Potong Kuku Anak Dapat Pahala

10:22 AM 0 Comments A+ a-

TQ Gugel

Hari ini hari Jumaat. 
Hari yang saya selalu pilih untuk memotong kuku anak-anak saya (termasuk saya sekali ^_^). 
Ibu-ibu pula selalu potong hari apa? Sabtu? Ahad? Isnin?

Setiap apa yang kita lakukan, kalau disertakan niat kerana Allah pasti membawa pahala kan. Baca 'bismillah' pun dapat pahala juga. Senangnya dapat pahala dalam Islam. Menunjukkan Allah tu Maha Pengasih dan Pemurah. Kan.. ^_^

Dalam Islam, kebersihan sangat-sangat dituntut. Dan Allah sangat suka pada keindahan.

TQ Gugel

Diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas, dari bapanya, dari Rasulullah S.A.W:
"Sesunggunya Allah itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, 
Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Dan amalan memotong kuku juga antara yang sunnah untuk dilakukan.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidka membiarkannya lebih daripa 40 hari".
(Hadis Riwayat Muslim)

Biasa lihat kat blog atau FB mengenai cara sunnah potong kuku tu? Yang mesti dibuat pada hari-hari tertentu dan mengikut turutan tertentu? Saya ada terbaca kat blog ini, sebenarnya ia adalah hadis dhaif dan palsu. (Boleh rujuk blog tersebut ya).

Cuma bagi saya, saya suka memotong kuku pada hari Jumaat sebab hari Jumaat adalah hari yang berkat dan juga disunatkan untuk berlawa-lawa, bercomel-comel, berwangi-wangi pada hari ni (hari lain pun kene juga ye.. ^_~). Saja nak dapat pahala lebih. Dan saya memotong kuku dimulakan dengan tangan/kaki kanan dan barulah tangan/kaki kiri. Kenapa? Sebab saya ikut apa yang Rasulullah suka buat. Plus dapat pahala lebih lagi kat situ. *Wink-wink*. Dari satu segi, sebenarnya kita tanamkan amalan yang baik ini ke dalam diri anak-anak kita since dorang kecik lagi kan.. 

Aisyah R.A mengatakan:
"Nabi SAW suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari segi potongan kuku, saya ada belajar yang kuku untuk jari tangan seharusnya melengkung dan jari kaki potong secara lurus sahaja. Saya lupa saya terbaca di mana. InsyaAllah lain kali saya terjumpa saya update kat sini ya.

Gugel: TQ MyIbrah


Akhir kata, amal-amalkan selalu sunnah nabi, senang nak dapat pahala.. Tapi yang wajib jangan sesekali ditinggalkan! ^_~