Perlukah lelaki mengambil suplemen/vitamin tambahan?

10:36 AM 0 Comments A+ a-


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* * * * *



Salam manis buat ibu-ibu di luar sana. Hari ini saya harap semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu ya. 
Walaupun ada antara kita yang menghadapi masalah hari ini, sentiasalah berfikiran positif; kenalpasti punca masalah dan senaraikan semua penyelesaian yang ada. Doa banyak-banyak pada Allah, semoga semuanya dipermudahkan. Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada masalah. Cuma cara kita hadapinya saja yang berlainan. Betul kan? Ada gaya macam Prof. Muhaya tak? LOL

Ok, entri sebelum ini selalunya berkisar tentang suplemen Shaklee dan wanita sahaja. Suplemen untuk ibu menyusu, ibu mengandung, ibu berpantang dan sebagainya. Tapi hari ini saya nak kongsikan sesuatu khas untuk para lelaki pula ya. Suplemen Shaklee ni bukan untuk kaum wanita sahaja. Bapa-bapa, pakcik-pakcik, suami-suami dan datuk-datuk (Datuk pun boleh juga :D) pun boleh consume Shaklee ni. Jadi para isteri boleh ambil perhatian ya dengan entri di bawah ni. Oh ya, entri di bawah ni saya cilok dari Kak N. Semoga manfaatnya sampai pada semua ya.




Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.

Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?

Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.
Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.


Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.



Apa pula kepentingan Vitamin E?

Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*. 
Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)



Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.

Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E. 


Best kan entri ni? Encik suami pun perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik. Sebagai ketua keluarga dan orang yang paling penting dalam keluarga (kita paling PALING penting :P), maka keperluan untuk mendapatkan suplemen itu juga amat penting. Kesihatan dan emosi yang baik menyumbang kepada keharmonian rumahtangga. Setuju dengan saya? :)

* * * * * * * * * *

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tawaran harga yang istimewa. Eksklusif hanya untuk pelanggan Sweet Bonda sahaja! 


Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
YM: sweet.bonda
Sms/Wassup : 014-338 6810

Disclaimer

12:11 PM 0 Comments A+ a-

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Memandangkan penulis ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan vitamin/suplemen dan mineral untuk menjauhi sebarang kekurangan vitamin/suplemen dan mineral dalam badan.

Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/laman web ini.

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Menyusukan Si Manja Anda

8:59 AM 0 Comments A+ a-




Umum mengetahui susu ibu itu sesuatu yang sangat baik. Samada kepada bayi ataupun kepada si ibu.
Alhamdulillah, kesedaran mengenai kepentingan susu ibu ini juga semakin meningkat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. 
Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang tidak ambil endah mengenai 1001 khasiat susu ibu ini. 
Jangan pandang ringan mengenai pemberian makanan awal anak anda. 
Mengapa kita memilih brand F M yang mahal tapi kurang berkualiti berbanding dengan brand BM yang murah tapi sangat2 berkualiti?

Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu menyusukan bayi anda. Saya rangkumkan di bawah ini;

1. Sistem imunisasi yang baik
Bayi yang disusui susu ibu secara ekslusif mempunyai sistem imunisasi yang sangat baik. Ini adalah kerana di dalam susu ibu itu sendiri sudah mempunyai antibodi yang membantu si bayi membina imunisasi. Kolostrum (susu awal bayi) adalah sangat penting buat bayi yang baru dilahirkan untuk melindungi lapisan perut bayi yang masih sangat fragile di waktu itu, bertindak sebagai laksatif (menolong bayi mengeluarkan mekonium) dan menghalang kepada pembinaan bilirubin (membantu menghalang jaundis).
Selain itu, kebaikan susu ibu ini akan berpanjangan sehingga si bayi tadi menjadi kanak-kanak. Kebaikan susu ibu ini tidak terhenti setakat usia bayi.
2. Mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS)
Kebelakangan ini, sangat banyak berita mengenai bayi meninggal secara mengejut. Lebih-lebih lagi apabila diletakkan di pusat penjagaan bayi. Ini adalah kerana kebiasaannya bayi diberikan botol susu tanpa pengawasan penjaga. Dan banyak studi telah menunjukkan bayi yang diberikan susu ibu lebih kurang risiko SIDS berbanding bayi yang diberikan susu formula. 

