Apa Yang Anda Perlu Tahu Sewaktu Membuat Stok Susu Perahan (EBM)
Hari ini saya akan share pengalaman mengumpul stok selepas melahirkan anak saya yang ketiga iaitu pada Feb, 2010.
Saya mula menyimpan stok susu perahan (ebm-expressed breast milk) selepas 2 minggu saya melahirkan Azzalea Hannah saya. Semasa itu saya masih lagi menggunakan Medela Harmony saya yang tercinta (saya beli pada tahun 2008-dah berusia hampir 2 tahun!). Selepas 2 minggu insyaAllah kebiasaannya susu matang akan terhasil. Dan saya juga turut mengamalkan tandem pumping - di mana semasa anak saya sedang menyusu, saya akan mengepam 'cik b' yang satu lagi dalam masa yang sama. Hasilnya? Sangat mengujakan! Tetapi untuk menguasai skill tandem pumping ini memerlukan masa dan kesabaran ya ibu-ibu. Lebih-lebih lagi kalau anda cuma ada pam manual sahaja - macam saya la tu (saya menggunakan Medela Freestyle semasa bulan kedua saya berpantang). Kalau anda ada pam elektrik-wah, itu satu bonus buat anda! Apa yang penting? Sabar...
# gadget kesayangan hamba selama menyusukan anak kesayangan hamba - luv it to the max! #
# gadget kesayangan hamba selama menyusukan anak kesayangan hamba - luv it to the max! #
Ok, semasa anda mula-mula mengepam, susu yang terhasil sedikit sahaja. Mungkin 1 oz, mungkin 1.5 oz, mungkin juga 2 oz atau lebih. Tapi jangan sedih, jangan stress. Itu adalah normal. Saya dan kebanyakkan ibu-ibu lain juga begitu. Apa yang penting, anda harus sabar dan istiqamah. Pam sahaja seperti biasa. InsyaAllah hari demi hari, minggu demi minggu kuantiti itu akan meningkat sikit demi sikit. Biasa la tu kan. Supply and demand rule. Apekebenda la pula rule-rule bagai ni? Haa.. Dalam penyusuan susu ibu, anda mesti dan wajib tahu supply susu badan kita akan meningkat seandainya ada demand. Apa yang kita pam/baby minum, itulah jumlah susu yang akan dihasilkan semula. Lagi kerap anda mengosongkan payudara, maka susu akan lebih banyak dihasilkan. As simple as that. Jadi kalau susu anda sikit, jangan salahkan 'cik b' anda ya. Sila salahkan diri sendiri kerana malas mengepam dan malas nak menyusukan baby. Itu adalah sunnatullah. Siapa yang rajin berusaha dia yang berjaya (gitu? ~ ngee) Bermaksud anda mesti rajin mengepam. Ramai ibu-ibu yang berjaya kerana mereka benar-benar rajin berusaha. Selepas anda menyusukan bayi anda, sila sambung pam untuk tujuan mengosongkan payudara anda. InsyaAllah susu akan meningkat sikit demi sikit.
Kebanyakkan buku atau info mengesyorkan kita mengumpul stok 2 minggu sebelum kembali bekerja. Tetapi itu cuma guideline saja ya ibu-ibu. Bagi pendapat saya, anda perlu mengumpul stok lebih awal daripada itu di atas sebab-sebab yang tidak terjangka. Contohnya, bagaimana kalau tiba-tiba anda jatuh sakit dan anda terpaksa dimasukkan ke hospital? Mesti kasihan anak kecil kita itu kan? Takkan kita nak bagi susu formula? Padahal sebelum itu kita ada peluang untuk menyediakan stok ebm untuk si kecil kita. Jadi, haruslah kita membuat stok seawal yang mungkin.
