Testimoni 4: Medela Freestyle

11:03 AM 0 Comments A+ a-

TESTIMONI 4
By: Cikgu Syarfiza


Saya adalah salah seorang ibu menyusu yang berkerjaya. Sudah pastinya saya amat sibuk dengan tugasan sebagai isteri, ibu dan guru. Oleh itu, saya memerlukan alat mengepam susu yang efisien serta mudah dikendalikan. Mujurlah sweet bonda memperkenalkan Medela Freestyle kepada saya. Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu untuk melaburkan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli alat mengepam ini, tetapi pelaburan ini ternyata berbaloi. Mungkin susu yang diperah tidaklah sebanyak ibu-ibu lain, tetapi dengan penggunaan Medela Freestyle yang mudah saya akan kerap mengepam susu walau di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ketika di tempat kerja, ketika di rumah walaupun sedang memotong bawang mahu pun ketika di dalam kereta. Saya juga pernah mengepam susu sambil mengacau bubur nasi yang sedang dimasak diatas dapur dengan menyangkutkannya di pinggang menggunakan tali pinggang yang disediakan. Kini si kecil kesayanganku sudah hampir 7 bulan. Saya amat  bersyukur masih dapat menyusukan si kecil dengan susu  sendiri. Dengan sokongan suami serta Medela Freestyle yang sentiasa disisi akan ku teruskan perjuangan ini. Semoga perjuanganku ini akan terus mendapat keberkatan Allah yang Maha Esa.


*****


Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)



*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)