(*terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkan SIDS, boleh lihat di link ini)
3. Mempunyai IQ yang tinggi
Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anaknya bijak dan cerdik. Menyusukan susu ibu adalah satu langkah awal yang sangat bijak dalam membentuk perkembangan IQ yang sihat. Merujuk kepada link ini, melalui research yang telah diadakan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang menyusu susu formula. Dan mengikut link ini pula, IQ yang tinggi pada kanak-kanak yang menyusu susu ibu adalah kerana faktor genetik. Di mana di dalam susu ibu terdapat fatty acid yang tidak ada di dalam susu formula. Selain ini, bonding yang terjalin antara ibu dan bayi semasa menyusu juga mempengaruhi IQ bayi.
4. Kurang mendapat jangkitan penyakit dan kolik
Bayi yang diberikan susu ibu akan kurang mendapat jangkitan-jangkitan penyakit seperti selesema, demam, jangkitan telinga, cirit birit, menigitis dan sebagainya. Selain itu ia turut mengurangkan risiko penyakit asma dan ekzema. Kemungkinan untuk bayi yang menyusu susu formula untuk mendapat ekzema adalah tinggi kerana bayi mungkin akan alah dengan kandungan susu formula tersebut. Bayi yang menyusu susu badan juga jarang mengalami kembung perut atau kolik kerana pelekapan sewaktu menyusu badan tidak menyebabkan udara memasuki perut bayi berbanding penggunaan botol susu.
5. Mengurangkan risiko diabetis apabila dewasa
Komposisi zat yang terdapat di dalam susu ibu adalah sangat lengkap dan tepat. Dan ianya berubah mengikut tempoh penyusuan dan umur seseorang bayi mengikut keperluan. Komposisi zat bagi seorang bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi yang berusia 1 bulan (ia akan berubah mengikut usia bayi). Berbeza dengan susu formula, walaupun sudah banyak RnD yang dibuat, ianya tidak mampu menandingi zat di dalam susu ibu. Bayi yang menyusu badan akan mendapat zat yang seimbang dan ini akan dapat menjaga sistem pencernaannya dengan baik sekaligus mampu mengurangkan risiko diabetis apabila dewasa kelak.
6. Kebaikan kepada si ibu (ya, anda!)
Apabila kita menyusukan bayi, hormon oksitoksin akan meningkat di mana ia akan membuatkan ibu lebih gembira, tenang dan kurang stres. Ini dapat mengurangkan risiko postpartum depression (meroyan). Selain itu, ia membantu ibu kembali langsing dengan ceoat kerana setiap kali ibu menyusukan anak ia turut membakar kalori ibu. Ia juga dapat mengecutkan rahim dan secara tidak langsung mengurangkan risiko pendarahan semasa berpantang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan payudara juga akan kurang. Dan ia juga mampu untuk melambatkan menstruasi dan kesuburan sekaligus! *Bonus lagi :)* 
7. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
Hubungan yang terjalin antara ibu yang menyusukan dan bayi sangat erat. Hanya yang pernah merasai tahu bagaimana rasanya perasaan yang wujud antara si ibu dan bayinya. Secara tidak langsung ini akan membina keyakinan diri anak anda!


Walau apapun cabaran yang ibu hadapi dalam menjayakan misi penyusuan ini, yang paling penting ibu dan bapa sama-sama mencari info dan ilmu sebanyak-banyaknya sebelum kelahiran permata hati. Sekurang-kurangnya target dahulu untuk menyusu susu ibu sepenuhnya untuk 6 bulan yang pertama dan boleh diteruskan sehingga 2 tahun penuh.

