APA YANG SAYA PERLUKAN DALAM MENJAYAKAN SUSU IBU?

8:43 AM 2 Comments A+ a-



Ini adalah soalan yang sangat cepumas bagi ibu-ibu yang pertama kali mahu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya buat anak mereka. Sama macam saya juga dulu. Saya start bekerja selepas melahirkan anak kedua (masa tu A'isyah Humairah saya baru nak masuk 5 bulan-tahun 2008). Saya rasa masa tu tak banyak lagi kedai online macam sekarang ni. Saya dengan semangatnya telah pergi ke SusuIbu.Com di Bangi untuk membeli Medela Harmony & Mom's Precious Cooler Bag. Saya sempat jumpa Kak Kamariah (owner susuibu.com - dan saya sangat teruja masa tu koz saya adalah ahli yang sangat aktif di forum SusuIbu.Com - sekitar tahun 2006 dengan nama miLo-ice~ anda kenal saya kah? ngee)

Ok balik pada tajuk asal ya. Sila fokus (sambil buat muka serius ^_~).

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu dan lebih-lebih lagi kalau anda bekerja, berikut adalah apa yang saya boleh kongsikan (mengikut pengalaman saya semasa bekerja dulu-sekarang saya WAHM- ^_^).



1. Mesti ada keazaman yang sangat kuat dan suami (ahli keluarga) yang menyokong
- Sokongan moral dan emosi daripada orang yang paling rapat dengan kita adalah sangat penting. Bukan mudah untuk menyusukan anak kita sepenuhnya dengan susu ibu. Kadang-kadang kita akan stress di tempat kerja. Penat. Lelah. Susu drop. Masa ini lah sokongan daripada suami sangat-sangat diperlukan. Adakalanya sifat suami yang ringan tulang seperti membasuh semua peralatan mengepam dan botol-botol si kecil  juga sangat-sangat membantu. Sekurang-kurangnya si ibu tidak tertekan dengan kerja-kerja rumah. 



2. Membeli dan menggunakan peralatan mengepam yang elok dan berkualiti

- Sekiranya anda memang betul-betul mahu menjayakan penyusuan susu ibu dalam masa jangka panjang, saya sarankan tolong beli pam yang bergred hospital dan berkualiti. Harga yang anda keluarkan untuk membeli pam itu mungkin agak mahal daripada pam-pam biasa yang ada di pasaran seperti P*r**n, A*n***u dan sebagainya, tetapi perlu diingat, kebiasaanya barang yang mahal datang dengan kualiti yang baik. Jangan lokek untuk keselesaan diri sendiri, lebih-lebih lagi kalau pam itu boleh digunakan untuk jangka masa panjang (mungkin boleh digunakan sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya).
- Untuk jenis-jenis pam, ada yang manual, menggunakan bateri/elektrik, single-pumping, double-pumping. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda membeli mengikut bajet, keselesaan dan suasana kerja anda. Seandainya ada kekangan kewangan, membeli pam manual juga sudah cukup-cukup membantu. Perlu diingatkan, pam susu bukanlah faktor utama dalam menentukan banyak atau sedikit susu anda. Tidak dinafikan pam susu double-pumping adalah sangat digalakkan bagi penghasilan susu ibu bagi jangka masa panjang, tetapi pam susu manual juga tidak kurang hebatnya. Jadi jangan stress bila tak dapat beli pam 'double-pumping' ya ibu-ibu. InsyaAllah ada rezeki pasti Allah permudahkan..



3. Membeli cooler bag, ice pack dan bottle/storage plastic bag

- Selain itu, apabila anda mengepam di tempat kerja, anda akan memerlukan cooler bag sebagai tempat untuk anda menyimpan hasil perahan susu anda. Kalau di tempat kerja anda ada peti ais, anda boleh menyimpan susu perahan anda di peti ais terlebih dahulu (tetapi JANGAN SESEKALI BEKUKAN susu perahan anda ya-cukup dengan diletakkan di bahagian bawah peti ais sahaja *saya akan terangkan pada entri yang lain). 


