Showing posts with label Tips Penyimpanan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyimpanan Susu Ibu. Show all posts

Tips Mengepam & Menyimpan Stok Susu di Bulan Puasa






Alhamdulillah. Bulan puasa semakin menghampiri kita. Tinggal kurang 1 bulan lagi untuk semua Muslim mommies akan menghadapi bulan puasa yang mulia ini. Dah habis qada' puasa? Belum? Dah? Kalau dah alhamdulillah. Tapi kalau yang belum (maybe atas reasons yang hanya anda yang tahu *hehe) jangan lupa bayar fidyah dan qada' tahun depan ya.

Ok, seperti tajuk yang best  di atas, saya yakin ramai antara kita yang pening memikirkan bagaimana prestasi supply susu kita di bulan Ramadhan nanti kan. Adakah susu akan meriah seperti biasa? Adakah cukup stok untuk si manja nanti? Adakah badan kita akan lesu sepanjang hari sehingga bakal menjejaskan penghasilan susu? Adakah? Adakah? Apakah? Haaa.. Jom kita lihat antara persediaan yang kita boleh ikhtiarkan sebagai seorang ibu yang mengepam dan menyusukan anak di bulan puasa.

*****
1- Mula Mengumpul Stok Dari Sekarang!


Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan dirinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!
Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuas, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?
Katakan,
  1. anda kini dah ade stok sebanyak 20 Oz dalam Freezer
  1. jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 Oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
  1. bayi kesayangan anda cuma minum 15 Oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
  1. jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa nanti jatuh kepada 9 Oz sehari
1. ESP (Energizing Soy Protein)
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa
2. Mealshake
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita
3. Performance Drink
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
(Sahabat-sahabat saya, harap dapat whatsapp/sms aje tau koz saya WAHM kadang-kadang kat rumah ni keadaan tak menentu dan tak sesuai untuk saya bercakap melalui telefon ~ bayangkan ada 3 orang kanak-kanak yang sangat..... tq kerana memahami (^_^)
Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,
Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh menangis kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.
So, apa nak kena buat?
Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minit atau terlalu yakin. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke nursery atau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah,


Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stok 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, dinasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.
Jika anda Berjaya menghasilkan 25 Oz susu sehari mulai sekarang sebelum masuk bulan puasa, anda bakal menyimpan stok susu sebanyak 100 Oz menjelang Syawal! Dengan jumlah sebegini, anda tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba bos suruh outstation kerana urusan pejabat.
Macam mana nak tingkatkan susu cara yang paling selamat?
Mengambil suplemen untuk membuatkan badan berasa lebih sihat dan kurang lesu.
Cubalah menggunakan produk semulajadi seperti SHAKLEE (ya saya promote Shaklee kerana saya tahu Shaklee merupakan pengeluar suplemen yang semulajadi dan bukan sintetik). Selain boleh meningkatkan susu badan (jika anda mengikut nasihat & pesanan yang diberikan nanti), banyak juga yang gemar menggunakannya sebab badan tidak lagi lesu seperti dulu walaupun seharian bekerja. (Credit to Sihat.Ceria.Bahagia
2- Pastikan Diri Anda Kekal Bertenaga Sepanjang Hari!

Wow! Boleh ke nak kekal segar sepanjang hari? Dah la sepanjang hari tak makan. Kerja lagi. Balik rumah kene masak lagi. Kena pam susu lagi.. Haaiii.. Banyak betul 'masalah' kita kan. *Hehe*


Ok, salah satu faktor badan yang sihat dan cergas adalah kerana kita mendapat makanan sepanjang hari. Namun di waktu bulan puasa, kita cuma boleh makan pada waktu sahur dan berbuka sahaja. Walaupun demikian, anda masih ada lagi pilihan lain untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. 
Anda boleh:


