7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan di Hospital Sebelum dan Selepas Bersalin

1:36 AM 1 Comments A+ a-


Saya percaya permulaan bagi penyusuan susu ibu yang betul di hari pertama kelahiran bayi akan menjamin (insyaAllah) penyusuan yang berjaya dalam jangka masa panjang.

Pesan saya, sebelum anda bersalin, carilah hospital yang mesra-bayi dan menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi. Dan sekiranya anda mempunyai doktor sendiri (di hospital swasta), sebaiknya ialah dengan berbincang dengan doktor anda mengenai niat untuk menyusukan sepenuhnya susu ibu kepada bayi anda. Sebelum bersalin, pesan sekali lagi kepada nurse agar bayi anda tidak diberikan susu formula. Kebanyakkan hospital swasta yang ada sekarang memahami dan mengikut permintaan si ibu. 


1. Tanamkan azam dan niat untuk memberikan susu ibu sahaja  
Tolong jangan beri bayi saya apa-apa jua cecair. Saya mahu dia mendapat kolostrum sepenuhnya dan mahu dia sentiasa bersama saya supaya saya dapat menghasilkan supply yang diperlukan. Sekiranya bayi saya mempunyai masalah kesihatan dan perlukan makanan/ubat tambahan, saya mahu berbincang dengan pediatrik saya terlebih dahulu!

2. Sejam yang pertama & sentuhan kulit ke kulit (skin to skin)


Saya mahu bayi saya terus diletakkan di atas dada saya sejurus selepas kelahirannya. Saya mahu sentuhan tanpa selapis kain pun yang memisahkan kami. Saya mahu dia tahu bau ibunya dan berasa tenang mendengar degupan jantung saya. Saya juga mahu dia mendapat kesemua bakteria/kuman yang ada pada saya supaya dia mampu menghasilkan antibodi yang lebih kuat! Bayi saya pasti akan 'mencari' payudara saya secara nalurinya. Tolong bantu saya untuk mendapatkan posisi yang sesuai dan saya percaya lagi cepat bayi saya diperkenalkan dengan payudara saya, maka lebih cepat susu akan dapat dihasilkan!

3.  Pembedahan Kecemasan / Pembedahan
Seandainya saya terpaksa melalui pembedahan, saya memohon agar ada nurse yang membantu saya meletakkan bayi saya ke atas dada saya secepat yang mungkin selepas pembedahan. Saya mungkin akan berasa sedikit letih, pening dan sakit, tetapi kebaikan yang bayi saya dapat tidak mungkin dapat mengatasi rasa sakit saya itu..

4. Rooming-in dan menyusu mengikut demand

Saya mahu bayi saya diletakkan di sisi saya sepanjang masa supaya saya senang untuk memberikan dia susu ibu pada bila-bila masa yang diperlukannya. Saya juga mahu mengenali dan memahami feeding cues  atau tanda-tanda bayi saya lapar (menghisap jari, membuat bunyi menghisap, rapid eye movement). 

5. Kakak nurse, saya perlukan bantuan anda!


Ini adalah kali pertama saya menyusukan bayi saya (ataupun bukan kali pertama tapi saya sudah terlupa! (^_~). Saya perlukan tunjuk ajar anda untuk memastikan posisi menyusukan yang betul, cara pelekapan yang sempurna dan menunjukkan saya tanda-tanda bayi saya lapar dan mahukan susu.

6. Pam Susu


Oh ya! Pam susu memang agak penting bagi saya. Sepatutnya saya harus bawa sekali ke hospital gajet ini. Tetapi seandainya saya terlupa, dan bayi saya mempunyai masalah kesihatan, tolong pinjamkan saya pam susu hospital ini ya. Saya tahu setiap hospital mempunyai pam susu sendiri (pastinya hospital memilih pam susu bergred hospital!). Sewaktu bayi saya mendapatkan rawatan, boleh lah saya mengepam susu.

7. Buah tangan daripada hospital

Saya ingin memberikan bayi saya susu ibu sepenuhnya. Saya berharap kakak nurse tidak memberikan saya 'buah tangan' promosi susu formula daripada mana-mana syarikat di dalam goodies bag saya ya!

Breastfeeding is something you and your baby learn to do together. So, even if things don’t go well at first or it seems difficult there’s no need to feel as if you are failing or that it’s not worth the effort. Most issues can be resolved fairly easily with good advice and professional help - FeedGoodFactor

1 Sweet Bonda berkata-kata:

Write Sweet Bonda berkata-kata
Wednesday, February 06, 2013 delete

Mohon share boleh utk rooming-in yg ada cartoon cute tu utk buat bhn pendidikan utk ibu hamil?

Reply
avatar