* * * * * * * * * *






Set B: Suplemen untuk ibu yang menyusukan anak

11:55 PM 0 Comments A+ a-



* * * * * 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* * * * *


Sebelum ibu2 membeli SET B ini, perlu ditegaskan suplemen ini tidak dijadikan sebagai suplemen MEMBANYAKKAN SUSU.

Harus ditekankan, suplemen ini gunanya adalah untuk menampung kekurangan dan memenuhi keperluan badan kita.. Ingat, dalam penyusuan, badan yang sihat akan menstabilkan emosi. Dan emosi yang stabil akan membuatkan ibu tenang dan gembira. Bila diri kita gembira, insyaAllah susu akan mudah untuk dihasilkan. Sebab itu bila kita rasa stress (tak kira di ofis ataupun di rumah) penghasilan susu akan terjejas.


Jadi, ibu2 jangan menganggap suplemen ini sebagai benda magic yang akan memperbanyakkan susu ibu2 semua dalam sekelip mata..


WAJIB untuk ibu2 memahami antara faktor2 yang perlu dititikberatkan dalam menjayakan penyusuan susu ibu..


i) Perlu diingat, prinsip asas dalam menjayakan penyusuan susu ibu yang paling PENTING dan UTAMA ialah konsep DEMAND dan SUPPLY. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan.
Analogi yang paling senang, kalau kita nak kurus, kita berusaha untuk mengurangkan kalori dalam pemakanan sehari2an.. Tak makan KFC dan McDonald selama berminggu2.. Kurangkan pengambilan gula dalam minuman.. Pantang makan itu dan ini.. Tapi kalau tak bersenam, tak jadi juga la impian nak kurus tu.. Sama juga la dengan pengambilan suplemen ini ya ibu2..

Jadi, sekiranya ibu2 telah makan suplemen ini, mencubanya dengan bersungguh2 tanpa tertinggal walau sehari pun, tapi hasil perahan susu ibu masih sama seperti dulu2.. Jangan salahkan suplemen Shaklee ini ya.. Ibu2 harus sedar, susu ibu TIDAK AKAN BANYAK sekiranya tidak mengikut konsep DEMAND dan SUPPLY!
ii) Maka, saranan saya, selain mengambil suplemen ini, ibu2 seharusnya juga lebih rajin mengepam payudara ibu2 at least 2-3 jam semasa berada di luar rumah ataupun semasa ibu2 semua bekerja dan juga sewaktu malam. Untuk pengetahuan kita bersama, hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu malam. Jadi, mengepam selang 2-3 jam adalah sangat2 dituntut lebih2 lagi bagi ibu2 yang anaknya langsung tidak pernah bangun malam untuk menyusu. Haa? Bangun di waktu malam? Oh yes ibu2.. Ramai ibu2 yang berjaya di dalam penyusuan di luar sana memang telah mempraktikkan kaedah ini. Memang sudah menjadi kelaziman kan.. Siapa yang rajin dan berusaha lebih, maka dia lah yang akan lebih berjaya.. Bersusah2 itu adalah syarat untuk bersenang2.. Jadi mulai hari ini (bagi ibu2 yang selalu beralasan untuk skip mengepam) sila ubah sedikit attitude anda ya.. Sentiasa fikirkan 'Aku mesti boleh! Aku mengepam untuk anak yang tercinta!' (sambil2 membayangkan wajah anak anda yang comel.. :)).
iii) Selain itu, syarat yang paling penting juga ialah berdoa bersungguh2 dan bertawakal kepada Allah agar emosi dan kesihatan kita sentiasa terpelihara dan dimurahkan rezeki anak kita untuk mendapatkan khasiat susu ibu sehingga 2 tahun.. Ingat, rezeki itu Allah yang beri.. Mungkin hari ini susu kita banyak, tapi tiada siapa tahu apa akan terjadi esok lusa.. Sentiasa beringat2 ya..
 Sekarang kita lihat apa yang ada dalam SET B ini ya ibu2..



