01 March 2012
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* * * * *
Salam ibu-ibu manis semua.. Saya maksudkan ibu-ibu yang baik hati ya.. Bukan doakan supaya dapat kencing manis.. *Hehe*..
Ok, hari ni saya nak kongsikan mengenai suplemen untuk anak-anak pula ya (takkan ibu je yang nak sihat kan? :P) Saya tahu anda ibu manis yang sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak anda. (Buktinya anda berusaha menyusukan si manja anda walaupun banyak rintangan dan dugaan.. kan?)
Suplemen yang saya maksudkan adalah Shaklee Meal Shake dan juga Shaklee OmegaGuard. Kedua-dua suplemen ini sangat sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.
Apa yang best sangat dengan kedua-dua suplemen ini? Nak tau lebih lanjut mari kita lihat ringkasan yang telah dibuat oleh GenkiMomma di bawah ini ya..
(1) Meal Shakes terutamanya amat sesuai bagi anak yang*:
- tiada/ kurang selera makan.- memilih makan - tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.- selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.- mempunyai athma & bronchitis.- mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
Pendek kata, sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk! Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (Vanilla French), dan rasanya sangat lazat!
(2) OmegaGuard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA.*
- menggalakkan fungsi otak.- untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.- mengurangkan keradangan.- menambahkan kolesterol baik di dalam badan (HDL).
GM Testimoni*.Kedua-dua anak saya sangat sukakan OmegaGuard nie, mereka kunyah macam gula-gula! Saya perlu ingatkan mereka agar minum air selepas kunyah Omega nie, sebab selalunya lepas kunyah mereka tak minum air pun. Malah, saya juga perlu explain & buat rulekepada mereka untuk tidak makan Omega nie hari-hari! Sebelum nie saya perlu sorokkan botol Omega nie di tempat yang tinggi sebab mereka akan cuba panjat kabinet untuk mengambilnya. Begitu sekali penangan Omega nie pada anak-anak saya...
Bagi bayi yang masih berusia DI BAWAH 1 TAHUN, maaf, tiada suplemen sesuai yang boleh kami cadangkan. SUSU IBU lah yang terbaik, dan ditambah dengan makanan pejal berkhasiat bagi memberikan segala zat dan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda!
Walaubagaimanapun, istimewa bagi ibu yang menyusu, ibu boleh consume vitamin yang kami cadangkan ini, dan segala khasiatnya dapat disalurkan kepada anak melalui air susu ibu. Insya Allah.
Best kan? Jadi, kalau anak anda kurang selera makan (ataupun langsung tak pandang makanan kecuali jajan), ada ekzema, atau selalu demam.. InsyaAllah suplemen ini boleh membantu. Sekurang-kurangnya si kecil mendapat makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuhnya. Risau dengan harga?
"The greatest wealth is health."
Virgil
Memang betul. Kalau kita mampu membeli baju atau kasut atau beg tangan setiap bulan (yang berharga ratusan kah?), mengapa kita tidak boleh sparekan sikit duit tu untuk membeli suplemen untuk anak-anak kita? (read: bukan anak orang lain atau anak tekak ye :P) tapi si manja kita yang mungkin selalu demam dan selesema kerana berada di taska sewaktu kita sedang mencari sesuap rezeki. Ataupun anak kita yang selalu tidak berselera makan di nurseri (sehingga terbawa-bawa habit itu ke rumah?). Berapa ratus duit kita keluar setiap bulan bila anak-anak selalu berulang alik ke klinik untuk mendapatkan ubat yang sama? Dan dalam masa yang sama ini mungkin juga akan menjejaskan produktiviti kita di ofis kan? Selalu emergency leave di saat anak-anak memerlukan perhatian yang lebih kerana kurang sihat ataupun kalau ada kat ofis tapi hati melayang-layang ke taska.