1) Semasa bersahur & berbuka, makan makanan yang mampu mengekalkan tenaga dalam jangkamasa yang panjang, contohnya yang tinggi dengan karbohidrat - nasi, mee dan sebagainya. 
2) Pastikan juga anda memakan kurma (sekurang-kurangnya 3 biji atau lebih - lebih baik).
3) Minum air masak dengan banyak.
4) Boleh memakan kudap-kudapan yang berkhasiat dan membantu membekalkan tenaga - oats, soy protein dan sebagainya.
5) Mengamalkan suplemen tambahan sebagai menampung kekurangan zat-zat yang diperlukan oleh badan. (Ingat, anda adalah sumber susu anak anda yang comel itu).
Di Shaklee, kami ada suplemen yang mampu untuk memberikan tenaga dalam jangkamasa yang panjang, mengurangkan rasa dahaga, mengelakkan sembelit dan sebagainya iaitu Mighty 3 Gem.

Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Performance Drink dan Mealshake. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.


ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui
Kredit


Bonus: Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti letih kan). Jadi sekiranya anda membeli set ini sebenarnya anda juga memberikan yang terbaik buat keluarga anda!

Saya doakan yang terbaik buat diri kita semua. Semoga mampu menjadi ibu yang hebat dan kekal sihat sepanjang bulan puasa nanti ya.. (^_^)


* * * * *
Berminat? Jom whatsapp/sms saya di 014-338 6810 ya untuk konsultasi lanjut.
Oh ya! Hari ini adalah hari terakhir anda boleh menikmati harga PROMOSI. WhatsApp saya cepat-cepat kalau nak tahu bagaimana nak dapatkan harga PROMOSI ni.
* PSst: Harga promosi ni yang terakhir TERENDAH tahun ini tau, ramai pengguna setia ESP di luar sana beli untuk stok sehingga bulan puasa nanti.. Anda bagaimana?
* * * * * 
 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* * * * *


Apa Yang Anda Perlu Tahu Sewaktu Membuat Stok Susu Perahan (EBM)


Hari ini saya akan share pengalaman mengumpul stok selepas melahirkan anak saya yang ketiga iaitu pada Feb, 2010. 

Saya mula menyimpan stok susu perahan (ebm-expressed breast milk) selepas 2 minggu saya melahirkan Azzalea Hannah saya. Semasa itu saya masih lagi menggunakan Medela Harmony saya yang tercinta (saya beli pada tahun 2008-dah berusia hampir 2 tahun!). Selepas 2 minggu insyaAllah kebiasaannya susu matang akan terhasil. Dan saya juga turut mengamalkan tandem pumping - di mana semasa anak saya sedang menyusu, saya akan mengepam 'cik b' yang satu lagi dalam masa yang sama. Hasilnya? Sangat mengujakan! Tetapi untuk menguasai skill tandem pumping ini memerlukan masa dan kesabaran ya ibu-ibu. Lebih-lebih lagi kalau anda cuma ada pam manual sahaja - macam saya la tu (saya menggunakan Medela Freestyle semasa bulan kedua saya berpantang). Kalau anda ada pam elektrik-wah, itu satu bonus buat anda! Apa yang penting? Sabar...

# gadget kesayangan hamba selama menyusukan anak kesayangan hamba - luv it to the max! #

Ok, semasa anda mula-mula mengepam, susu yang terhasil sedikit sahaja. Mungkin 1 oz, mungkin 1.5 oz, mungkin juga 2 oz atau lebih. Tapi jangan sedih, jangan stress. Itu adalah normal. Saya dan kebanyakkan ibu-ibu lain juga begitu. Apa yang penting, anda harus sabar dan istiqamah. Pam sahaja seperti biasa. InsyaAllah hari demi hari, minggu demi minggu kuantiti itu akan meningkat sikit demi sikit. Biasa la tu kan. Supply and demand rule. Apekebenda la pula rule-rule bagai ni? Haa.. Dalam penyusuan susu ibu, anda mesti dan wajib tahu supply susu badan kita akan meningkat seandainya ada demand. Apa yang kita pam/baby minum, itulah jumlah susu yang akan dihasilkan semula. Lagi kerap anda mengosongkan payudara, maka susu akan lebih banyak dihasilkan. As simple as that. Jadi kalau susu anda sikit, jangan salahkan 'cik b' anda ya. Sila salahkan diri sendiri kerana malas mengepam dan malas nak menyusukan baby. Itu adalah sunnatullah. Siapa yang rajin berusaha dia yang berjaya (gitu? ~ ngee) Bermaksud anda mesti rajin mengepam. Ramai ibu-ibu yang berjaya kerana mereka benar-benar rajin berusaha. Selepas anda menyusukan bayi anda, sila sambung pam untuk tujuan mengosongkan payudara anda. InsyaAllah susu akan meningkat sikit demi sikit. 

