TERBARU: Sweet Bonda Manual Complete Set!

10:35 AM 0 Comments A+ a-

Salam ceria mommies.. Sudah agak lama saya tidak 'membebel' di sini.. Tiba2 rasa rindu pada bebelan sendiri *LOL* 

Oh ya, bagaimana dengan hasil perahan setiap hari? Semakin meningkat? Semakin merudum? Haa.. Jangan sedih2.. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif.. Senyum2 selalu (walaupun tengah bergaduh dengan suami :p).. Makan makanan seimbang.. Dan paling penting.. Kerap mengepam (Juga ditujukan buat diri sendiri *hihi*)

Oklah, cukup bebelan untuk hari ini. Berbalik pada tajuk di atas, tiba2 saya dengan semangatnya telah menambah beberapa stok di dalam Sweet Bonda ini. Saya harap anda, anda dan anda semua suka ya. Saya pun suka juga bila tengok banyak barang baru di kedai saya ini, cumanya rumah saya seolah2 menjadi gudang barang2 penyusuan susu ibu pula.. *Hihi*

Tanpa buang masa mari kita lihat apakah barang2 itu.. *Jeng.. jeng..*
kepada nama baru ini. Saya tambah 'Manual' di tengah2nya. Sebelum ini set ini mengandungi semua barang2 seperti di gambar bawah (1 pam Medela Harmony (Sealed) + MLO Cooler Bag Set). 


Bila beli set ini, sebenarnya anda akan save dalam RM20. Wow! Banyak kan?
Kalau tambah2 semua item dalam set ini (Medela Harmony Sealed RM185, MLO Cooler Bag Set RM125,  Total RM310.


Tapi kalau anda beli set ini cuma RM290 sahaja!
Berminat? Sila isi form kat bawah blog ni ya..

Ok, selain drpd tu ada banyak lagi barang2 lain.. Jom kita lihat..



*Mom's Precious 2oz. Breastmilk Storage Container (10pcs)*
RM35
Mom's Precious 2oz. Breastmilk Storage Container (10pcs) yang bernilai RM35. Botol2 ini sangat comel dan kenit saja. Sangat membantu ibu2 yang baru pertama kali hendak menyusukan bayi kerana dia memberikan sokongan secara psikologi pada si ibu. Bagaimana pulak tu ye? Pada hari2 dan minggu2 pertama si bayi lahir ke dunia, susu matan belum terhasil sepenuhnya. Jadi, bila si ibu mengepam menggunakan botol 2oz ini, insyaAllah cepat penuh. Bila cepat penuh, insyaAllah si ibu secara langsung akan berasa genbira. *Nampak susu tu sangat banyak*. Bila ibu gembira maka kurang lah stress. Jadi insyaAllah susu akan lebih banyak terhasil.

Medela Pump


*Medela Harmony Sealed*
RM185



Cooler Bag & Storage Bottle


*MLO Cooler Bag Set*
RM125



*Mom's Precious 5oz. Breastmilk Storage Container (6pcs)*
RM39


Liquid Cleanser

*Mom's Precious Antibacterial Natural Liquid Cleanser 500ml*
(Sabun untuk membasuh botol dan pam anda)
RM23



Milk Booster

*Nurturing Remedies Moringa Capsules (60 Vege Capsules)*
RM60


*Nurturing Remedies Moringa Tea (20 Teabags/Box)*
RM29



*Pil ASI (300 Pills/B0x)*
RM20

Books

*Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya*
(Buku ini sangat sesuai bagi new mommy atau 1st time breastfeeding mommy atau dihadiahkan kepada ibu2 yang baru bersalin)
RM10


*The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk by Diana West, IBCLC*
(Buku ini sangat2 informatif! Sesiapa yang berniat untuk mengetahui lebih banyak tentang permasalahan penghasilan susu ibu boleh la klik di SINI untuk info lebih lanjut ya.. Pasti anda teruja! 
RM72