- Anda juga akan memerlukan ejen penyejuk iaitu ice pack yang akan diletakkan di dalam cooler bag. Ice pack ini akan membantu anda mengekalkan suhu sejuk susu perahan anda selama beberapa jam di ofis. 

- Untuk menyimpan susu perahan anda, anda akan memerlukan storage bottle  ataupun storage plastic bag. Kalau saya dulu, saya akan membawa 4 biji botol susu dan saya akan selitkan beberapa keping storage plastic di cooler bag saya. Kita tidak dapat menjangka berapa banyak kuantiti susu kita pada satu-satu hari itu. Mungkin sikit, mungkin juga banyak daripada biasa. Ataupun untuk hal-hal kecemasan-luar-jangka ~ seperti terlupa nak masukkan botol susu dalam cooler bag? (Macam pernah alami pulak?) (^_~) Jadi menyimpan storage plastic bag di ofis juga sebenarnya adalah salah satu langkah-langkah selamat untuk ibu yang mengepam - tinggalkan juga beberapa keping di kereta ya.

4. Peralatan untuk membantu dalam membersihkan pam dan botol susu anak anda!

- Sekiranya anda ada bajet lebih, saya sangat galakkan untuk membeli sebiji sterilizer untuk memudahkan kerja-kerja mensteril semua peralatan mengepam dan botol susu anak anda. Anda boleh membeli di butik-butik bayi ataupun secara online. Kenapa penting ya? Kalau saya tak nak beli ok ke? Jawapan saya ok je. Takde masalah. Cumanya bila anda membeli sterilizer, kehidupan anda yang memang sangat busy itu akan mudah sedikit kerana anda tidak perlu membuat segalanya secara manual. Maksudnya? Kalau ada sterilizer ini, apa yang anda perlu buat ialah cuma perlu membasuh pam dan botol-botol tadi menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit bottle cleanser dan dibasuh dengan air paip yang mengalir, kemudian terus masukkan ke sterilizer. Dah siap semua nanti anda cuma perlu keringkan saja. Kalau nak senang boleh beli drying rack untuk memudahkan kerja-kerja pengeringan. Kalau tak nak beli pun takpe. Cuma letakkan semua botol susu dan pam tu di atas sehelai kain yang bersih dan biarkan kering. Simple dan mudah kan? Mm.. Sangat suka saya ingatkan ya ibu-ibu.. Kebersihan botol dan pam sangat-sangat penting sepanjang tempoh penyusuan anak kita (terutamanya sewaktu anak kita berusia 6 bulan dan ke bawah) kerana kesemua peralatan ini akan mempunyai kontek secara langsung dengan susu ibu (kan cuma susu ibu saja makanan anak kita pada 6 bulan yang pertama dalam hidupnya?). Jadi sebagai ibu yang solehah (^_^), penyediaan makanan yang bersih untuk anak kita sangat penting dalam pembentukan peribadinya kelak. Lagi satu untuk mengelakkan anak kita mendapat penyakit yang tidak sepatutnya. Jadi penyediaan makanan dan tahap kebersihan tu haruslah tahap 5 bintang ya ibu-ibu.. (^_^)


5. Mudahkan kerja babysitter anda dengan menggunakan warmer

- Mengikut pengalaman saya, warmer adalah satu alat yang sangat penting dalam memudahkan babysitter menyediakan susu perahan kita secara cepat. Kalau anda mampu, saya galakkan anda memilikinya dan diletakkan di taska/rumah pengasuh anda. Kebanyakkan pengasuh berasa agak leceh dalam menyediakan susu ibu (padahal cuma rendam aje kan?), jadi dengan usaha kita yang sedikit - dengan sedaya upaya cuba meminimakan 'kesusahan' yang dihadapi oleh pengasuh kita, diharap anak kita akan mendapat yang terbaik.