1) Vita-Lea (Iron Formula) Multivitamin
Vita-Lea Shaklee ini mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Zat besi sangat2 penting bagi ibu yang menyusukan terutamanya selepas 6 bulan yang pertama.
Ini adalah kerana ramai ibu2 yang sudah mulai period selepas tempoh ini. Kedatangan period sebenarnya mengurangkan zat besi dari badan ibu2 semua. Jadi perlu Vita-Lea sebagai suplemen tambahan bagi menampung kekurangan tersebut. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu berasa letih dan lesu. Kemungkinan untuk menghidap anemia juga ada. Antara fungsi utama zat besi adalah untuk mengangkut oksigen dari paru2 ke tisu. Zat besi juga penting dalam pembentukan hemoglobin. 


2) B-Complex
B-Complex Shaklee ini mengandungi kesemua 8 vitamin B beserta asid folik.
Fungsi utamanya adalah untuk membantu menukarkan makanan yang telah kita makan kepada tenaga.
Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang baik.
Bermaksud vitamin ini membantu ibu2 untuk sentiasa kekal cergas dan gembira.
Ingat? Emosi gembira --> susu meriah! :D

3) Vitamin C (Sustained Released 500mg)
Vitamin C Shaklee ini sangat elok dimakan bersama Vita-Lea. Kerana Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi dengan lebih efektif. Mengeluarkan hormon anti-stress dan interferon (iaitu sejenis protin sistem imuniti yang penting)-bermaksud membantu meningkatkan antibodi si ibu. Dan secara tidak langsung bayi pun dapat khasiat sekali. Oh ya! Vitamin ni turut membantu dalam pembentukan kolagen-boleh awet muda la kan? Bonus tu :D
**Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained Released dalam Vitamin C ini? 
Saya copy dari website Shaklee
A proprietary sustained-release system that delivers the vitamin C equivalent of one-and-a-half oranges every hour for five hours
Wow! Bermaksud 500mg ini bersamaan dengan 7 1/2 biji oren! Banyak tu.. 
Badan kita tidak mampu menghasilkan dan menyimpan Vitamin C. 
Tetapi, dengan mengamalkan Shaklee Vitamin C ini, insyaAllah ianya mampu untuk menampung 'kekurangan' yang badan kita perlukan dalam diet seharian. Dan ianya dilepaskan setiap jam sebanyak 100mg selama 5 jam. Best kan?



4) Alfalfa
Dalam penyusuan, herba ini membantu memekatkan susu dengan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.
Juga terkenal sebagai penggalak susu (milk booster).
Membantu ibu membuang angin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kolik pada bayi.
**PERHATIAN: (Credit)
Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit lupus (SLE), dan mereka yang alergi kepada alfalfa akan mengalami beberapa simptom seperti cirit-birit, ruam, sembab dan sakit perut.
Pengidap anemia tidak boleh mengambil alfalfa dalam kuantiti yang banyak kerana saponin boleh merosakkan sel darah merah.
Pengambilan alfalfa dengan herba lain seboleh2nya dihentikan kerana bimbang ada interaksi yang memberi kesan kepada tubuh.


Suplemen no 1-4 adalah set asas. Senarai di bawah ini adalah optional untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.



5) Energizing Soy Protein (ESP)

Khasiatnya sangat banyak. Antara lain kebanyakan ibu-ibu menyatakan susu mereka akan cepat dihasilkan (semula). Jom kita lihat antara lain kebaikan ESP untuk ibu yang menyusukan.. (Credit)


Seperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, membantu kawal paras kolestrol dam memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tu, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh la minum segelas ESP.
Manakala untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberangsangkan, penuh muscle gitu.
******* 


Kalau anda mahu slim dengan selamat dan sihat, boleh whatsapp/sms saya di 014 338 6810 ya untuk konsultasi lanjut dan harga best. 
(Sahabat-sahabat saya, harap dapat whatsapp/sms aje tau koz saya WAHM kadang-kadang kat rumah ni keadaan tak menentu dan tak sesuai untuk saya bercakap melalui telefon ~ bayangkan ada 3 orang kanak-kanak yang sangat..... tq kerana memahami (^_^)