*Mama Saya Lapar by Wardina Safiyyah*
(Membantu anda memikirkan idea penyediaan makanan untuk si manja)
RM19.90



Berminat? 
Ok, sila isi form di bawah blog ini ya. 
Atau kalau ada apa2 soalan, boleh emel saya di sweet.bonda@yahoo.com

Terima kasih ibu2 yang manisssss... *hugs*

Selamat Hari Raya Buat Semua, Maaf Zahir & Batin

7:03 AM 1 Comments A+ a-



Di penghujung Ramadhan ini, Sweet Bonda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.
Semoga Syawal tahun ini membawa kebahagian kepada anda semua.
Selamat pulang ke kampung dan berhati2 sewaktu memandu.
Jangan lupa untuk teruskan penyusuan si manja anda walau di mana berada.

Sekali lagi, Maaf Zahir & Batin.. 

Teknik Marmet Menyelamatkan Hariku!

5:35 PM 0 Comments A+ a-


Saya sangat tidak menyangka pengalaman saya melihat rakan seperjuangan sesusuan ibu
 [Puan Azyan] yang saya kenali sewaktu menghadiri kelas 20 jam saya sangat membantu di saat2 kecemasan begini. 
Rakan saya yang baik hati itu sebenarnya memakai tudung labuh yang saya kira agak labuh, dan pertama kali saya mengenali dia, dia tengah memerah susu ibu di sebalik tudung labuhnya itu dan dengan tenang seolah2 tiada apa2 berlaku mendengar talk yang sedang berlangsung di hadapan. 
Tiba2 dia terus mengeluarkan botol MLOnya yang comel itu yang hampir penuh (5oz) dan saya agak
terkejut sebab saya sangat tidak menyangka yang dia sedang membuat 'projek' secara senyap2 memerah susu ibu menggunakan Teknik Marmet di sebalik tudungnya itu *Inilah salah satu hikmah mengapa Allah menyuruh kita melabuhkan tudung kan? ~ insaf*

Sebenarnya tadi sewaktu saya tengah on the way mengepam susu ibu, tiba2 teman baik saya yang sangat saya sayangi cik Medela Freestyle terhenti. Rupa2nya bateri dah mati. Saya tidak perasan sudah berapa lama simbol bateri itu berkelip2 :p. Nasib baik bukan rosak. *Fuh*. Dalam kepanikan dan kesedihan saya itu tiba2 saya teringat tentang hand expression ataupun Teknik Marmet.
Alhamdulillah, it REALLY save my day!

Apakah itu Teknik Marmet?
Dan bagaimana pula cara memerah susu menggunakan tangan dengan betul? 
Hari ini insyaAllah saya akan berkongsi tentang Teknik Marmet ini, dan saya telah menyalin semula info yang sangat penting ini daripada seorang lagi sahabat saya yang sangat hebat dalam dunia penyusuan susu ibu ini. Anda boleh mendapatkan banyak info2 yang sangat berguna melalui blog beliau di
-SINI- *Terima kasih Herni ^_^



Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. 
Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. 
Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)

Bahaya Amalan Teknik yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet. 
Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.
Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola). 
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

 

Gambar diambil dari www.breastfeeding.com 

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini. 
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar. 
5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan. 
6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong. 
7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong. 
8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet. 
2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola. 
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.


Bagaimana? Senangkan? Dapat idea sikit-sikit tak mengenai Teknik Marmet? 
Tapi.. teori semata-mata tak menjamin anda mampu melakukan teknik ini ya.. Jadi sebaiknya kalau ada kelas-kelas mengenai Teknik Marmet ni join la ya.. Orang kata praktikal pun penting juga.. Practise makes perfect! Berusahalah mempelajari ilmu yang sangat penting ini. 
Manatau satu hari nanti teknik ini pula akan menyelamatkan hari anda! ^_~

Jom Dapatkan Medela Harmony Sealed @ RM155 (termasuk kos pos)

DI SINI!

