Showing posts with label Tips Penyusuan Kali Pertama. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan Kali Pertama. Show all posts

APA YANG SAYA PERLUKAN DALAM MENJAYAKAN SUSU IBU?



Ini adalah soalan yang sangat cepumas bagi ibu-ibu yang pertama kali mahu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya buat anak mereka. Sama macam saya juga dulu. Saya start bekerja selepas melahirkan anak kedua (masa tu A'isyah Humairah saya baru nak masuk 5 bulan-tahun 2008). Saya rasa masa tu tak banyak lagi kedai online macam sekarang ni. Saya dengan semangatnya telah pergi ke SusuIbu.Com di Bangi untuk membeli Medela Harmony & Mom's Precious Cooler Bag. Saya sempat jumpa Kak Kamariah (owner susuibu.com - dan saya sangat teruja masa tu koz saya adalah ahli yang sangat aktif di forum SusuIbu.Com - sekitar tahun 2006 dengan nama miLo-ice~ anda kenal saya kah? ngee)

Ok balik pada tajuk asal ya. Sila fokus (sambil buat muka serius ^_~).

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu dan lebih-lebih lagi kalau anda bekerja, berikut adalah apa yang saya boleh kongsikan (mengikut pengalaman saya semasa bekerja dulu-sekarang saya WAHM- ^_^).



1. Mesti ada keazaman yang sangat kuat dan suami (ahli keluarga) yang menyokong
- Sokongan moral dan emosi daripada orang yang paling rapat dengan kita adalah sangat penting. Bukan mudah untuk menyusukan anak kita sepenuhnya dengan susu ibu. Kadang-kadang kita akan stress di tempat kerja. Penat. Lelah. Susu drop. Masa ini lah sokongan daripada suami sangat-sangat diperlukan. Adakalanya sifat suami yang ringan tulang seperti membasuh semua peralatan mengepam dan botol-botol si kecil  juga sangat-sangat membantu. Sekurang-kurangnya si ibu tidak tertekan dengan kerja-kerja rumah. 



2. Membeli dan menggunakan peralatan mengepam yang elok dan berkualiti

- Sekiranya anda memang betul-betul mahu menjayakan penyusuan susu ibu dalam masa jangka panjang, saya sarankan tolong beli pam yang bergred hospital dan berkualiti. Harga yang anda keluarkan untuk membeli pam itu mungkin agak mahal daripada pam-pam biasa yang ada di pasaran seperti P*r**n, A*n***u dan sebagainya, tetapi perlu diingat, kebiasaanya barang yang mahal datang dengan kualiti yang baik. Jangan lokek untuk keselesaan diri sendiri, lebih-lebih lagi kalau pam itu boleh digunakan untuk jangka masa panjang (mungkin boleh digunakan sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya).
- Untuk jenis-jenis pam, ada yang manual, menggunakan bateri/elektrik, single-pumping, double-pumping. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda membeli mengikut bajet, keselesaan dan suasana kerja anda. Seandainya ada kekangan kewangan, membeli pam manual juga sudah cukup-cukup membantu. Perlu diingatkan, pam susu bukanlah faktor utama dalam menentukan banyak atau sedikit susu anda. Tidak dinafikan pam susu double-pumping adalah sangat digalakkan bagi penghasilan susu ibu bagi jangka masa panjang, tetapi pam susu manual juga tidak kurang hebatnya. Jadi jangan stress bila tak dapat beli pam 'double-pumping' ya ibu-ibu. InsyaAllah ada rezeki pasti Allah permudahkan..



3. Membeli cooler bag, ice pack dan bottle/storage plastic bag

- Selain itu, apabila anda mengepam di tempat kerja, anda akan memerlukan cooler bag sebagai tempat untuk anda menyimpan hasil perahan susu anda. Kalau di tempat kerja anda ada peti ais, anda boleh menyimpan susu perahan anda di peti ais terlebih dahulu (tetapi JANGAN SESEKALI BEKUKAN susu perahan anda ya-cukup dengan diletakkan di bahagian bawah peti ais sahaja *saya akan terangkan pada entri yang lain). 