-Warmer secara amnya membantu kita untuk memanaskan susu perahan kita pada tahap kepanasan yang betul - iaitu 40 darjah celcius. Kepanasan lebih daripada itu boleh memusnahkan zat-zat vitamin dan bakteria baik dalam susu ibu. Susu ibu kita TIDAK BOLEH dipanaskan di atas api (menggunakan periuk) ataupun dicairkan di dalam mikrowave.

- Secara manualnya, kalau kita takde warmer, boleh pesan kat babysitter, mak atau sesiapa sahaja yang handle  susu perahan kita untuk menggunakan sifir yang mudah ini (2 cawan air biasa + 1 cawan air panas - yang mendidih). Senang kan? (^_^)

6. Ilmu, ilmu dan ilmu!
Support group, forum, surf internet, buku

Di zaman yang serba mudah ini, kita boleh dan sangat senang mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Kita ada internet dan ada banyak support group (online & offline). Dekatkan diri dengan ibu-ibu yang mempunyai passion yang sama dengan kita. Endahkan orang-orang yang selalu lemahkan semangat kita. Saya percaya ibu-ibu zaman kini adalah serikandi-serikandi yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat bayinya. Cari aura positif saja ya. Biarkan yang berfikiran negatif tu tenggelam bersama labu-labunya (ayat kejam kah? ^_~) 
Anda boleh join forum SusuIbu.Com. Anda boleh baca KellyMom (one of my fav breastfeeding website).Di FB pun ada banyak group yang menyokong susu ibu. Salah satunya ialah Kumpulan Ibu Menyusukan. 

For more info: CLICK 

Buku mengenai penyusuan susu ibu pun sudah ada banyak sangat di pasaran sekarang. Cuma pesan saya ibu-ibu jangan lokek untuk membeli buku ya. Semua ilmu takkan pernah habis malahan pahalanya akan bertambah berlipat ganda sekiranya anda kongsikan dengan orang lain pula. 



6. Doa dan tawakal

- Misi menyusukan bayi selama 2 tahun bukannya mudah. Ia adalah satu perjuangan yang memerlukan banyak komitmen. Secara peribadi saya anggap ia sebagai jihad. Berdoa dan berzikir lah pada Allah. Hanya Dia sahaja yang mampu untuk memberikan rezeki yang banyak atau kurangkan rezeki kita. Kene sentiasa setkan minda yang positif dan rasa yakin atas diri sendiri. Dan jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap diri kita ada rezeki masing-masing. Jadi takmau rasa sedih dan down bila susu tak semeriah orang lain ya.. Yang penting susu itu cukup untuk anak kita. 

Wah.. Sebenarnya ikutkan hati saya ada banyak lagi saya nak kongsikan bersama anda. Takpe slow-slow ya. InsyaAllah selepas ini saya akan kongsikan pula bagaimana cara kita menyimpan susu perahan. Khas buat anda yang penyayang dan berjiwa kuat! 

*****
*Semua pernyataan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Ianya mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak.


*Semua gambar saya cilok dari google


*Tanpa prejudis-gambar dipilih secara random.







2 Sweet Bonda berkata-kata

Write Sweet Bonda berkata-kata
need
AUTHOR
Saturday, April 21, 2012 delete

Salam puan. Info yg sgt berguna untuk ibu mcm saya yg baru nk mencuba BF anak bila dh start keje. Anak yg pertama saya gagal untuk menyusukannya(BF) atas beberapa faktor kesilapan dari sy dn sekeliling. Tapi, untuk baby yg ke 2 ni sy berazam untuk BF anak saya hingga 2 tahun atau selama yg boleh. Teruskan berkongsi info yg berguna ye puan terutama cara menyimpan susu perahan...gud job!!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Saturday, April 21, 2012 delete

Thanks dear neen.. Semoga Allah permudahkan perjuangan penyusuan neen sehingga lebih 2 tahun.. InsyaAllah peluang itu pasti ada kalau kita sedia menciptanya! (^_^)

Reply
avatar