Set Yang Lengkap Untuk Ibu!

12:17 PM 6 Comments A+ a-


*Sweet Bonda Complete Set*

Okay, apa yang baru di Sweet Bonda kali ini? Seperti gambar di atas, itu adalah complete set bagi ibu2 yang pertama kali ingin mempunyai peralatan mengepam di ofis. Apa yang ada dalam set ni?

1. Pam Medela Harmony (Value Pack) RM175
2. Moms Precious Cooler Kit Covertible Sling (Big) RM69
3. 3 MLO Ice Packs RM38
4. 6 MLO Storage Bottles RM39

Total semua kalau ditambah ialah RM321. Berbaloi kan? Dapat semua dalam satu set.

Tapi saya ingin memberikan harga yang jauh lebih murah. Mudah2an dengan ini ibu2 semua lebih bersemangat untuk menyusukan si manja.

*MP Cooler Kit Convertible Sling ~New & Improved*

Sekarang saya akan kurangkan satu persatu dan anda lihat adakah ianya berbaloi untuk anda ataupun tidak.

1. Pam Medela Harmony (Value Pack) RM175 - RM170 (Save RM5)
2. Moms Precious Cooler Kit Covertible Sling (Big) RM69 - RM53 (Save RM16)
3. 6 MLO Storage Bottles RM39 - RM29 (Save RM10)
4. 3 MLO Ice Packs RM38 - RM28 (Save RM10)

Bagaimana? Murah tak? *hehe*

Saya rasa ibu2 pasti teruja melihat nombor2 yang berwarna merah itu kan? Jadi mari kita tambah bersama2.
Rm170 + RM53 + RM29 + RM28 = RM280.
Wow RM280?!

Percaya atau tidak memang itu lah harganya.
Harga bagi complete set ini ialah RM280 sahaja RM300 *bermula 1 Jun 2011.

Jadi apa tunggu lagi? Sila dapatkan satu untuk anda, atau isteri anda ataupun nak dihadiahkan pada kawan2, adik, makcik dan sesiapa pun hari ini juga. Semestinya pembelian ini berbaloi2 untuk semua! :)

*Botol yang comel & semestinya BPA-Free*

Jadi kalau ibu2 berminat, jangan lupa untuk scroll page ini sehingga ke bawah dan boleh isi order form yang telah disediakan ya.

Di harap pembelian ini berbaloi2 buat anda.

*Kerana Babymu Lebih Berharga* :)



Persediaan Bagi Ibu Yang Akan Bekerja

4:00 PM 2 Comments A+ a-


Saya selalu mendapat pertanyaan daripada first-time-mom yang ingin membuat persediaan mengenai penyusuan mereka apabila kembali bekerja nanti. Pam bagaimana yang sesuai? Susu yang diperah mahu diletak di mana? Berapa lama susu boleh diletakkan di dalam cooler bag? Dan sebagainya. Jangan risau. Saya juga suatu ketika dahulu menghadapi masalah yang sama seperti anda. Tidak tahu hendak bertanyakan pada siapa. (Lagipun pada masa itu ramai kawan2 saya belum berkahwin. Ops! Ok.. Saya kahwin awal :P). Nasib baik ada kumpulan sokongan menyusu SUSU IBU. Maka di situlah tempat saya meluahkan perasaan kepada ibu2 yang lain dan kemudiannya menjadi seorang ibu yang sangat bersemangat untuk menyusukan anaknya sepenuh hati!

1. Niat dan berazam!


Menyusukan bayi anda sendiri dengan air susu anda sendiri merupakan satu keinginan yang fitrah. Jika anda seorang yang benar2 menginginkan yang TERBAIK buat darah daging anda, maka ya inilah jawapannya. Saya anggap anda sudah tahu khasiat susu ibu yang tiada tandingannya hatta susu kambing pun tak boleh lawan ini. Berusahalah mencari ilmu2 penyusuan ini sebanyak yang mungkin sebelum melahirkan anak. Di internet ini sudah banyak info2 yang berkaitan. Majalah juga berlambak di pasaran. Ibu2 atau kawan2 anda satu ofis juga pasti tahu.