- Anda juga akan memerlukan ejen penyejuk iaitu ice pack yang akan diletakkan di dalam cooler bag. Ice pack ini akan membantu anda mengekalkan suhu sejuk susu perahan anda selama beberapa jam di ofis. 

- Untuk menyimpan susu perahan anda, anda akan memerlukan storage bottle  ataupun storage plastic bag. Kalau saya dulu, saya akan membawa 4 biji botol susu dan saya akan selitkan beberapa keping storage plastic di cooler bag saya. Kita tidak dapat menjangka berapa banyak kuantiti susu kita pada satu-satu hari itu. Mungkin sikit, mungkin juga banyak daripada biasa. Ataupun untuk hal-hal kecemasan-luar-jangka ~ seperti terlupa nak masukkan botol susu dalam cooler bag? (Macam pernah alami pulak?) (^_~) Jadi menyimpan storage plastic bag di ofis juga sebenarnya adalah salah satu langkah-langkah selamat untuk ibu yang mengepam - tinggalkan juga beberapa keping di kereta ya.

4. Peralatan untuk membantu dalam membersihkan pam dan botol susu anak anda!

- Sekiranya anda ada bajet lebih, saya sangat galakkan untuk membeli sebiji sterilizer untuk memudahkan kerja-kerja mensteril semua peralatan mengepam dan botol susu anak anda. Anda boleh membeli di butik-butik bayi ataupun secara online. Kenapa penting ya? Kalau saya tak nak beli ok ke? Jawapan saya ok je. Takde masalah. Cumanya bila anda membeli sterilizer, kehidupan anda yang memang sangat busy itu akan mudah sedikit kerana anda tidak perlu membuat segalanya secara manual. Maksudnya? Kalau ada sterilizer ini, apa yang anda perlu buat ialah cuma perlu membasuh pam dan botol-botol tadi menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit bottle cleanser dan dibasuh dengan air paip yang mengalir, kemudian terus masukkan ke sterilizer. Dah siap semua nanti anda cuma perlu keringkan saja. Kalau nak senang boleh beli drying rack untuk memudahkan kerja-kerja pengeringan. Kalau tak nak beli pun takpe. Cuma letakkan semua botol susu dan pam tu di atas sehelai kain yang bersih dan biarkan kering. Simple dan mudah kan? Mm.. Sangat suka saya ingatkan ya ibu-ibu.. Kebersihan botol dan pam sangat-sangat penting sepanjang tempoh penyusuan anak kita (terutamanya sewaktu anak kita berusia 6 bulan dan ke bawah) kerana kesemua peralatan ini akan mempunyai kontek secara langsung dengan susu ibu (kan cuma susu ibu saja makanan anak kita pada 6 bulan yang pertama dalam hidupnya?). Jadi sebagai ibu yang solehah (^_^), penyediaan makanan yang bersih untuk anak kita sangat penting dalam pembentukan peribadinya kelak. Lagi satu untuk mengelakkan anak kita mendapat penyakit yang tidak sepatutnya. Jadi penyediaan makanan dan tahap kebersihan tu haruslah tahap 5 bintang ya ibu-ibu.. (^_^)


5. Mudahkan kerja babysitter anda dengan menggunakan warmer

- Mengikut pengalaman saya, warmer adalah satu alat yang sangat penting dalam memudahkan babysitter menyediakan susu perahan kita secara cepat. Kalau anda mampu, saya galakkan anda memilikinya dan diletakkan di taska/rumah pengasuh anda. Kebanyakkan pengasuh berasa agak leceh dalam menyediakan susu ibu (padahal cuma rendam aje kan?), jadi dengan usaha kita yang sedikit - dengan sedaya upaya cuba meminimakan 'kesusahan' yang dihadapi oleh pengasuh kita, diharap anak kita akan mendapat yang terbaik.

