Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Chewable Vita-C Plus Shaklee Kini Berwajah Baru



Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

Di Shaklee, selain dari Sustained Release Vita-C Plus (500mg), ada satu lagi vitamin c yang dikenali sebagai Chewable Vita-C Plus (100mg).

Chewable Vita-C Plus (100mg)
Jom kita lihat FAQ mengenai kedua-dua vitamin ini:

#1 - Sama ke kandungan kedua-dua vitamin ni?


Ya sama. Berikut adalah kandungan secara ringkas:Chewable Vita-C Plus (100mg)
# Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
# Rose Hips Powder - 40.00mgSustained Release Vita-C Plus (500mg)
# Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg


Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. 

#2- Sama fungsi?

Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:





  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



  • # 3 - Berapa mg?

    Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg
    Sustained Release Vita-C Plus mempunyai 500mg

    # 4 - Harga dan berapa biji?

    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    Harga Runcit: RM37.50
    90 biji

    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    Harga Runcit: RM92.50
    180 biji

    *untuk harga comey sila la hubungi saya ya (^_^)

    # 4 - Keistimewaan?

    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    - Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada studi yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 

    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    - Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!

    Walaupun kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing, namun yang paling penting ialah both are natural, halal, bersih, bukan sintetik dan paling penting ia mempunyai bioflavonoids.**

    ** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit

    =========

    Klik untuk lebih jelas

    INFO TERKINI

    Stok Sustained Release Vita-C Plus 500mg tidak ada di Shaklee buat masa sekarang sehingga April 2013.
    Sekiranya anda benar-benar mahu kebaikan vitamin C daripada Shaklee, Chewable Vita-C Plus 100mg merupakan pilihan yang paling tepat!

    Jom hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Vitamin C anda dan pastinya konsultasi PERCUMA daripada saya (selagi anda adalah customer saya yang sangat saya hargai)

    PERHATIAN PEMINAT CHEW VITA C PLUS:

    KINI ANDA BOLEH MENDAPATKAN CHEW VITA C PLUS 300 BIJI PADA HARGA YANG SANGAT COMELLL! 


    MAHU TAHU LEBIH LANJUT? WHATSAPP/SMS SAYA SEKARANG JUGA! :D

    Your Shaklee Independent Distributor; 

    ♥ Lin Chalo (ID 868992)

    ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 014-3386810

    ♥ Email: sweet.bonda@yahoo.com



    Vitamin C Shaklee Terhangat di Pasaran


    Rasanya semua dah tahu yang Vitamin C Shaklee sangat digemari ramai. Saya personally setiap hari terlalu banyak menerima pesanan melalui sms/whatsapp bertanyakan Vitamin C ini. Malangnya Vitamin C Shaklee tidak ada stok buat masa sekarang. Bukan hanya SweetBonda yang tidak ada stok. Malahan branch di seluruh Malaysia juga kehabisan Vitamin C ini!

    Untuk pengetahuan, Vitamin C Shaklee cuma akan ada di pasaran pada bulan Disember nanti. Jadi harap semua bersabar ya. 

    Bagi yang baru mengenali Vitamin C Shaklee, anda boleh melihat keistimewaannya dengan membaca Vitamin C Shaklee: Berbeza Dengan Jenama Lain ya. Anda pasti teruja!

    Untuk mengelakkan anda terlepas peluang untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee lagi, kami di SweetBonda menerima pesanan anda sekarang, dan kami akan book Vitamin C untuk anda. Tak perlu berfikir panjang. Kami tak akan menanggung risiko sekiranya anda kehilangan peluang untuk kali KEEMPAT ya. Ya benar.. Vitamin C Shaklee telah 3 kali kehabisan stok di Shaklee!

    Dan untuk pengetahuan anda juga, Vitamin C Shaklee yang akan tiba pada bulan Disember nanti tiada jaminan stok bagi yang tidak membuat pre-order. Ini adalah kerana permintaan Vitamin C ini terlalu tinggi. Jadi kalau anda tidak mahu menggigit jari lagi, sila membuat tempahan anda sekarang! 





    Vita-C Plus Shaklee:

    * Harga retail: RM92.50
    (Mahu harga istimewa? Whatsapp kami ya! :D)
    * Ada 180 biji (Boleh tahan sehingga 6 bulan!)

     Kalau anda berminat dan benar-benar serius mahukan Vitamin C Shaklee ini, anda boleh membuat pre-order dengan menaip:

    PreorderVitaminC Nama Jumlah

    Contoh: PreorderVitaminC Lin 3

    dan WhatsApp/SMS ke 014 3386810

    Kami akan memberikan jumlah total dan detail pembayaran kepada anda secepat yang mungkin.