2. Melabur pada pelaburan yang menguntungkan!

-Contoh sahaja-

Pam susu.

Kita selalu memilih yang elok2 dan yang branded dan yang mahal harganya bagi diri kita. Kita mahu kelihatan sentiasa muda, maka kita pun memilih SK-II untuk tujuan itu (walau tahu harganya mahal). Kita sanggup berlapar demi membeli hand bag jenama Coach bola jaring yang ribu riban itu. Si ayah sanggup menghabiskan gaji sebulan demi membeli smartphone yang terbaru. Semuanya kerana kita tahu kualiti itu selalunya datang dengan harga yang mahal. Jadi pesan saya, kalau betul2 mahu 'kekal lama' dalam dunia penyusuan ini, anda dan pasangan anda seharusnya jangan lokek untuk membeli pam yang baik dan berkualiti. Untuk anak anda juga.

Ada berbagai2 jenis pam yang ada di pasaran. Ada yang manual. InsyaAllah harganya murah juga. Dan ada yang menggunakan elektrik/bateri. InsyaAllah, harganya mahal juga :P.
Tapi saya suka recommend pam yang double-pumping dan electric. Ini adalah kerana ia dapat memaksimumkan pengeluaran susu kita dan juga menjimatkan masa bagi ibu2 yang bekerja. Jangan risau. Ada juga yang harga ratus2 sahaja. Dan ada juga yang sampai ribu riban. Semuanya terpulang kepada anda. Apa2 pun membeli pam yag elok adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Selain dapat digunakan pada penyusuan anak2 yang akan datang, anak susuan ibu sepenuhnya juga sangat2 jarang sakit. Kalau setakat demam selesema itu biasa, (anak2 kita juga perlu untuk sakit sebab dia perlu bina antibodi juga!) tapi yang luar biasa kalau anak kita dalam sebulan 2, 3 kene admit ward. Dah la kita kene EL, terpaksa bayar kos perubatan lagi. (Belum masuk lagi duit beli Formula Milk yang sangat2 mahal lately tapi khasiat tak seberapa ). Oh ya, sila beli pam yang memang diakui oleh pakar2 penyusuan susu ibu ya..


-Contoh sahaja-

Cooler Bag

Bila kita bekerja, kita perlu Cooler Bag sebagai 'peti sejuk' kecil kita. Pilih lah cooler bag yang sesuai mengikut citarasa anda. Ada banyak cooler bag di pasaran. Anda cuma tentukan bajet dan insyaAllah anda mampu mendapatkan cooler bag yang sesuai.


-Contoh sahaja-

Cooling Element (Ice Packs)

Ini juga sangat penting, supaya anda boleh mengekalkan tahap kesejukan susu perahan (EBM) anda tadi sehingga anda kembali semula ke rumah.


Storage Bottle /Storage Bag

-Contoh sahaja-

Ok, anda juga perlu untuk ada bekas untuk menyimpan susu2 anda di peti sejuk. Anda boleh memilih untuk menyimpan menggunakan botol ataupun menggunakan beg plastik khas untuk susu ibu. Sangat2 penting, pastikan semuanya BPA-free ya.


3. Doa, tawakal dan jangan putus asa!




Dari hari pertama anda telah berazam untuk menyusukan bayi anda, bersedialah dengan apa2 sahaja halangan yang akan tiba. Anda mungkin akan mengalami crack nipple, ataupun tidak akan mendapat support dari orang2 di sekeliling anda ataupun apa2 jua cabaran yang kita tidak akan tahu. Sentiasalah berdoa dengan penuh mengharap supaya dimurahkan rezeki buat anak anda yang bertuah itu. Semoga anda dipermudahkan oleh Allah atas segala2nya. Dan semoga juga anda turut mendapat pahala dan keberkatan di atas segala kebaikan anda yang telah berusaha keras untuk menunaikan tanggungjawab anda dalam memberikan hak anak anda iaitu SUSU IBU sepenuhnya!