-Warmer secara amnya membantu kita untuk memanaskan susu perahan kita pada tahap kepanasan yang betul - iaitu 40 darjah celcius. Kepanasan lebih daripada itu boleh memusnahkan zat-zat vitamin dan bakteria baik dalam susu ibu. Susu ibu kita TIDAK BOLEH dipanaskan di atas api (menggunakan periuk) ataupun dicairkan di dalam mikrowave.

- Secara manualnya, kalau kita takde warmer, boleh pesan kat babysitter, mak atau sesiapa sahaja yang handle  susu perahan kita untuk menggunakan sifir yang mudah ini (2 cawan air biasa + 1 cawan air panas - yang mendidih). Senang kan? (^_^)

6. Ilmu, ilmu dan ilmu!
Support group, forum, surf internet, buku

Di zaman yang serba mudah ini, kita boleh dan sangat senang mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Kita ada internet dan ada banyak support group (online & offline). Dekatkan diri dengan ibu-ibu yang mempunyai passion yang sama dengan kita. Endahkan orang-orang yang selalu lemahkan semangat kita. Saya percaya ibu-ibu zaman kini adalah serikandi-serikandi yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat bayinya. Cari aura positif saja ya. Biarkan yang berfikiran negatif tu tenggelam bersama labu-labunya (ayat kejam kah? ^_~) 
Anda boleh join forum SusuIbu.Com. Anda boleh baca KellyMom (one of my fav breastfeeding website).Di FB pun ada banyak group yang menyokong susu ibu. Salah satunya ialah Kumpulan Ibu Menyusukan. 

For more info: CLICK 

Buku mengenai penyusuan susu ibu pun sudah ada banyak sangat di pasaran sekarang. Cuma pesan saya ibu-ibu jangan lokek untuk membeli buku ya. Semua ilmu takkan pernah habis malahan pahalanya akan bertambah berlipat ganda sekiranya anda kongsikan dengan orang lain pula. 



6. Doa dan tawakal

- Misi menyusukan bayi selama 2 tahun bukannya mudah. Ia adalah satu perjuangan yang memerlukan banyak komitmen. Secara peribadi saya anggap ia sebagai jihad. Berdoa dan berzikir lah pada Allah. Hanya Dia sahaja yang mampu untuk memberikan rezeki yang banyak atau kurangkan rezeki kita. Kene sentiasa setkan minda yang positif dan rasa yakin atas diri sendiri. Dan jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap diri kita ada rezeki masing-masing. Jadi takmau rasa sedih dan down bila susu tak semeriah orang lain ya.. Yang penting susu itu cukup untuk anak kita. 

Wah.. Sebenarnya ikutkan hati saya ada banyak lagi saya nak kongsikan bersama anda. Takpe slow-slow ya. InsyaAllah selepas ini saya akan kongsikan pula bagaimana cara kita menyimpan susu perahan. Khas buat anda yang penyayang dan berjiwa kuat! 

*****
*Semua pernyataan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Ianya mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak.


*Semua gambar saya cilok dari google


*Tanpa prejudis-gambar dipilih secara random.








Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia: Anda Patut Follow..


Tahukah anda di dalam Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia:


"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan".
Saya merujuk kepada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Jadi kalau anda sayangkan bayi anda:





1. Jangan berikan anak anda sebarang minuman/makanan selain SUSU IBU sahaja. Jangan risau kerana pada waktu ini segala nutrisi mencukupi walaupun cuma meminum susu ibu sahaja. Tak perlu nak bilas mulut or beranggapan bahawa bayi haus. Lebih 80% susu ibu terdiri daripada air. Jadi air sudah mencukupi di dalam susu ibu. SubhanAllah! Terbukti bayi susu ibu sangat sporting dan tidak menyusahkan ibu dan bapa kan? (^_~) 


2. Bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif pada 6 bulan pertama boleh diperkenalkan dengan 'solid food' setelah bayi tersebut cukup 6 bulan. Bermaksud apabila bayi anda sudah mahu memasuki bulan ke 7. Kajian membuktikan, kebanyakan kanak-kanak yang obes sewaktu besar adalah kerana pengenalan makanan pejal yang terlalu awal. Kenapa ya? Kerana sistem pencernaan bayi belum lagi matang sepenuhnya semasa bayi. Jadi, kalau anda sayang anak anda, berusahalah untuk tidak memberikan dia nestum, bubur, ataupun apa-apa sahaja sebelum bulan ke 7 umur bayi anda.

*Nanti saya cerita kesan-kesan/keburukan memberi air masak sebelum 7 bulan ke atas bayi ya..

Kolostrum - Cecair Emas Yang Sangat Berharga Buat Bayi Baru Anda!




Ramai antara kita yang risau apabila tidak ada susu yang terhasil dari payudara selepas bersalin. Risau bayi anda lapar. Bimbang bayi menangis. Takut bayi jatuh sakit.




Tapi sebenarnya bayi yang baru lahir itu cuma mempunyai saiz perut yang sangat kecil (cuma sebesar sebiji ceri!). Jadi sangat tidak logik untuk payudara kita menghasilkan susu yang sangat banyak pada hari pertama. Allah itu Maha Bijaksana. Di awal kelahiran dengan perut bayi yang sangat kecil itu, kolostrum kita yang dihasilkan (walaupun secara purata 37ml pada hari pertama) mampu untuk menampung keperluan bayi anda.



Jadi jangan panik apabila payudara anda tidak menghasilkan susu matang di awal kelahiran bayi anda. Kerana bukan susu matang yang bayi anda perlukan tetapi kolostrum yang sedikit itu yang sangat-sangat penting. Jadi teruskan sahaja penyusuan seperti biasa dan 'enjoy the moment'. Jangan sesekali memberikan anak anda susu formula ataupun air glukosa ataupun air masak kerana bimbangkan bayi lapar etc. Tindakan anda itu sebenarnya akan menyebabkan bayi kenyang dan menolak untuk menyusu secara terus dari payudara (direct feeding) dan ini sangat-sangat merugikan bayi anda sendiri kerana tidak mendapat kesemua kelebihan dan imunisasi yang ada di dalam kolostrum itu.




Apa itu kolostrum? 


* Bersifat kuning pekat dan terhasil di awal-awal kelahiran bayi anda (susu matang terhasil selepas 2/3 hari kelahiran bayi)
* Merupakan imunisasi pertama untuk anak anda
* Amat kaya dengan antibodi dan mempunyai banyak sel hidup di dalamnya - memberi perlindungan yang maksima buat bayi anda
* Ia bersifat laktasif dan membantu bayi membuang air (mekonium) dan mampu membantu mengelak daripada jaundis
* Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang dapat mematangkan usus dan mengurangkan risiko alergi
* Kaya dengan Vitamin A membantu penyakit mata pada bayi

Mitos: Ada orang-orang tua yang tidak membenarkan si ibu muda untuk memberikan kolostrum kepada bayi yang baru lahir kerana mereka mengatakan yang kolostrum itu 'susu kotor' ataupun tak elok. Jadi kini anda sudah tahu betapa berharganya kolostrum itu, beritahulah mereka dengan berhikmah. Kan sharing is loving.. (^_~)

Pelekapan Yang Betul Ketika Menyusukan Bayi



Latch on ataupun lekapan adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap ibu yang menyusukan bayi - terutamanya yang baru pertama kali bergelar ibu. Mengapa ianya sangat penting? 

