Showing posts with label Testimoni Medela Freestyle. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Medela Freestyle. Show all posts

Pemenang Bagi Testimoni Medela Freestyle May 2012


Syukur alhamdulillah.. Pemenang untuk testimoni Medela Freestyle kami dah jumpa! 

Walaupun penyertaan ada 4 sahaja, tetapi kami tetap berbangga dengan testimoni ibu-ibu pengguna Medela Freestyle yang berpuas hati ini.

Jadi untuk memilih pemenang, kami telah appoint 4 orang juri yang terdiri daripada our lovely customers - yang sudah menggunakan dan bakal menggunakan Medela Freestyle ini (thanks buat Siti Safinatun, Ted Adam-ALif, Salasiah Salleh dan Riza Afzan).




Kami telah meminta mereka membaca testimoni-testimoni tersebut dan meminta mereka untuk memilih 1 testimoni yang terbaik sahaja. Dan hasilnya sangat mengujakan! Keempat-empat mereka telah memilih TESTIMONI 4: TESTIMONI PUAN FARIHAH (sila KLIK untuk membaca testimoni tersebut). Tahniah kami ucapkan kepada Puan Farihah! 




Seperti yang kami janjikan, pemenang bagi testimoni Medela Freestyle ini akan mendapat sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM129 (harga Sweet Bonda: RM100 sahaja). Lepas ni if ada baby seterusnya boleh la guna spareparts baru ni. Buat Puan Farihah, nanti kami akan menghubungi anda melalui emel ya. Tahniah sekali lagi. Semoga terus bersemangat menyusukan si manja dengan menggunakan Medela Freestyle (^_^)

*****
Oh ya.. Untuk bulan Jun ini, kami ada membuat satu peraduan lagi khas untuk customer Sweet Bonda. KLIK SINI untuk mengetahui peraduan tersebut! 


Testimoni 4: Medela Freestyle

TESTIMONI 4
By: Cikgu Syarfiza


Saya adalah salah seorang ibu menyusu yang berkerjaya. Sudah pastinya saya amat sibuk dengan tugasan sebagai isteri, ibu dan guru. Oleh itu, saya memerlukan alat mengepam susu yang efisien serta mudah dikendalikan. Mujurlah sweet bonda memperkenalkan Medela Freestyle kepada saya. Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu untuk melaburkan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli alat mengepam ini, tetapi pelaburan ini ternyata berbaloi. Mungkin susu yang diperah tidaklah sebanyak ibu-ibu lain, tetapi dengan penggunaan Medela Freestyle yang mudah saya akan kerap mengepam susu walau di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ketika di tempat kerja, ketika di rumah walaupun sedang memotong bawang mahu pun ketika di dalam kereta. Saya juga pernah mengepam susu sambil mengacau bubur nasi yang sedang dimasak diatas dapur dengan menyangkutkannya di pinggang menggunakan tali pinggang yang disediakan. Kini si kecil kesayanganku sudah hampir 7 bulan. Saya amat  bersyukur masih dapat menyusukan si kecil dengan susu  sendiri. Dengan sokongan suami serta Medela Freestyle yang sentiasa disisi akan ku teruskan perjuangan ini. Semoga perjuanganku ini akan terus mendapat keberkatan Allah yang Maha Esa.


*****


Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)



*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

Testimoni 3: Medela Freestyle

TESTIMONI 3
By: Norliyana Saberi

Saya ibu kepada seorang anak yang baru memasuki 3 bulan. Saya sangat berpuas hati dengan medela freestyle. Medela freestyle dapat menjimatkan masa dan membantu kehidupan seharian saya sebagai ibu yang bekerjaya dan sebagai ibu yang menjaga anak seorang diri (weekend husband & wife). Pada mulanya saya rasa takut mahu membeli medela freestyle ini kerana takut penghasilan susu saya tidak banyak dan rasa sangatlah rugi membeli pump yang agak mahal. Tetapi setelah saya mendalami kelebihan pada medela freestyle, saya bertekad ingin membelinya untuk menjayakan misi  ‘exclusive breastfeed’ dengan kutu medela freestyle sweetbonda. Setiap hari saya akan berpuas hati dengan penghasilan susu yang semakin banyak dan gembira bila peti ais saya dipenuhi dengan EBM. Sekarang dengan hanya 2 kali pam ditempat kerja dalam masa 30 minit setiap masa pengepaman , saya dapat mengahasilkan 25-28 Oz. Alhamdulillah rezeki anak saya yang dilimpahkan dengan susu yang banyak dengan penggunaan Medela Freestyle.



