hadiah sumbangan daripada Sweet Bonda 
-1 unit pam manual Unimom Breastpump-worth RM118  
-1 set Treenie Drying Rack-worth RM29.90 
-1 buku 'Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya'-worth RM10.00 
2. Hadiah sumbangan daripada Creatively BebaPre made header for blogspot (family)-worth RM80 

Hadiah Kedua
(Bernilai lebih daripada RM140)


1. Hadiah sumbangan daripada Stuff For Ladies- 1 keping voucher membeli belah di kedai Stuff For Ladies -worth RM50 
2. Hadiah sumbangan daripada Best Beauty Mom
-1 botol Basic H (Shaklee)-worth RM46 
3. Hadiah sumbangan daripada Honey Cassandra- Tuala wanita berjenama Lexee-worth RM50  


Hadiah Ketiga
(Bernilai lebih daripada RM100)
1. Hadiah sumbangan daripada Syifa Punya Kraf
-1 keping voucher membeli belah di kedai Syifa Punya Kraf-worth RM30 
2. Hadiah sumbangan daripada Kedai Tupperware
- Barangan jenama Tupperware-worth RM50
3. Hadiah sumbangan daripada HasanahDarain Shoppe1 botol Jerslin Oil 20ml-worth RM25 

*****
~Antara hadiah buat si manja anda~

'Happy Little Me' Contest 



Hadiah Pertama 
(Bernilai RM100)
1. Hadiah sumbangan daripada Sweet Bonda 
- 1 botol susu kaca Safety Plus -worth RM22.90 
- 1 buku 'Mama Saya Lapar-by Wardina'-worth RM19.90 
- 1 FabulousMom Weekender Cooler Bag-worth RM18.90 
- 1 set Jingle Jungle Breastmilk/Food Tray -worth RM12.90 
2. Hadiah sumbangan daripada HasanahDarain Shoppe1 keping CD Babyland Bamboo Charchoal -worth RM26  


Hadiah Kedua
(Bernilai lRM80)


1. Hadiah sumbangan daripada HannaKids Collections
- Pakaian kanak-kanak berjenama + Crochet -worth RM50 
2. Hadiah sumbangan daripada Syifa Punya Kraf
-1 keping voucher membeli belah di kedai Syifa Punya Kraf-worth RM30 


Hadiah Ketiga
(Bernilai lebih daripada RM70)

1. Hadiah sumbangan daripada Maratussolehah Abaya
- 10 helai Baby Legging -worth RM50 
2. Hadiah sumbangan daripada Best Beauty Mom
-1 tiub Herbal Blend (Shaklee)-worth RM27.50

Disclaimer: 
Kesemua hadiah-hadiah ini akan dipos kepada pemenang oleh penaja hadiah masing-masing. Sweet Bonda tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada di antara penaja ini tidak menunaikan janji mereka ya.. (Tapi insyaAllah semuanya jujur-jujur belaka ^_^)


Setiap penaja hadiah ini sangat bermurah hati dalam memberikan hadiah yang best-best untuk anda. Jangan lupa jenguk blog/website/FB mereka ya. Mereka semua adalah ibu-ibu hebat yang mencari sesuap rezeki untuk keluarga masing-masing. Dan hampir kesemuanya adalah sama seperti anda dan saya; iaitu memberikan susu ibu kepada anak-anak mereka.. (^_^) So, marilah kita saling sokong menyokong antara satu sama lain..

*****

1. Stuff For Ladies
Blog: http://stufforladies.blogspot.com


-Menjual pelbagai baju wanita secara bundle. Harga yang berpatutan dan baju-baju yang menarik! 

2. Hasanahdarain Shoppe
FB: https://www.facebook.com/HasanahDarainShoppe

-Kalau anda berminat dengan Cloth Diapers ataupun ingin mencuba Jerslin Oil.. Di sini adalah kedai yang paling sesuai. Tuan punya kedai ini juga menyediakan sistem kutu bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki CD!

3. HannaKids Collections
FB: https://www.facebook.com/HannakidsCollections/https://www.facebook.com/butikinspirasihana

-Di kedai ini bukan hanya terdapat baju berjenama tetapi kalau anda mahu mencari-cari baju Muslimah kanak-kanak ataupun tudung buat anak anda, Hannakids Collections adalah yang paling sesuai sekali.
-Oh ya! Mereka juga adalah antara penjual yang terkenal dengan baju dan tudung muslimah-jangan lupa singgah di Butik Inspirasi Hana ya!