Ada banyak sebab, tetapi antara sebab-sebabnya ialah:

1) Supaya bayi anda boleh mendapat susu ibu (makanan utamanya) dengan sempurna 

- Untuk mendapat susu, bayi perlu melekap dengan betul dan sempurna pada payudara anda. Seandainya tidak, bayi tidak akan mendapat susu dan anda juga akan berasa sakit ketika proses penyusuan sedang berlaku. Seandainya anda berasa sakit ketika menyusu bermaksud anda ada masalah latch on. Berhenti dan cuba untuk belajar daripada nurse ataupun doktor yang pro-breastfeeding ataupun berjumpa dengan mana-mana kaunselor laktasi.

2) Untuk mengelakkan anda daripada mengalami puting luka, melecet dan bengkak susu (engorgement)

- Apabila anda berasa sakit semasa menyusukan anak, itu bermaksud cara pelekapan anda tidak betul. Ini adalah kerana si bayi cuma menghisap puting sahaja. Berhenti dan cuba lagi. Pelekapan yang betul tidak sepatutnya menyebabkan anda berasa sakit. Kebanyakan ibu membuat kesilapan dengan hanya memberikan bayinya puting sahaja. Pelakuan ini boleh membuatkan puting anda luka, melecet dan berdarah. Selain itu, anda juga boleh mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan sebetulnya.

3) Membantu merangsang pengeluaran susu ibu dengan lancar

- Seandainya bayi melekap dengan betul, bayi akan mendapat susu, dan si ibu tidak akan mengalami kesakitan. Ini boleh menyebabkan payudara anda dapat dikosongkan dengan betul dan merangsang kepada penghasilan susu yang lebih banyak. 

4) Ibu dan bayi berasa tenang dan gembira!

- Apabila anda mengetahui cara pelekapan yang betul, si manja anda pasti kenyang. Bayi yang kenyang dan mendapat cukup susu ibu tidak mudah meragam dan membantu bayi anda untuk berasa tenang dan gembira. Secara tidak langsung, anda (dan pasangan-sebab tak perlu berjaga apabila bayi meragam? :P) juga pasti akan berasa selesa dan gembira dengan keadaan bayi anda. Dan jangan lupa, emosi ibu dapat dirasai oleh bayi. Rasa tenang, gembira, yakin mampu melancarkan penghasilan susu yang lebih 'lumayan'! 



Secara teorinya, berikut adalah langkah-langkah untuk anda dan bayi anda 'belajar' cara pelekapan yang betul;
1. Pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa. Posisi anda bersama bayi dan sebagainya. Letakkan bantal di belakang anda sekiranya perlu. Anda juga boleh meletakkan bantal di atas peha anda supaya kedudukan bayi anda berada di tahap yang sama dengan payudara anda. Anda boleh berbuat apa sahaja -yang penting selesa.
2. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda dalam keadaan meragam ataupun menangis, tenangkan dia terlebih dahulu.
3. Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badannya berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap anda. Dan muka bayi menghadap payudara anda. 
4. Memulakan pelekapan:
i- Bawa bayi anda kepada payudara - bukan payudara kepada bayi. Apabila ini berlaku, anda mungkin akan membongkok sedikit. Dan ini tidak sepatutnya berlaku. Anda sepatutnya berada di dalam keadaan relax dan selesa.
ii- Tunggu bayi anda membuka mulutnya dengan luas. Ataupun anda boleh memain-mainkan jari/puting anda di tepi mulut bayi anda supaya dia membuka mulutnya. Apabila mulutnya terbuka luas bawa bayi anda ke payudara anda (bukan anda ke bayi anda). Anda mungkin boleh menggunakan tangan yang satu lagi untuk menyokong payudara anda. 


iii- Pastikan anda memberikan aerola dan bukannya puting. Untuk bayi anda mendapatkan susu, dia perlu menghisap aerola. Bayangkan aerola anda, sepatutnya semasa pelekapan berlaku, cuma ada sedikit aerola yang akan kelihatan. Aerola di atas akan kellihatan 'lebih banyak' berbanding aerola di bawah bibir bayi anda. 


iv- Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda akan menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. 

