Certified Product Trainer Shaklee Malaysia - Sebuah Perjalanan Menuntut Ilmu Nutrisi dan Kesihatan

9:35 AM 0 Comments A+ a-



15-16 November 2014

Bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Shaklee Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Train the Trainers (TTT) Nutrition. Ini adalah program pertama yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk melahirkan leaders yang bukan sahaja menjual produk tetapi juga mempunyai ilmu asas nutrisi sekurang-kurangnya supaya dapat memberikan khidmat nasihat dan konsultasi yang mantap kepada semua pengguna produk Shaklee.

Bersama Puan Sarah, salah seorang Nutritionist dalam Shaklee

Shaklee yang telah beroperasi lebih kurang 50 tahun, dimana produk-produknya juga ada yang telah berusia 100 tahun dan juga barisan para saintis yang bertungkus lumus membuat pelbagai kajian dan penyelidikan terhadap produk-produk agar sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan kepada para pengguna.

Vita-Lea Shaklee kini berusia 100 tahun!

Selama ini para pengedar Shaklee bergantung kepada nota-nota dan juga manual produk ketika membuat pembentangan produk kepada para pengguna. Kini, dengan adanya TTT Nutrition diharapkan agar para pengedar Shaklee dapat menghayati bagaimana sesuatu produk itu berfungsi dalam tubuh badan manusia dan dapat memberikan penerangan sepenuhnya kepada pengguna produk Shaklee.


Video-video berikut telah dirakamkan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya setelah selesai TTT Modul 1 hari pertama :-

Rahsia HB Normal dan Tiada Anemia Ketika Mengandung


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Rahsia Kulit Kembali Sihat serta Tidak Berjerawat dan Tidak Berparut


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Modul 1 kali ini menekankan perkara-perkara berikut :-

1) Persediaan Untuk Membuat Bengkel Produk
2) Struktur Asas Pembentangan
3) Ilmu Asas Nutrisi
4) Asas Badan Manusia
5) Sistem Badan Manusia
6) Bagaimana Menjadi Jurulatih Produk Yang Berjaya

Alhamdulillah... selesai TTT Modul 1



7-8 Februari 2015

Modul 2 TTT Nutrition juga telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Topik yang dipelajari dalam Modul 2 juga agak berat kerana melibatkan cara-cara membaca Jurnal Perubatan, Laporan Klinikal dan juga Jurnal Nutrisi yang menjadi rujukan seluruh dunia.




TTT kali ini lebih mendebarkan kerana hari ke-2 akan diadakan "one to one presentation" di hadapan pegawai atasan Shaklee di samping perlu menjawab 80 soalan objektif di dalam dewan peperiksaan. Mereka yang gagal melepasi markah lulus dikehendaki untuk "repeat" TTT pada masa yang lain dan tidak akan menghadiri majlis konvokesyen yang bakal diadakan.

Suasana di luar dewan sebelum one to one presentation

Kertas soalan objektif


Modul 2 kali ini menekankan perkara-perkara berikut :-

1) Skil Konsultasi Nutrisi
2) Bagaimana Membaca Laporan Perubatan
3) Bagaimana Membaca Kertas Klinikal
4) Masalah Kesihatan Yang Biasa
5) Sesi Praktikal

Alhamdulillah.... selesai TTT Modul 2



19 Mei 2015

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Beberapa minggu sebelum ini Shaklee Malaysia telah mengirimkan emel berkenaan markah keputusan TTT dan juga mengumumkan tarikh konvokesyen yang akan diadakan. Alhamdulillah... kami berdua lulus dan boleh menghadiri majlis konvokesyen.

Ehem... ehem... bukan per 100 ye... tapi per 110. Anyhow passing mark memang tinggi!


Kebanyakan yang hadir sangat gembira dan teruja memandangkan kami adalah batch pertama yang menghadiri konvokesyen kali ini. Hanya 55 orang sahaja yang hadir pada majlis konvokesyen daripada hampir 100 orang yang lain.

Selain daripada gagal untuk mencapai markah lulus, ada di antara mereka yang tidak dapat menghadiri konvokesyen disebabkan tidak hadir dan tidak melengkapkan TTT Modul 2 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain

Alhamdulillah.... konvo kali ni anak-anak pun turut serta


Ingin mendapatkan konsultasi nutrisi dan kesihatan daripada kami? Kami sedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anda. Hubungi kami seperti di bawah :-


PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,






YES Program - Program Alternatif Untuk Melahirkan Usahawan Muda Dalam Bidang Nutrisi Dan Kesihatan

11:00 AM 0 Comments A+ a-



Berita baik untuk usahawan muda dan mereka yang mencari peluang pekerjaan di luar sana! Juga kepada mereka yang masih tercari-cari pekerjaan dan juga kepada mereka yang masih menganggur. Buat julung-julung kalinya Shaklee Malaysia menawarkan program Y.E.S (Young Entrepreneur System) di sepanjang bulan Mei 2015 sehingga bulan Oktober 2015 sahaja.

