Percutian Percuma 5 Bintang Tajaan Shaklee

4:51 PM 0 Comments A+ a-


Pada bulan Ogos 2014, kami telah terpilih untuk mengikuti konvensyen dan percutian 5 bintang ke California, USA selama lebih kurang 10 hari. Percutian 5 bintang ini ditaja oleh Shaklee Malaysia dan 100% adalah percuma. Selain daripada pendapatan bulanan 5-6 angka dan dana kereta 3-4 angka, percutian bertaraf 5 bintang ini adalah manfaat yang bakal diterima oleh setiap ahli Shaklee.

California, USA terletak di bahagian Barat Amerika Syarikat dan antara negeri paling hampir dengan Mexico di bahagian selatan. Walaupun Sacramento adalah ibu negeri California namun Los Angeles adalah bandar utama yang terbesar di California dan kedua terbesar di Amerika Syarikat. Selain Los Angeles di selatan California, bandar utama lain ialah San Francisco yang terletak di utara California.

Mengikut sejarah dahulunya California adalah sebahagian daripada Mexico. Sebab itu sangat banyak unsur-unsur Latin masih dapat dilihat dalam California. Lihat sajalah nama-nama tempat dalam California seperti Sacramento, San Francisco, San Diego, Los Angeles, Santa Clara dan banyak lagi semuanya menunjukkan unsur-unsur Latin.




13.8.2014, KLIA - Beberapa jam sebelum berlepas ke Taiwan

13.8.2014, Taipei - Transit di Taiwan Taoyuan International Airport setelah 4 jam penerbangan dari KLIA


13.8.2014, Los Angeles - Back to the past, 11.50 malam (13.8.2014) dari Taiwan
dan tiba di Los Angeles pada 9.24 malam (13.8.2014)

14.8.2014, Long Beach - Dalam bas menuju ke Pusat Konvensyen

14.8.2014, Long Beach - masih ceria walaupun "jetlag"

14.8.2014, Anaheim - Makan malam di Ma's Islamic Chinese Restaurant




15.8.2014, Disneyland - Bergambar kenangan di "Small World"

15.8.2014, Disneyland - Pemandangan di Disneyland

15.8.2014, Disneyland - Disney Parade

15.8.2014, Disneyland - Lempeng pisang strawberi ini boleh didapati di luar Disneyland

16.8.2014, Long Beach - Di sini kami diiktiraf

16.8.2014, Long Beach - Ruang Pameran di Pusat Konvensyen



17.8.2014, Hollywood - di Hollywood Boulevard

17.8.2014, Hollywood - Makan tengahari di kedai makan Morocco

17.8.2014, Los Angeles - Masa untuk membeli belah

18.8.2014, Hollywood - di pintu masuk Universal Studios Hollywood

18.8.2014, Hollywood - antara aktiviti menarik yang disediakan

18.8.2014, Hollywood - antara set penggambaran yang boleh dilihat

Dari Los Angeles ke San Francisco, kami menaiki pesawat domestik yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Walaupun semasa ni musim panas, tetapi San Francisco mempunyai cuaca yang lebih dingin dan nyaman berbanding Los Angeles.



19.8.2014, San Francisco - bergambar kenangan di Pier 39

19.8.2014, San Francisco - anjing laut lepak di Pier 39

19.8.2014, San Francisco - makan tengahari yang enak di sini

19.8.2014, San Francisco - makan malam di Restoren Yemen

20.8.2014, Gilroy - ala-ala Johor Premium Outlet

20.8.2014, San Francisco - Hollywood Nite




21.8.2014, Pleasanton - Selamat datang ke HQ

21.8.2014, Pleasanton - Barisan para Saintis Shaklee

21.8.2014, Pleasanton - Beberapa atlet terkemuka telah menggunakan produk Shaklee

21.8.2014, San Francisco - Makan tengahari di sini

22.8.2014, San Francisco - Pulang ke tanah air dengan merentasi garisan masa antarabangsa iaitu pukul 1.15 pagi (22.8.2014) dari San Francisco dan mendarat di Taipei pukul 6.00 pagi (23.8.2014)

23.8.2014, Taipei - 4 jam penerbangan bermula 9.30 pagi Taiwan dan dijangka tiba jam 1.30 petang Malaysia

Bukan semua orang berpeluang ke Amerika Syarikat memandangkan jarak perjalanan yang sangat jauh bak kata orang "the other side of the globe". Lagipun, selain bumi uncle Sam, banyak lagi pilihan lain untuk dilawati jika diberi pilihan iaitu negara-negara Eropah ataupun benua Australasia.

Namun, setiap detik masa sepanjang berada di bumi Uncle Sam sangat dihargai. Pelbagai perkara dapat dipelajari apabila berada di negara orang dari pelbagai segi samada dari segi pemakanan, budaya, gaya hidup, cara pemikiran dan banyak lagi. Ini juga mengajar kita untuk menjadi lebih "survivor" dan keluar dari zon keselesaan kita.

Anda juga ingin menikmati percutian percuma 5 bintang dan ditaja sepenuhnya 100%? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!



PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810





Luv,