- Puting anda sepatutnya menyentuh lelangit lembut bukannya lelangit keras bayi anda.

-Sekiranya pelekapan tidak berlaku dengan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara anda (dengan menggunakan jari kelingking anda masukkan ke hujung mulut bayi anda) dan bermula semula daripada awal. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali penyusuan. 

v- Pelekapan yang sempurna. Dagu bayi akan menyentuh payudara anda. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. Hidung bayi anda juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk anak anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda  kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.

Seandainya anda ibu baru ataupun expecting mothers, dan mengalami kesukaran untuk mendapat pelekapan yang  betul, jangan stress dan sedih. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Bukan anda seorang sahaja yang mengalami 'kesusahan' ini. Masih ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Bagi saya secara jujurnya breastfeeding adalah skillPractices make perfects! Kuncinya adalah cuba, cuba dan cuba. Seandainya perlu berjumpalah dengan kaunselor laktasi ataupun pakar laktasi yang terdekat dengan anda.

Terakhirnya anda boleh klik video di bawah ini untuk melihat dengan lebih jelas lagi mengenai cara pelekapan yang betul. Semoga artikel yang simple ini membantu!



Saksikan kesungguhan ibu bekerja yang berazam untuk menyusukan bayinya sehingga umur 2 tahun! Anda pasti kagum dengan semangat ibu bekerja ini...



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.




Apa Yang Anda Perlu Tahu: Saiz Perut Bayi Anda


Hari ini cerita kita pasal perut bayi di hari-hari pertamanya di dunia ini saja ya ^_~


1. Seperti yang kita tahu, perut bayi yang sangat kecil bersamaan dengan kuantiti kolostrum yang kecil. Setiap kali penyusuan sebenarnya perut bayi cuma boleh menerima 5-7ml sahaja (per feeding). Sebab tu bayi yang diberikan susu (formula) lebih daripada itu akan muntah semula. Dah terjawab persoalan kan? :)

2. Jangan biasakan bayi kita meminum susu LEBIH daripada yang sepatutnya. Sedangkan Nabi Muhammad pun dah berpesan, berhenti sebelum kenyang. Bermaksud makan la berpada-pada. Kelak akan menjadi 'habit' pada anak tu untuk makan/minum lebih daripada yang sepatutnya. Dan insyaAllah dapat la mengelak daripada penyakit-penyakit yang tidak sepatutnya (contohnya: obesiti di kalangan kanak-kanak)


(Facebook: 19 Mac 2012)


Amalan di Hujung Minggu Bagi Ibu Yang Mengepam

♥ Selamat Pagi Mommies.. ♥


Hujung minggu biasanya buat apa? Jom pastikan semua ini telah dilakukan ya..



1 - Basuh dan steril semua botol dan peralatan menyusu. Dan pastikan semuanya benar-benar kering sebelum disimpan dan digunakan pada minggu hadapan. 



2 - 'Direct-feeding' bayi/anak anda 'on demand'. InsyaAllah amalan ini boleh meningkatkan semula 'supply' susu anda. (Sebab tu biasanya hari Isnin susu kita lebih banyak daripada hari-hari yang lain)



3 - Kalau rasa susu agak merudum, hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk 'power pumping'.

* Secara ringkas caranya: 

i) Ambil masa selama 1 jam. 'If possible' pilih masa anda tenang dan 'relax' (malam mungkin?). 

ii) Kalau guna 'double-pumping breastpump', pam selama 10 minit, rehat 10 minit, pam 10 minit ~ sehingga 'complete' 1 jam.

iii) Kalau guna 'single-pumping breastpump', pam sebelah 'breast' selama 10 minit, kemudian pam sebelah pula. Dan berterusan selama 1 jam.

Boleh buat 2 malam berturut-turut di hujung minggu ya.


(Facebook: 24 Mac 2012)