8,000 kakitangan MAS tunggu masa dipecat


Program ini adalah sebahagian daripada "Corporate Social Responsibility" oleh Shaklee Malaysia dalam membantu orang-orang muda khususnya di kala ekonomi yang tidak berapa memberi ruang dan peluang kepada mereka dalam sektor-sektor tertentu. Bukan orang muda sahaja... malahan mereka yang berumur 45 tahun dan ke bawah juga boleh mendaftar dalam program YES ini.


Program YES selama 13 bulan ini terbahagi kepada 5 komponen utama iaitu :-

1) 5 jenis Insentif (ganjaran) kepada peserta

2) 1 CSR (Corporate Social Responsibility)




3) Anugerah kepada peserta yang berjaya mencapai sasaran program YES ialah trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000.00



Maksudnya bukan sorang saja akan jadi pemenang.... Katakan ada 99 orang yang berjaya menepati sasaran, 99 orang lah yang akan dapat trofi dan wang tunai RM10,000.00 setiap seorang

4) Latihan- latihan kemahiran perniagaan dan ilmu nutrisi serta kesihatan



5) Program dan Kelas Motivasi




Apakah 5 jenis Insentif yang bakal diterima oleh para peserta?

1) Percuma 1 produk Vita-Lea yang berharga RM88.75 untuk sebarang pembelian di sepanjang bulan Mei hingga Oktober 2015 sahaja



Produk Vita-Lea ini menyambut ulang tahun yang ke-100 pada tahun 2015. Produk hebat ini diformulasikan oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1915 dan merupakan multivitamin pertama di dunia.

2) 100% enrollment matching incentive

Hadiah Tunai berganda. Contoh : Jika anda layak menerima RM700.00 untuk bulan tertentu (dengan syarat telah memenuhi kriteria tertentu), tetapi sepanjang program YES berlangsung anda bakal menerima RM1,400.00 (RM700.00 + RM700.00)

3) Rank up Incentive

Mendapat insentif Tunai sehingga RM18,000.00 setiap kali anda naik pangkat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

4) YES packs

Peluang membeli set Shaklee yang hebat dan menikmati penjimatan tunai dan UV point



5) YES Matching Bonus incentive

Pendapatan bulanan extra 10% hingga 50%. Contoh : Jika pada bulan Mei 2015 anda layak untuk mendapat pendapatan bulanan sebanyak RM1,000.00, tetapi sepanjang program YES berlangsung, anda layak untuk terima sehingga RM1,500.00 sebulan (jika dapat insentif 50%)


Program YES ini mempunyai beberapa target dan juga ganjaran yang akan diberikan sekiranya anda mencapai target yang ditetapkan. 


Apa ganjaran yang bakal anda terima?

a) Rank Master Coordinator iaitu rank tertinggi dalam Shaklee

b) Pendapatan bulanan sebanyak 6 angka sebulan


Apa yang akan anda terima sepanjang 13 bulan ini?

a) Minimum 5 program untuk memantapkan skil network anda

b) Minimum 3 program untuk memantapkan pengetahuan produk anda


Sejujurnya kami agak cemburu kepada ahli-ahli baru yang bakal mendaftar dalam program YES ini yang bakal menikmati ganjaran yang hebat-hebat belaka.

Semasa zaman kami, walaupun tiada insentif dan ganjaran yang hebat seperti dalam program YES pun, sudah ada beberapa orang jutawan telah dilahirkan. Inikan pula, mereka yang bakal mendaftar dalam program YES sangat berpeluang cerah untuk menjadi jutawan seperti mereka yang lain.

TAPI... kena bersabar, kuat berusaha, kenali produk yang sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi dengan lebih dekat lagi. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Mereka yang dah berjaya tu banyak cerita suka duka mereka bersama dengan Shaklee.


Jangan buang masa. Hubungi kami untuk maklumat terperinci :-


PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014 338 6810


Sebagai "Certified Product Trainer" untuk Shaklee Malaysia, kami bersedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anda!



Luv,













Percutian Percuma 5 Bintang Tajaan Shaklee

4:51 PM 0 Comments A+ a-


Pada bulan Ogos 2014, kami telah terpilih untuk mengikuti konvensyen dan percutian 5 bintang ke California, USA selama lebih kurang 10 hari. Percutian 5 bintang ini ditaja oleh Shaklee Malaysia dan 100% adalah percuma. Selain daripada pendapatan bulanan 5-6 angka dan dana kereta 3-4 angka, percutian bertaraf 5 bintang ini adalah manfaat yang bakal diterima oleh setiap ahli Shaklee.