Pasrah dan tawakal lah pada Allah setelah anda berusaha bersungguh2 dan jangan sesekali berputus asa. Di luar sana masih ramai lagi yang sama2 berusaha seperti anda. Dan mungkin ada yang lebih payahnya berbanding anda!


Cuba2lah join support group di kawasan anda. Ataupun anda boleh google sahaja di internet. InsyaAllah ramai yang sudi membantu, termasuk saya.

Semoga berjaya!







Mengapa Saya Mahu Menyusukan Anak Saya Dengan Susu Ibu?

10:46 AM 6 Comments A+ a-


Salam ibu2 manis (and mom-to-be) yang sentiasa bersemangat untuk menyusukan si manja dengan susu ibu..


Alhamdulillah, hari ini sudah hampir 6 tahun saya 'bergelumang' dengan penyusuan susu ibu buat ketiga2 orang anak saya yang tersayang. Dan buat si manja saya yang paling bongsu (read: 1 tahun suda) saya masih lagi meneruskan penyusuan susu ibu sehingga sekarang. Untuk yang ketiga ini saya berharap dan sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk dia sehingga 2 tahun penuh. Ini adalah perjuangan yang pertama bagi saya dalam menamatkan misi untuk 2 tahun. Kenapa ye? Ha.. Sebab sebelum ni, anak2 saya yang pertama dan kedua, mereka berhenti pada umur 1 tahun lebih (- +) kerana saya mengandung. Jadi saya ni tak pernah lagi mencapai (TERcapai) hajat di hati untuk BF sepenuhnya sehingga 2 tahun! So ini adalah antara cabaran TERbesar saya pada tahun 2011 ini. *Hehe*


Sebenarnya, pilihan untuk menyusukan anak2 dengan susu ibu adalah bergantung sepenuhnya pada si ibu. Pilihan adalah jelas. Mahu atau tidak. Secara peribadi, saya tidak suka 'memaksa' ibu2 yang tidak ada 'hati' untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu berbanding dengan susu formula (lembu atau kambing). Masing2 ada pendapat tersendiri. Bagi saya info berkenan susu ibu sudah ada di mana2 dan senang untuk didapati. Di klinik kerajaan, di internet, kawan2 seibu, kawan2 sepejabat, kadangkala si ayah pun tahu berkenan susu ibu ini. Jadi tidak mungkin si ibu itu tidak tahu langsung mengenai susu ibu! Apa yang penting, kesungguhan dan 'passion' pada susu ibu itu adalah WAJIB untuk si ibu berjaya menyusukan anaknya. Kalau anda tak percaya, mana mungkin ada ibu yang sanggup berhabis duit sendiri untuk membeli semua keperluan penyusuan susu ibu. Ada yang sanggup bangun malam untuk mengepam (siap update kat facebook lagi :D). Ada yang sanggup membeli pelbagai supplemen dan mencuba pelbagai makanan yang boleh membantu 'boost' kan pengeluaran susu, dan ada juga ibu yang sampai menitiskan air mata apabila 'supply' susu merudum. Kerana apa ye? Semuanya kerana anak yang tercinta. Semuanya kerana tahu akan nikmat dan nutrisi susu ibu yang tidak terhingga. Semuanya kerana tahu betapa kuatnya ikatan kasih yang akan terjalin antara ibu dan anak sehingga besar. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah HAK anak. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah makanan yang TERBAIK yang Allah ciptakan untuk darah daging anda!