1. Untuk mengumpul stok, anda mesti ada botol susu ataupun breastmilk storage bag. Ada banyak pilihan di pasaran sekarang. Yang penting anda mesti cari yang BPA-Free ya. Pastikan semua botol ini dan pam susu anda disteril sebelum digunakan. Botol susu boleh digunakan berulangkali (kebanyakan jenama mengesyorkan sehingga 6 bulan penggunaan), manakala breastmilk storage bag pula adalah untuk penggunaan sekali sahaja ya.
2. Saya syorkan anda untuk menyimpan susu ibu 2oz-3oz per bottle /breastmilk storage bag (ataupun kebiasaan jumlah susu yang bayi anda minum dalam per feeding). Kenapa? Ada banyak sebab yang munasabah..
i) Supaya tidak membazir
ii) Memudahkan babysitter anda menguruskan ebm anda
iii) Senang nak uruskan stok ebm
- Oh ya! Sekiranya anda mahu memenuhkan satu botol susu anda, anda hendaklah meninggalkan sedikit ruang - kerana cecair apabila beku sifatnya mengembang.. Jadi jangan isi penuh-penuh sangat ya..
3. Anda harus melabel stok ebm anda. Tuliskan nama bayi anda, masa dan tarikh ebm anda pada kertas pelekat. Tampalkan pada botol atau breastmilk storage bag. Ini adalah penting untuk mengetahui expiry date ebm dan untuk mengelakkan ebm anda tertukar dengan ebm baby lain di taska.
# stok ebm saya yang sangat 'bersimpang siur'. sila jangan ikut contoh ini ya. saya tiada ilmu susun-menyusun semasa ini. *hehe*
(stok ini saya dapat semasa dalam tempoh pantang-'very the heaven' time ni)
TIPS: Untuk menjimatkan ruang dalam peti ais anda, saya sangat suka pada cara yang Puan Farah Farhan gunakan. Sangat sistematik dan menjimatkan ruang. Boleh KLIK sini ya. Saya benar-benarrr sukaaa!! *sharing is caring kannnn..*
*****
Minggu ni saya sangat busy. Sebenarnya niat di hati mahu menulis lebih panjang lagi terutamanya untuk menjawab soalan cik puan manis Aini Aizat (ada beberapa soalan belum terjawab). InsyaAllah saya akan curi-curi masa yang ada ya.. Akan berusaha menjadikannya panjang daripada entry ini..
'Entry saya kali ini sangat singkat dan pendek #takpuasmembebeldiblogsendiri'

* Fakta yang perlu diingat ---> FIFO (first-in, first-out) Susu yang paling awal disimpan adalah susu yang paling awal digunakan.
# stok ebm saya yang sangat 'bersimpang siur'. sila jangan ikut contoh ini ya. saya tiada ilmu susun-menyusun semasa ini. *hehe*
(stok ini saya dapat semasa dalam tempoh pantang-'very the heaven' time ni)
TIPS: Untuk menjimatkan ruang dalam peti ais anda, saya sangat suka pada cara yang Puan Farah Farhan gunakan. Sangat sistematik dan menjimatkan ruang. Boleh KLIK sini ya. Saya benar-benarrr sukaaa!! *sharing is caring kannnn..*
*****
Minggu ni saya sangat busy. Sebenarnya niat di hati mahu menulis lebih panjang lagi terutamanya untuk menjawab soalan cik puan manis Aini Aizat (ada beberapa soalan belum terjawab). InsyaAllah saya akan curi-curi masa yang ada ya.. Akan berusaha menjadikannya panjang daripada entry ini..
'Entry saya kali ini sangat singkat dan pendek #takpuasmembebeldiblogsendiri'
2 Sweet Bonda berkata-kata
Write Sweet Bonda berkata-kataTq sis for sharing..penulisan sgt teratur dan penuh info. Mudah utk sy faham.
ReplyYou are welcome sis MummyGojes.. Semoga penulisan dalam blog ni membantu sis dalam persediaan membuat stok semasa pantang.. :)
Reply