TIPS MENAIKI KAPAL TERBANG BERSAMA ANAK KECIL
Saya nak share something yang biasa-biasa je hari ini. Tips bagaimana nak handle anak-anak kecil semasa menaiki kapal terbang. Tapi walaupun ianya biasa-biasa, tapi dalam keadaan tertentu kebanyakannya menjadi yang sangat LUAR BIASA bagi kita yang tak pernah ada pengalaman. Saya takde la pengalaman travel jauh-jauh. Paling jauh pun balik hometown saya kat Sabahku yang tercinta. *wink*. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam ++ je. Tapi kalau anak meragam ya Allah.. Hanya Dia saja tempatku mengadu.. (^_^)
Nak kata saya selalu travel naik flight tu takde la. Tapi saya ada pengalaman bermacam ragam kerana anak saya berumur 7, 5, 3 dan 3 bulan (*wow! akak memang dah tua dik.. tapi hatiku tetap muda dan comel.. *haha)
Tips # 1 - Sebelum menaiki kapal terbang, pastikan anak-anak anda semua telah selesai 'membuang' apa-apa yang patut. Tukar diapers, yang dah besar sila la ke washroom. Pastikan mereka selesa dan anda tidak perlu susah-susah untuk menemani anak anda ke toilet kapal terbang nanti. Si manja anda pun pasti selesa bila diapernya kering sekering-keringnya!
Tips # 2 - Pernah tak anda mengalami 'sakit telinga' apabila kapal terbang berlepas dan mendarat? Tak pernah? Kalau tak pernah anda memang bernasib baik. Tapi bagi yang pernah merasainya pasti tahu betapa 'azab'nya rasa tekanan kat telinga kan? Tips saya; saya akan membelikan anak-anak yang sudah besar sebiji lolipop setiap seorang. Jadi apabila mahu berlepas saya akan berikan pada mereka (dan mereka mesti sayang saya lebih2 sebab saya sangat jarang berikan junk food pada mereka *hehe) untuk mengelakkan mereka mengalami tekanan di bahagian telinga tu. Bagi bayi yang masih kecil, anda boleh direct feeding masa ni.
Tips # 3 - Untuk mengelakkan anak berasa bosan (dan tidak membuat sesuatu yang diluar jangka; menjerit2 sesuka hati atau bergaduh sesama sendiri *phew*) anda boleh sediakan mainan kegemaran ataupun bahan bacaan ataupun buku mewarna beserta colour pencil sekali. Bagi yang mempunyai ipad dan yang sejenis dengannya, anda boleh cas bateri penuh-penuh dan tayangkan rancangan kartun kegemaran anak anda.
Tips # 4 - Apabila anak ramai, saya akan berusaha meminimakan barang-barang yang perlu dibawa ke kabin. Jadi, sediakan 1 bag sahaja. Saya memang tak bawa handbag kalau ada 'handbag' kecil (baby saya la tu *hehe). Pastikan dalam beg tu ada diapers untuk si kecil, baju tukar untuk anak-anak yang besar sikit, botol air anak atau apa-apa sahaja yang mungkin diperlukan. Suami saya adalah penyelamat saya. Semua barang-barang yang diperlukan semua disumbat ke dalam bagpacknya. Senang hati saya. *Hehe
Rasanya itu je sedikit tips yang saya boleh kongsikan setakat ini. InsyaAllah lain kali saya kongsikan pula tips makan angin bersama anak-anak ya.. (^_^)