Showing posts with label Fakta Susu Ibu - Anda Perlu Tahu. Show all posts
Showing posts with label Fakta Susu Ibu - Anda Perlu Tahu. Show all posts

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia: Anda Patut Follow..


Tahukah anda di dalam Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia:


"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan".
Saya merujuk kepada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Jadi kalau anda sayangkan bayi anda:





1. Jangan berikan anak anda sebarang minuman/makanan selain SUSU IBU sahaja. Jangan risau kerana pada waktu ini segala nutrisi mencukupi walaupun cuma meminum susu ibu sahaja. Tak perlu nak bilas mulut or beranggapan bahawa bayi haus. Lebih 80% susu ibu terdiri daripada air. Jadi air sudah mencukupi di dalam susu ibu. SubhanAllah! Terbukti bayi susu ibu sangat sporting dan tidak menyusahkan ibu dan bapa kan? (^_~) 


2. Bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif pada 6 bulan pertama boleh diperkenalkan dengan 'solid food' setelah bayi tersebut cukup 6 bulan. Bermaksud apabila bayi anda sudah mahu memasuki bulan ke 7. Kajian membuktikan, kebanyakan kanak-kanak yang obes sewaktu besar adalah kerana pengenalan makanan pejal yang terlalu awal. Kenapa ya? Kerana sistem pencernaan bayi belum lagi matang sepenuhnya semasa bayi. Jadi, kalau anda sayang anak anda, berusahalah untuk tidak memberikan dia nestum, bubur, ataupun apa-apa sahaja sebelum bulan ke 7 umur bayi anda.

*Nanti saya cerita kesan-kesan/keburukan memberi air masak sebelum 7 bulan ke atas bayi ya..

Kolostrum - Cecair Emas Yang Sangat Berharga Buat Bayi Baru Anda!




Ramai antara kita yang risau apabila tidak ada susu yang terhasil dari payudara selepas bersalin. Risau bayi anda lapar. Bimbang bayi menangis. Takut bayi jatuh sakit.




Tapi sebenarnya bayi yang baru lahir itu cuma mempunyai saiz perut yang sangat kecil (cuma sebesar sebiji ceri!). Jadi sangat tidak logik untuk payudara kita menghasilkan susu yang sangat banyak pada hari pertama. Allah itu Maha Bijaksana. Di awal kelahiran dengan perut bayi yang sangat kecil itu, kolostrum kita yang dihasilkan (walaupun secara purata 37ml pada hari pertama) mampu untuk menampung keperluan bayi anda.



Jadi jangan panik apabila payudara anda tidak menghasilkan susu matang di awal kelahiran bayi anda. Kerana bukan susu matang yang bayi anda perlukan tetapi kolostrum yang sedikit itu yang sangat-sangat penting. Jadi teruskan sahaja penyusuan seperti biasa dan 'enjoy the moment'. Jangan sesekali memberikan anak anda susu formula ataupun air glukosa ataupun air masak kerana bimbangkan bayi lapar etc. Tindakan anda itu sebenarnya akan menyebabkan bayi kenyang dan menolak untuk menyusu secara terus dari payudara (direct feeding) dan ini sangat-sangat merugikan bayi anda sendiri kerana tidak mendapat kesemua kelebihan dan imunisasi yang ada di dalam kolostrum itu.




Apa itu kolostrum? 


* Bersifat kuning pekat dan terhasil di awal-awal kelahiran bayi anda (susu matang terhasil selepas 2/3 hari kelahiran bayi)
* Merupakan imunisasi pertama untuk anak anda
* Amat kaya dengan antibodi dan mempunyai banyak sel hidup di dalamnya - memberi perlindungan yang maksima buat bayi anda
* Ia bersifat laktasif dan membantu bayi membuang air (mekonium) dan mampu membantu mengelak daripada jaundis
* Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang dapat mematangkan usus dan mengurangkan risiko alergi
* Kaya dengan Vitamin A membantu penyakit mata pada bayi

Mitos: Ada orang-orang tua yang tidak membenarkan si ibu muda untuk memberikan kolostrum kepada bayi yang baru lahir kerana mereka mengatakan yang kolostrum itu 'susu kotor' ataupun tak elok. Jadi kini anda sudah tahu betapa berharganya kolostrum itu, beritahulah mereka dengan berhikmah. Kan sharing is loving.. (^_~)

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Kekerapan Menyusu, Saiz Perut, Penggunaan Lampin Dalam Sehari, Berat Bayi



Panduan buat ibu-ibu manis.. 


Sangat kecil kan saiz perut bayi kita? Jangan 'seksa' mereka dengan cecair lain selain susu ibu sahaja. Terutamanya kolostrum tu.. :D

(Facebook: 19 Mac 2012)

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Saiz Perut Bayi Anda


Hari ini cerita kita pasal perut bayi di hari-hari pertamanya di dunia ini saja ya ^_~


1. Seperti yang kita tahu, perut bayi yang sangat kecil bersamaan dengan kuantiti kolostrum yang kecil. Setiap kali penyusuan sebenarnya perut bayi cuma boleh menerima 5-7ml sahaja (per feeding). Sebab tu bayi yang diberikan susu (formula) lebih daripada itu akan muntah semula. Dah terjawab persoalan kan? :)

2. Jangan biasakan bayi kita meminum susu LEBIH daripada yang sepatutnya. Sedangkan Nabi Muhammad pun dah berpesan, berhenti sebelum kenyang. Bermaksud makan la berpada-pada. Kelak akan menjadi 'habit' pada anak tu untuk makan/minum lebih daripada yang sepatutnya. Dan insyaAllah dapat la mengelak daripada penyakit-penyakit yang tidak sepatutnya (contohnya: obesiti di kalangan kanak-kanak)


(Facebook: 19 Mac 2012)


Kelebihan Susu Ibu vs. Susu Formula





Seandainya semua ibu (dan bapa) tahu bahawa di dalam susu ibu itu terdapat banyak zat-zat nutrisi yang tidak terdapat di dalam susu formula.. Saya yakin semua ibu (dan bapa) akan memilih susu ibu sebagai minuman/makanan bayi-bayi mereka.


Susu ibu adalah sangat unik. Komposisi nutrisinya akan sentiasa berubah-ubah mengikut usia bayi. Tahukah anda komposisi nutrisi bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan adalah berbeza dengan bayi yang berusia 4 bulan? SubhanAllah! Allah knows the best! 

(Facebook: 20 Mac 2012)

Antara Waktu 'Mustajab' Menghasilkan Susu Yang Banyak

♥ Good nite mommies.. ♥


Yang mengepam tu jangan lupa pam di waktu malam - subuh ya.. Waktu ini adalah antara waktu-waktu yang 'mustajab' sekali. InsyaAllah banyak susu dapat dihasilkan dan sekiranya diamalkan selalu penghasilan susu akan berpanjangan. 



Terima kasih pada hormom prolaktin kita yang paling banyak dihasilkan pada waktu 'mustajab' ini. Si prolaktin yang berjasa! ^_^

(Facebook: 21 Mac 2012)