4. Syifa Punya Kraf
FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001156258008
Blog: http://syifapunyakraf.blogspot.com

-Untuk anda yang gemarkan sesuatu yang kreatif dan comel, Syifa Punya Kraf adalah antara kedai yang wajib anda kunjiungi. Sahabat saya ini sangat pandai membuat plushies dan membuat brooch yang sangat comel! Pasti anak anda suka! Kalau nak tahu apa itu plushies.. Jangan lupa klik saja link yang saya berikan di atas tu ya..


5. Best Beauty Mom
FB: http://www.facebook.com/beautymoms
Blog: http://bestbeautymom.blogspot.com

-Sahabat saya ini merupakan seorang yang sangat pro-breastfeeding. Bersama-sama saya pernah mengikuti 'Kelas Penyusuan 20 Jam' di HKL. Dia juga adalah seorang ahli Shaklee. Jadi kalau anda ada masalah penyusuan sila la merujuk ke FB ataupun blog dia ya. InsyaAllah pasti mendapat pandangan dan tips-tips yang berguna!


6. Honey Cassandra
FB: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.182505518454736.35942.100000858689134&type=3

-Mahu berasa sihat dengan tuala wanita yang hebat? Ataupun ingin mencuba kopi yang sedap dan dalam masa yang sama berkhasiat? Jom, apa kata kita tinjau-tinjau link FB Honey Cassandra ini..



7. Creatively Beba
FB: https://www.facebook.com/creativelybeba
Website: http://creativelybeba.com

-Anda suka berblog? Ataupun anda mahukan website anda kelihatan menarik dan cantik? Mahu membuat banner? Serahkan saja pada Creatively Beba. Hasil sentuhan tuan punya kedai ini sangat comel dan menarik. Anda pasti teruja apabila melihat hasil-hasil lukisan Creatively Beba. Jom serbuu..


8. Maratussolehah Abaya
FB: http://www.facebook.com/pages/Abaya-Maratussolehah/121638917856976
Blog: http://abaya-arab.blogspot.com

-Seandainya anda teringin memakai abaya ataupun jubah, saya syorkan anda melawat kedai Maratussolehah ini.. Kualiti jubahnya sangat bagus. Sejuk dipakai dan cantik. Harga juga berpatutan. Oh ya! Untuk jubah kanak-kanak pun ada juga dijual di sini. Cantik dan harga pun berpatutan..

9. Kedai Tupperware
FB: https://www.facebook.com/kedai.tupperwareII

-Tentu ramai yang tahu betapa kualiti barangan Tupperware memang elok. Jadi kalau anda mahukan sesuatu yang bernilai buat ringgit anda, jangan lupa klik link di atas tu ya. InsyaAllah anda pasti akan bertemu dengan tuan punya kedai yang baik hati..

*****

Rasanya itu sahaja maklumat mengenai peraduan bulan April-Mei Sweet Bonda. Menarik kan hadiah-hadiah yang ditawarkan? Jadi, jangan la melengah-lengahkan masa lagi. Walaupun peraduan ini akan berlangsung sehingga 31 Mei 2012, tetapi saya cuma menerima penyertaan daripada anda sehingga Ahad (15 April 2012) sahaja ya. Jadi sebelum terlambat atau terlupa, sila la emel saya sekarang juga di ser.giveaway@gmail.com


*****


Iklan sikit (^_~)


Saya menjemput anda meng'LIKE' 2 fanpage baru saya. Senang saja cuma klik link di bawah ni, klik butang 'LIKE' dan insyaALlah anda akan berpeluang memenangi baucar RM25 di kedai baru saya secara mingguan sepanjang April. RM25 tu banyak tau.. at least boleh top-up duit anda bila membeli belah di kedai baru saya itu. Mau kan?

Klik kedai Shaklee saya ini;
Healthy Beauty Me

Dan kedai Muslim Edutainment Kids untuk anak anda pula;
MuslimLittleMe


Terima kasih daun keladi!! (^_^)