Certified Product Trainer Shaklee Malaysia - Sebuah Perjalanan Menuntut Ilmu Nutrisi dan Kesihatan

9:35 AM 0 Comments A+ a-



15-16 November 2014

Bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Shaklee Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Train the Trainers (TTT) Nutrition. Ini adalah program pertama yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk melahirkan leaders yang bukan sahaja menjual produk tetapi juga mempunyai ilmu asas nutrisi sekurang-kurangnya supaya dapat memberikan khidmat nasihat dan konsultasi yang mantap kepada semua pengguna produk Shaklee.

Bersama Puan Sarah, salah seorang Nutritionist dalam Shaklee

Shaklee yang telah beroperasi lebih kurang 50 tahun, dimana produk-produknya juga ada yang telah berusia 100 tahun dan juga barisan para saintis yang bertungkus lumus membuat pelbagai kajian dan penyelidikan terhadap produk-produk agar sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan kepada para pengguna.

Vita-Lea Shaklee kini berusia 100 tahun!

Selama ini para pengedar Shaklee bergantung kepada nota-nota dan juga manual produk ketika membuat pembentangan produk kepada para pengguna. Kini, dengan adanya TTT Nutrition diharapkan agar para pengedar Shaklee dapat menghayati bagaimana sesuatu produk itu berfungsi dalam tubuh badan manusia dan dapat memberikan penerangan sepenuhnya kepada pengguna produk Shaklee.


Video-video berikut telah dirakamkan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya setelah selesai TTT Modul 1 hari pertama :-

Rahsia HB Normal dan Tiada Anemia Ketika Mengandung


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Rahsia Kulit Kembali Sihat serta Tidak Berjerawat dan Tidak Berparut


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Modul 1 kali ini menekankan perkara-perkara berikut :-

1) Persediaan Untuk Membuat Bengkel Produk
2) Struktur Asas Pembentangan
3) Ilmu Asas Nutrisi
4) Asas Badan Manusia
5) Sistem Badan Manusia
6) Bagaimana Menjadi Jurulatih Produk Yang Berjaya

Alhamdulillah... selesai TTT Modul 1



7-8 Februari 2015

Modul 2 TTT Nutrition juga telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Topik yang dipelajari dalam Modul 2 juga agak berat kerana melibatkan cara-cara membaca Jurnal Perubatan, Laporan Klinikal dan juga Jurnal Nutrisi yang menjadi rujukan seluruh dunia.




TTT kali ini lebih mendebarkan kerana hari ke-2 akan diadakan "one to one presentation" di hadapan pegawai atasan Shaklee di samping perlu menjawab 80 soalan objektif di dalam dewan peperiksaan. Mereka yang gagal melepasi markah lulus dikehendaki untuk "repeat" TTT pada masa yang lain dan tidak akan menghadiri majlis konvokesyen yang bakal diadakan.

Suasana di luar dewan sebelum one to one presentation

Kertas soalan objektif


Modul 2 kali ini menekankan perkara-perkara berikut :-

1) Skil Konsultasi Nutrisi
2) Bagaimana Membaca Laporan Perubatan
3) Bagaimana Membaca Kertas Klinikal
4) Masalah Kesihatan Yang Biasa
5) Sesi Praktikal

Alhamdulillah.... selesai TTT Modul 2



19 Mei 2015

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Beberapa minggu sebelum ini Shaklee Malaysia telah mengirimkan emel berkenaan markah keputusan TTT dan juga mengumumkan tarikh konvokesyen yang akan diadakan. Alhamdulillah... kami berdua lulus dan boleh menghadiri majlis konvokesyen.

Ehem... ehem... bukan per 100 ye... tapi per 110. Anyhow passing mark memang tinggi!


Kebanyakan yang hadir sangat gembira dan teruja memandangkan kami adalah batch pertama yang menghadiri konvokesyen kali ini. Hanya 55 orang sahaja yang hadir pada majlis konvokesyen daripada hampir 100 orang yang lain.

Selain daripada gagal untuk mencapai markah lulus, ada di antara mereka yang tidak dapat menghadiri konvokesyen disebabkan tidak hadir dan tidak melengkapkan TTT Modul 2 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain

Alhamdulillah.... konvo kali ni anak-anak pun turut serta


Ingin mendapatkan konsultasi nutrisi dan kesihatan daripada kami? Kami sedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anda. Hubungi kami seperti di bawah :-


PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,