Bekerja Dari Rumah: Isteri, Ibu dan Businesswoman!

9:28 AM 0 Comments A+ a-


Sekarang ini ramai ibu yang mempunyai impian untuk bekerja dari rumah dan menjaga/mendidik sendiri anak-anak

Itu juga merupakan impian saya pada suatu ketika dahulu. 

Tetapi, dengan taraf hidup yang sangat tinggi sekarang (lebih-lebih lagi di KL dan di bandar-bandar besar) mengharapkan gaji suami semata-mata adalah sangat sukar (*tidak terpakai bagi yang mempunyai suami yang bergaji 'besar' ya).

Walaubagaimanapun, tak kira lah suami anda mampu atau tidak mampu menanggung anda dengan duit gajinya sahaja, sebagai seorang wanita pasti kita mahu 'memegang duit sendiri' kan? Wanita dan 'shopping', pasti tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi sekarang semuanya boleh dibeli daripada internet sahaja! Ataupun kita juga mahu memberikan kepada ibu-bapa kita kan. Dan kita juga mahu memberikan sedekah/sumbangan terhadap mana-mana pihak yang memerlukan. Semua itu memerlukan duit. Jadi takkan lah kita mengharapkan duit suami semata-mata? 


Bagi anda yang menjadi Fatimah; duduk di rumah dan menjaga anak-anak, anda juga MAMPU untuk menjadi seperti Khadijah.

Siapakah Fatimah dan Khadijah? 


Ya betul. Fatimah (R.A) adalah anak kepada Rasulullah (S.A.W) yang sangat menyayangi keluarganya. Menjaga anak-anak, mengurus rumahtangga dan mengabdikan diri pada suaminya. 

Manakala Khadijah (R.A) adalah isteri kesayangan Nabi Muhammad (S.A.W). Dia juga adalah seorang isteri tetapi dalam masa yang sama dia adalah seorang peniaga jutawan yang dermawan. Malahan dia juga mampu membelanjakan hartanya untuk memperjuangkan Islam. 

Tidakkah puan-puan teringin mahu menjadi jutawan yang dermawan? Bekerja keras dan berkongsi rezeki bersama Muslimin yang lainnya?

Saya mahu. Dan saya sangat teringin memberikan yang terbaik dan termampu saya untuk menggembirakan dan menyenangkan hati kedua orang tua saya, anak-anak saya dan mereka yang memerlukan.

Dan saya melihat Shaklee sebagai satu jalan dan peluang bagi saya mendapatkan semua yang saya impikan.

Mengapa Shaklee?
(Pengalaman saya)

Setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bulan Disember 2011, saya belum lagi menyertai Shaklee. Saya cuma menjalankan bisnes SweetBonda (penyusuan) sahaja. Walaubagaimanapun, saya masih belum 'sepenuh hati' menjalankan dan mendalami ilmu Shaklee ini kerana pada masa itu saya masih lagi cuba untuk 'menyesuaikan diri' dengan 'kehidupan baru' saya sebagai seorang surirumah. Walaubagaimanapun saya tetap mendapat bonus daripada Shaklee setiap bulan, kerana saya sendiri menggunakan produk Shaklee. Walaupun pada waktu itu saya cuma dapat 2 angka sahaja (2 angka pun sapa nak bagi free2 kan? hehe). Dan saya terus 'terlena' sehingga bulan Julai 2012. Alhamdulillah, bulan Julai saya melahirkan anak ke-4 saya. Dan dalam saya berpantang juga semangat saya sangat membara-bara. Dan akhirnya saya berjaya naik rank yang pertama! Dan hari ini (13 July 2012) alhamdulillah saya buat pertama kalinya berjaya mendapat bonus 4-angka saya!
(*Update: Pada bulan yang sama July 2013 saya telah berjaya mendapat income 5-ANGKA! Still saya masih buat dari keselesaan di rumah sambil menjaga anak-anak dan rumahtangga)

Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!


Saya pemalu (*hehe). Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee (read: di kumpulan Jutawan), saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja - iaitu menaip di laptop! Dan saya pasti anda juga mampu melakukannya.

Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya

Shaklee memang MLM. Tapi bagi saya ini MLM yang paling istimewa dan paling adil. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa-banyak-kaki-dia-banyak-duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa-paling-rajin-dia-banyak-duit'.

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel

Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil  menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet anda tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin anda cuma perlukan 1/2 jam untuk update blog, 1/2 jam untuk membalas emel, 1 jam untuk merangka pelan bisnes anda. 22 jam lagi adalah kepunyaan suami dan anak-anak anda!

Tidak perlu menyimpan stok


Sungguh! Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Anda  mendapat pesanan, caranya anda cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan anda. Senang kan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di Pulau Langkawi pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini!

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!

Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk atau barang, kita perlu menjual sesuatu yang berkualiti. Lebih-lebih lagi sesuatu yang perlu dimakan. Biarpun harganya sedikit mahal tapi ia datang dengan kualiti yang hebat dan terbukti selamat!

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya


Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang surirumah.

Bermula dengan modal serendah RM69 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 

Caranya senang sahaja. 

1- Hubungi saya sekiranya mahu menyertai keluarga kami (TITANIUM
2- Isi borang keahlian
3- Bayar yuran keahlian sebanyak RM69 (tambah RM10.60 shipping ke WM & RM21.20 shipping ke EM)
4- ATAUPUN membeli produk Shaklee bernilai RM660 ke atas dan anda mendapat keahlian secara PERCUMA

Kalau saya nak senaraikan ada banyak lagi sebab mengapa saya memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan saya kini. Tapi harus diingatkan, bisnes ini bukan untuk orang-orang yang suka goyang kaki ya, kami cuma membantu 10% sahaja. 90% lagi adalah usaha anda sendiri.


Kalau anda rasa anda mahu berubah ke arah kehidupan yang lebih sihat dan hebat, jom join Titanium Team sekarang. Kita bersama-sama menjadi seorang Fatimah yang Khadijah!



Anda boleh menghubungi saya melalui:

WhatsApp/Sms: 014-338 6810 (Lin)
Emel: lin.sweetbonda@gmail.com

Kami menunggu anda untuk sama-sama membina kejayaan dan kerjaya di Shaklee!

'Percaya sebelum berjaya!'