    Hubungi saya sekarang juga!

    Your Shaklee Independent Distributor; 

    ♥ Lin Chalo (ID 868992)
    ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 012-2233754










    Set Kesuburan Shaklee


    Dalam entri yang lepas saya ada kongsikan tentang mudah hamil denga GLA Complex Shaklee. Lalu, apakah makan GLA Complex saja untuk kesuburan?

    Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

    Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi Vitalea, B Complex, Vita-C, dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.

    Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

    Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 

    Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

    Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan 

    Zinc Complex untuk suami. 




    Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

    GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

    Gabungan nutrien di atas memberikan anda harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.



    Berminat mahu mencuba? 
    (Anda boleh mendapatkan produk ini dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma daripada saya - selagi anda menjadi pelanggan saya ya ^_~)

    *Anda mahu 'Tips Langkah Demi Langkah Mudah Hamil?
    Saya akan berikan tips eksklusif ini hanya kepada pelanggan SweetBonda sahaja tau*

    Anda boleh menghubungi saya melalui:


    Your Shaklee Independent Distributor; 

    ♥ Lin Chalo (ID 868992)
    ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 014-3386810

    Vitamin C Shaklee: Berbeza Dengan Jenama Lain!

    * * * * * 
     These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
    These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    * * * * *
    1 botol ini mengandungi 180 biji Vitamin C yang mampu bertahan sehingga 6 bulan.
    Di Shaklee, Vitamin C dikenal sebagai Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

    Apa yang menyebabkan Vitamin C Shaklee ini BERBEZA dengan Vitamin C jenama lain?

    1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!



    - Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! (Sumber: Vitamin Semulajadi

    2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'

    - Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!

    3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!



    - Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?

    4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya


    - Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids  adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

    5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

    - Semuanya natural!

    Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!


    Hubungi saya sekarang juga!
    Your Shaklee Independent Distributor; 

    ♥ Lin Chalo (ID 868992)
    ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 014-3386810










    SET D: SET PENJAGAAN KULIT UNTUK ANDA!



    * * * * * 
     These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
    These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    * * * * *

    Ramai antara kita yang mempunyai masalah kulit kusam, pigmentasi, jerawat, kulit kering dan macam-macam lagi. Ianya bukan sahaja kerana faktor umur, tetapi kadang-kadang faktor persekitaran, cara pemakanan dan juga alahan.

    Kalau anda mahu mengatasi masalah ini dengan selamat dan insyaAllah berkesan, anda boleh lah mencuba SET D: SKINCARE kami. Kalau anda cuma titik beratkan kecantikan luaran sahaja tetapi tidak menjaga dalaman, hasilnya pastilah tidak memberangsangkan. Kata orang, bermula dari dalaman yang bersih insyaAllah akan terpancar sehingga ke luar. Ada antara kita sanggup membeli alat mekap yang mahal-mahal, tapi kenapa tak sanggup nak beli suplemen untuk diri sendiri? Orang yang cantik biasanya mempunyai kulit yang sihat dan cantik. Tak perlu berselindung di sebalik mekap-mekap yang tebal. Shaklee adalah pengeluar suplmenen yang terkenal dengan kekerapan membuat R&D dan sentiasa membaiki mutu suplemennya. Dan ianya memang telah terbukti berkesan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan anda memakan sesuatu yang berkhasiat, insyaAllah badan turut menjadi sihat. 


    Ok jom kita lihat apa yang ada di dalam SET D ni ya. Ada 3 jenis vitamin yang sangat penting.


    American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
    Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
    • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
    • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
    • Menjaga kelembapan kulit
    • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
    Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
    • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
    • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
    • Mencerahkan kulit
    Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
    • Sebagai pelembap
    • Mencegah pigmentasi
    • Melambatkan tanda penuaan
    • Mengubati jerawat
    Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
    • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
    • Mencegah penuaan
    • Menjadikan kulit lebih kenyal
    • Mencerahkan kulit
    • Menjaga kulit dari sinaran UV
    • Mengurangkan parut jerawat
    • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
    • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
    • Menjadikan wajah lebih berseri
    Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.
    * KREDIT BUAT VITAMIN SEMULAJADI

    Jom kita lihat testimoni mereka yang berpuas hati dengan SET D ini.