Sebab itu lah saya memilih untuk menyusukan anak2 saya dengan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan yang pertama dalam hidup anak saya. Dan diteruskan sehingga bulan2 yang berikutnya sehingga 2 tahun (atau lebih) dengan menambah makanan pelengkap buat mereka. Nasib anak anda terletak di tangan anda. Apa yang anak anda makan pada awal2 kehidupan mereka akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kalau nak tahu, salah satu sebab mengapa anak obesiti adalah kerana pengenalan makanan pejal (solid food) yang terlalu awal. Organ dalaman belum matang tapi kesian mereka terpaksa menelan makanan (nestum etc) sebelum usia 6 bulan. Apabila ini berlaku maka, si organ dalaman yang belum matang sepenuhnya tadi akan bekerja keras dan akan efek kepada sistem penghadaman si anak tadi. Jadi ibu2 manis semua pilihan terletak di tangan anda. Anda lah yang akan mencorakkan masa depan anak2 anda.. :D


Sweet Bonda: Sangat suka pada 'passion' seorang ibu yang sangat 'gila' pada BF. Anda salah seorang dari 'orang gila' itu kah? Ya, saya salah seorang 'orang gila' itu :D

Kali pertama bersama Medela Harmony & Cooler Bag Set

1:52 PM 9 Comments A+ a-

Salam mommies semua.. Salam Jumaat yang penuh berkat..

Okay, hari ni saya nak cerita cemana saya guna Medela Harmony saya dulu2.. Di awal2 ke'taksuban' saya dengan mengepam susu ni, saya bermula dengan Medela Harmony ku yang tersayang itu.. saya beli sebab dulu bajet saya ciput aje.. tak mampu la mak nak beli yang mahal2.. tapi memandangkan waktu kerja saya agak fleksibel (yang tidak memerlukan saya khidmat pam elektrik).. maka setelah saya berfikir masak2.. saya pun 'invest' la beli Harmony ni..

One thing yang paling saya suka tentang Medela Harmony is, 'parts'nye sikit je (maaf kerana mengulang berulangkali ayat ini.. :P), dan senang untuk dibersihkan dan dipasang.. anak2 saya pun boleh buat.. Semudah 1, 2, 3!

Bila 'parts' dah sikit, saya takde masalah nak angkut gi tempat keje. Saya guna 'cooler bag' tajuk MLO. Semua muat dlm beg tu, 4 botol MLO, 3 ice packs ngan pam Medela Harmony ku.


~My Harmony Set~



1. Masukkan semua 4 botol
+ 2 ice packs kat sebelah
menyeblah.


2. Semua parts pam
kumasukkan dlm beg
plastik.


3. Letakkan ice pack
ketiga di atas botol2
tadi.


4. Tadaaa!! Baru letak
parts harmony td di
atasnye. Lastly, zip!



Keduanye, Harmony tak bising-memang tak berbunyi langsung. Senyap aje.. sedar2 botolku dah penuh.. 'Compared' ngan pam manual *ven*, dia ada bunyi sikit.. (sikit je.. jan marah ye *ven* users)

Ketiganye, Medela's 2-Phase Expression tu.. Memula pam ni 'stimulate' breast sampai rasa 'let down reflex'.. Pastu, wallah! Susuku begitu 'heaven' sekali.. Pastu pam la sampai penuh.. Alhamdulillah..

Tips saya:

1- Jgn lupa basuh 'membrane' anda setiap kali selepas mengepam ye.. 'membrane' bende putih halus tu.. kalau tak buka (tuk lalukan air) nanti berkulat.. Ewww!!

2- Hati2 ngan bende putih halus dekat leher 'handle' (diaphragm dan o-ring). Sebab kalau bende tu terputus, memang tak leh nak mengepam.. (Kalau putus sila beli di Sweet Bonda.. hehe)

Jadi, tak rugi guna medela harmony ni.. :)
Ada sesape yang guna/pernah guna pam ni? Meh la share ngan saya pengalaman anda pulak.. :)
__________________

* Mahu Medela Harmony Sealed dan Cooler Bag seperti di atas? Sekarang Sweet Bonda sedang mengadakan SALE. Boleh kli SINI ya. Happy Pumping Mothers!