California, USA terletak di bahagian Barat Amerika Syarikat dan antara negeri paling hampir dengan Mexico di bahagian selatan. Walaupun Sacramento adalah ibu negeri California namun Los Angeles adalah bandar utama yang terbesar di California dan kedua terbesar di Amerika Syarikat. Selain Los Angeles di selatan California, bandar utama lain ialah San Francisco yang terletak di utara California.

Mengikut sejarah dahulunya California adalah sebahagian daripada Mexico. Sebab itu sangat banyak unsur-unsur Latin masih dapat dilihat dalam California. Lihat sajalah nama-nama tempat dalam California seperti Sacramento, San Francisco, San Diego, Los Angeles, Santa Clara dan banyak lagi semuanya menunjukkan unsur-unsur Latin.




13.8.2014, KLIA - Beberapa jam sebelum berlepas ke Taiwan

13.8.2014, Taipei - Transit di Taiwan Taoyuan International Airport setelah 4 jam penerbangan dari KLIA


13.8.2014, Los Angeles - Back to the past, 11.50 malam (13.8.2014) dari Taiwan
dan tiba di Los Angeles pada 9.24 malam (13.8.2014)

14.8.2014, Long Beach - Dalam bas menuju ke Pusat Konvensyen

14.8.2014, Long Beach - masih ceria walaupun "jetlag"

14.8.2014, Anaheim - Makan malam di Ma's Islamic Chinese Restaurant




15.8.2014, Disneyland - Bergambar kenangan di "Small World"

15.8.2014, Disneyland - Pemandangan di Disneyland

15.8.2014, Disneyland - Disney Parade

15.8.2014, Disneyland - Lempeng pisang strawberi ini boleh didapati di luar Disneyland

16.8.2014, Long Beach - Di sini kami diiktiraf

16.8.2014, Long Beach - Ruang Pameran di Pusat Konvensyen



17.8.2014, Hollywood - di Hollywood Boulevard

17.8.2014, Hollywood - Makan tengahari di kedai makan Morocco

17.8.2014, Los Angeles - Masa untuk membeli belah

18.8.2014, Hollywood - di pintu masuk Universal Studios Hollywood

18.8.2014, Hollywood - antara aktiviti menarik yang disediakan

18.8.2014, Hollywood - antara set penggambaran yang boleh dilihat

Dari Los Angeles ke San Francisco, kami menaiki pesawat domestik yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Walaupun semasa ni musim panas, tetapi San Francisco mempunyai cuaca yang lebih dingin dan nyaman berbanding Los Angeles.



19.8.2014, San Francisco - bergambar kenangan di Pier 39

19.8.2014, San Francisco - anjing laut lepak di Pier 39

19.8.2014, San Francisco - makan tengahari yang enak di sini

19.8.2014, San Francisco - makan malam di Restoren Yemen

20.8.2014, Gilroy - ala-ala Johor Premium Outlet

20.8.2014, San Francisco - Hollywood Nite




21.8.2014, Pleasanton - Selamat datang ke HQ

21.8.2014, Pleasanton - Barisan para Saintis Shaklee

21.8.2014, Pleasanton - Beberapa atlet terkemuka telah menggunakan produk Shaklee

21.8.2014, San Francisco - Makan tengahari di sini

22.8.2014, San Francisco - Pulang ke tanah air dengan merentasi garisan masa antarabangsa iaitu pukul 1.15 pagi (22.8.2014) dari San Francisco dan mendarat di Taipei pukul 6.00 pagi (23.8.2014)

23.8.2014, Taipei - 4 jam penerbangan bermula 9.30 pagi Taiwan dan dijangka tiba jam 1.30 petang Malaysia

Bukan semua orang berpeluang ke Amerika Syarikat memandangkan jarak perjalanan yang sangat jauh bak kata orang "the other side of the globe". Lagipun, selain bumi uncle Sam, banyak lagi pilihan lain untuk dilawati jika diberi pilihan iaitu negara-negara Eropah ataupun benua Australasia.

Namun, setiap detik masa sepanjang berada di bumi Uncle Sam sangat dihargai. Pelbagai perkara dapat dipelajari apabila berada di negara orang dari pelbagai segi samada dari segi pemakanan, budaya, gaya hidup, cara pemikiran dan banyak lagi. Ini juga mengajar kita untuk menjadi lebih "survivor" dan keluar dari zon keselesaan kita.

Anda juga ingin menikmati percutian percuma 5 bintang dan ditaja sepenuhnya 100%? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!



PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810





Luv,