Kebanyakkan buku atau info mengesyorkan kita mengumpul stok 2 minggu sebelum kembali bekerja. Tetapi itu cuma guideline saja ya ibu-ibu. Bagi pendapat saya, anda perlu mengumpul stok lebih awal daripada itu di atas sebab-sebab yang tidak terjangka. Contohnya, bagaimana kalau tiba-tiba anda jatuh sakit dan anda terpaksa dimasukkan ke hospital? Mesti kasihan anak kecil kita itu kan? Takkan kita nak bagi susu formula? Padahal sebelum itu kita ada peluang untuk menyediakan stok ebm untuk si kecil kita. Jadi, haruslah kita membuat stok seawal yang mungkin.

1. Untuk mengumpul stok, anda mesti ada botol susu ataupun breastmilk storage bag. Ada banyak pilihan di pasaran sekarang. Yang penting anda mesti cari yang BPA-Free ya. Pastikan semua botol ini dan pam susu anda disteril sebelum digunakan. Botol susu boleh digunakan berulangkali (kebanyakan jenama mengesyorkan sehingga 6 bulan penggunaan), manakala breastmilk storage bag pula adalah untuk penggunaan sekali sahaja ya.


2. Saya syorkan anda untuk menyimpan susu ibu 2oz-3oz per bottle /breastmilk storage bag (ataupun kebiasaan jumlah susu yang bayi anda minum dalam per feeding). Kenapa? Ada banyak sebab yang munasabah..

i) Supaya tidak membazir
ii) Memudahkan babysitter anda menguruskan ebm anda
iii) Senang nak uruskan stok ebm


- Oh ya! Sekiranya anda mahu memenuhkan satu botol susu anda, anda hendaklah meninggalkan sedikit ruang - kerana cecair apabila beku sifatnya mengembang.. Jadi jangan isi penuh-penuh sangat ya..


3. Anda harus melabel stok ebm anda. Tuliskan nama bayi anda, masa dan tarikh ebm anda pada kertas pelekat. Tampalkan pada botol atau breastmilk storage bag. Ini adalah penting untuk mengetahui expiry date ebm dan untuk mengelakkan ebm anda tertukar dengan ebm baby lain di taska.


* Fakta yang perlu diingat ---> FIFO (first-in, first-out) Susu yang paling awal disimpan adalah susu yang paling awal digunakan.


# stok ebm saya yang sangat 'bersimpang siur'. sila jangan ikut contoh ini ya. saya tiada ilmu susun-menyusun semasa ini. *hehe*
(stok ini saya dapat semasa dalam tempoh pantang-'very the heaven' time ni)



TIPS: Untuk menjimatkan ruang dalam peti ais anda, saya sangat suka pada cara yang Puan Farah Farhan gunakan. Sangat sistematik dan menjimatkan ruang. Boleh KLIK sini ya. Saya benar-benarrr sukaaa!!  *sharing is caring kannnn..*


*****

Minggu ni saya sangat busy. Sebenarnya niat di hati mahu menulis lebih panjang lagi terutamanya untuk menjawab soalan cik puan manis Aini Aizat (ada beberapa soalan belum terjawab). InsyaAllah saya akan curi-curi masa yang ada ya.. Akan berusaha menjadikannya panjang daripada entry ini..


 'Entry saya kali ini sangat singkat dan pendek #takpuasmembebeldiblogsendiri'