Jom kita lihat pula testimoni ibu-ibu yang consume suplemen ini:
FB : Iffah Anuar :"Alhamdulillah... saya juga berikannya pada Faheem.. alhamdulillah, travel from Sgr - Cherating- Tgn - Melaka - Sgr...ke ladang ayah, berpanas hujan..main lumpur..Faheem tidak demam/selesema/muntah2 spt sepupu yg lain.. Alhamdulillah...Sy juge dah tidak bermusuh dengan matahari :) kalo dulu x boleh kne matahari migrain+rashes..+ demam + sakit2 sendi smp x boleh bgn..syukur.. setelah 1 Yr+ tekun amalkan shaklee"
FB : Rafaliah :" Irfan salah satu contohnya..dulu every mth demam, batuk n selsema pastu siap kena asthma attack. AlhamduLILLAH skang ni sgt better..:-) "
FB : Azra Balqis Irdina :"bagus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi.."
Credit to adik Beeha yang manis :)
* * * * *
Berminat untuk mendapatkan produk ini? Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tawaran harga yang istimewa. Eksklusif hanya untuk pelanggan Sweet Bonda sahaja! ♥♥

Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
YM: sweet.bonda
Sms: 012-2233754
FB: Sweet Bonda
31 January 2012
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* * * * *
Salam manis buat ibu-ibu di luar sana. Hari ini saya harap semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu ya.
Walaupun ada antara kita yang menghadapi masalah hari ini, sentiasalah berfikiran positif; kenalpasti punca masalah dan senaraikan semua penyelesaian yang ada. Doa banyak-banyak pada Allah, semoga semuanya dipermudahkan. Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada masalah. Cuma cara kita hadapinya saja yang berlainan. Betul kan? Ada gaya macam Prof. Muhaya tak? LOL
Ok, entri sebelum ini selalunya berkisar tentang suplemen Shaklee dan wanita sahaja. Suplemen untuk ibu menyusu, ibu mengandung, ibu berpantang dan sebagainya. Tapi hari ini saya nak kongsikan sesuatu khas untuk para lelaki pula ya. Suplemen Shaklee ni bukan untuk kaum wanita sahaja. Bapa-bapa, pakcik-pakcik, suami-suami dan datuk-datuk (Datuk pun boleh juga :D) pun boleh consume Shaklee ni. Jadi para isteri boleh ambil perhatian ya dengan entri di bawah ni. Oh ya, entri di bawah ni saya cilok dari Kak N. Semoga manfaatnya sampai pada semua ya.
Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.
Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?
Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.
Apa kebaikan Ostematrix?Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.
Apa pula kepentingan Vitamin E?
Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*.Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)
Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.
Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E.
Best kan entri ni? Encik suami pun perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik. Sebagai ketua keluarga dan orang yang paling penting dalam keluarga (kita paling PALING penting :P), maka keperluan untuk mendapatkan suplemen itu juga amat penting. Kesihatan dan emosi yang baik menyumbang kepada keharmonian rumahtangga. Setuju dengan saya? :)
* * * * * * * * * *
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tawaran harga yang istimewa. Eksklusif hanya untuk pelanggan Sweet Bonda sahaja! ♥♥

Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
YM: sweet.bonda
Sms: 012-2233754
FB: Sweet Bonda
29 January 2012
Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.
Memandangkan penulis ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.
Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan vitamin/suplemen dan mineral untuk menjauhi sebarang kekurangan vitamin/suplemen dan mineral dalam badan.
Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/laman web ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Asma (1)
- Demam (1)
- Disclaimer (1)
- Ekzema (1)
- Meal Shake (1)
- OmegaGuard (1)
- Osteomatrix (1)
- Peraduan (3)
- Peristiwa (1)
- Produk Penyusuan (3)
- Selesema (1)
- Suplemen Ibu Menyusu (1)
- Tips Kesihatan (1)
- Tips Penyusuan (6)
- Vitamin E Complex (1)
Powered by Blogger.
About Me
- Lin Chalo
- Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, Malaysia
- | Mama kepada 3 orang anak (bakal 4 :D) susuan sepenuh hati | Work-At-Home-Mom | Shaklee Independent Distributor | Sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya | Sms atau WhatsApp saya di 012-2233754 atau emel ke sweet.bonda@yahoo.com |