    Dan ini adalah apa yang Nadia emelkan mengenai testimoni dia berkenaan penggunaan SET D

    Gambar ni nadia saje nk tunjuk kat akak. Gambar sebelum nadia amik setD dan slps amik setD..sebelum amik tu,muka mmg da berparut,berparut je nadia blh tahan lagi,jerawat naik tak henti2..tak cukup dgn tu,muka nadia jadi kusam,jadi makin gelap..mmg malu sgt2..mase tu tak kisah sgt,sbb nadia tgh praktikal,tapi bile da nk bukak sem baru,ase segan nk p blaja ngan keadaan muka camni..hilang keyakinan diri..usha2 dlm internet,jmpe la blog akak sal Shaklee ni..amik risiko nak try mkn vtamin ni..hehehe..doktor ckp ok,dia ssuai utk vtamin tmbhan..tu berani orderngan akak..bln7 2011 nadia try SETD ni,Alhamdulillah,walaupun awal2 pengambilan,jerawat nadia naik bertambah banyak,tapi dia beransur2 hilang..parut pun da kurang,xde bintik2 hitam dah..sekarang ni nadia da blh mkn mknan laut dah,xperlu isau tkt jerawat naik..gambar terbaru nadia ni,hsl pngambilan vtamin setD..xperlu edit2 dah..sbb parut da kurang..hehe..i’Allah nadia akn trs amalkan pngambilan vtamin ni

    Ini bukan auta ya.. Ini adalah fakta.. Sebenarnya bila anda consume SET D ini, dalam masa yang sama akan mendapat banyak manfaat lain. Contohnya vitamin E boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan bersenam. Dan bagi ibu yang menyusukan anak, vitamin E juga boleh menjadi first aid dalam mengatasi bengkak susu! Wah.. bonus banyak kan..



    Hubungi saya sekarang juga!
    Your Shaklee Independent Distributor; 

    ♥ Lin Chalo (ID 868992)
    ♥ SMS/WhatsApp (preferred) : 014-3386810










    Apakah Set Penyusuan Yang Sesuai Untuk Saya?




    * * * * * 
     These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
    These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
    * * * * *


    Di Euphoria, ada banyak set khas untuk ibu yang menyusu. Kalau dahulu cuma ada Set B sahaja, tetapi sekarang ada beberapa pilihan lain sesuai dengan keperluan seseorang yang breastfeed. 

    Dah banyak sangat ni confuse pula nak pilih yang mana satu ye? Jom kita lihat apa yang sesuai untuk anda.

    Set Penyusuan:

    1) Set 3M 
    2) Set E
    3) Set B
    4) Set Eu Four Pack


    Set 3M*
    Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. 
    Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
    1. Ibu kepada bayi kembar
    2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
    3. Ibu yang nak kumpul stok.
    4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
    5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.

    Info Tambahan:


    • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
    • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
    • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
    • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
    • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
    • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
    Testimoni (Kelebihan ESP untuk ibu yang mengepam):


    Ibu ini mampu mengumpul stok sehingga 400oz dalam masa 2 minggu!
    Anda mahu?? Boleh sahaja.. Tetapi jangan lupa untuk amalkan sekali:

    1) Kerap mengepam (gap 1 1/2 - 2 jam)
    2) Minum air dengan banyak (2L-3L sehari)
    3) Makan makanan yang berkhasiat - badan anda pasti akan segar dan sihat
    4) Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah


    Set E*

    Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

    Siapa yang sesuai ambil?

    1. Ibu yang sering keletihan melampau.

    2. Ibu yang alah dengan susu lembu.

    3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.

    4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

    Info Tambahan:

    • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
    • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.






    Set B*

    Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 

    Siapa yang perlukannya?

    1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.

    2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.

    3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

    Info Tambahan:


    • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
    • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
    • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
    • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
    • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
    • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
    • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.




    Set Eu Four Pack*

    Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

    1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.

    2. Ibu yang keletihan.

    3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.

    4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

    Info Tambahan:
    • Mengandungi 
    • Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
    • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
    • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
    • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
    • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
    • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


    Kredit buat Kak Norita


    Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza ya. Di harap panduan ini memudahkan anda untuk memilih set yang mana satu. (^_^)

    * * * * *
    Berminat? Jom whatsapp/sms saya di 014-3386810 ya untuk konsultasi lanjut dan harga best. 

    (Sahabat-sahabat saya, harap dapat whatsapp/sms aje tau koz saya WAHM kadang-kadang kat rumah ni keadaan tak menentu dan tak sesuai untuk saya bercakap melalui telefon ~ bayangkan ada 3 orang kanak-kanak yang sangat..... tq kerana memahami (^_^)