*****

Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012~


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)

*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)


Testimoni 2: Medela Freestyle

TESTIMONI 2
By farihah_koleksi

Assalamualaikum W.B.T.  Sweet Bonda,

Saya telah menggunakan Medela Freestyle selama lebih kurang 1 tahun 3 bulan.. saya amat berterima kasih dengan Medela Freestyle.. bukan mudah untuk minta suami melaburkan duit membeli Medela Freestyle ini. Banyak pembacaan internet, dan bertanya dengan kawan-kawan yang pernah menggunakan Medela Freestyle. Setelah kajian dibuat, didapati Medela Freestyle adalah satu pam yang sangat berguna bagi ibu berkerjaya seperti saya...
Sebagai seorang Pegawai Kerajaan, saya mengepam susu dengan menggunakan Medela Freestyle di meje kerja tanpa perlu pergi ke surau atau mencari bilik kosong... dan saya juga boleh buat kerja sambil mengempan susu tanpa mendedahkan aurat pun... Selain daripada itu, saya sangat suka Operasi Medela Freestyle yang mempunya 2 phase iaitu expression dan stimulation phase kerana ia membantu meningkatkan production susu saya setiap hari...Saya juga boleh mengepam susu dimana sahaja, kerana bateri pam Medela Freestyle ini boleh bertahan sehingga 3 jam.. membolehkan saya mengepam di dalam kereta tanpa memerlukan power point...
Selain daripada itu, bentuk pam Medela Freestyle yang kecil dan comel ini mudah dipegang dan ianya ringan untuk dikendalikan... Bunyi pam juga tidak terlalu kuat, tidak menganggu anak saya ketika tidur sekiranya saya sedang mengepam disebelah dia.
Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sedang mencari pam yang terbaik untuk meneruskan hasrat memberi susu ibu kepada bayi mereka, MEDELA FREESTYLE adalah jawapannya! :)


*****

Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012~


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)

*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

Testimoni 1: Medela Freestyle

TESTIMONI 1
~CINTA SENTUHAN PERTAMAKU!!!!!~
By Rose Sakinah

Kali pertama menggunakan Medela Freestyle saya terus jatuh cinta..bukan CINTA PANDANG PERTAMA tau..cinta yang lebih hebat dan takkan boleh berlaku di mana-mana kecuali antara SAYA dan MY LURVLY FREESTYLE..CINTA SENTUHAN PERTAMANYA yang membuatkan saya terbuai dengan kelembutan badannya dan liuk lempai sedutan serta hisapannya yang melalaikan diriku yang sememangnya mendambakan belaian yang terbaik pada masa saya berpantang sendirian..kesedapan dan keseronokan yang dirasai hingga membuatkan hasil pertama saya bermanja dengannya sebanyak 24oz..wauuuu!!!!...Alhamdulillah!!!..Terima kasih ya Allah!!kerna memberikan saya rezeki yang takterhingga..dalam masa yang sama telah memberikan saya pasangan CINTA yang TERBAIK buat diriku dalam usaha mencapai dan memenuhi apa yang telah ENGKAU syariatkan..moga dengan adanya TEMAN SETIA ku ini, perjuangan kami menemui KEJAYAAN..tiada kejayaan yang paling bermakna buat diriku bersama FS yang tercinta ini melainkan KEJAYAAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKKU SEHINGGA DUA TAHUN DENGAN SUSUKU SEPENUHNYA...


*****

Anda pengguna Medela Freestyle? Emelkan testimoni anda kepada kami (sweet.bonda@yahoo.com), dan testimoni terbaik akan menerima sekotak Medela Freestyle Spare Parts Kit yang bernilai RM125! Sehingga 31hb Mei 2012~


:: Maklumat lanjut sila klik SINI


:: Berminat mahu membeli Medela Freestyle atau menyertai sistem kutu Medela Freestyle? Klik SINI
(Oh ya! Kami ada mengadakan SALE sehingga 31 Mei 2012 - Medela Freestyle RM1490 sahaja!)


*Mungkin ini anda yang punya* (^_~)

Kami Mencari Testimoni terbaik Medela Freestyle!


Sweet Bondas.. Salam Isnin salam ceria.. Jangan Monday Blues pagi-pagi Isnin ni ya.. Biasa la kalau dah cuti lama tu malas aje nak gi kerja kan.. *hehe*
Jangan biarkan diri anda dipengaruhi fikiran-fikiran negatif macam tu.. Setkan dalam minda hari ini adalah hari produktif anda! Mulakan minggu anda dengan senyuman dan tenaga positif! (^_^)

Ok back to the point, kami tengah mencari testimoni terbaik daripada pengguna Medela Freestyle. Anda telah lama gunakan Medela Freestyle? Ok tak? Best tak? Sangat membantu anda menjadi multi tasking mommy? Kalau jawapan anda ya, ya, ya dan ya.. Sila la hantar testimoni anda kepada kami ya.. Hantar ke emel sweet.bonda@yahoo.com dengan subjek: Testimoni pengguna Medela Freestyle.

Kami akan mengupload testimoni anda di BLOG Sweet Bonda dan juga di bahagian dokumen di FB Sweet Bonda. Dan testimoni yang terbaik akan menerima 1 kotak Medela Freestyle Spare Parts Kit seperti gambar kat bawah ni.. best tak? Memang la best.. Medela Freestyle Spare Parts Kit ni sangat-sangat berguna apabila Medela Freestyle anda tu dah lama digunakan. Mesti anda nak buat spare kan?


Medela Freestyle Spare Parts Kit ini kalau ikut market Malaysia harganya RM125 ya puan-puan.. Tapi kalau anda mahu dapatkan di Sweet Bonda kami menawarkan pada harga RM100 sahaja. Tapi very limited stock. Kami dapat jual dengan harga yang murah sedikit sebab kami beli dari US. Tapi kualiti tetap sama. Jangan risau.. (^_^) Jadi sesiapa yang berminat boleh la emel kami ya.. Seperti biasa emel di sweet.bonda@yahoo.com

Sambung semula pasal testimoni ni.. Kami akan menerima testimoni anda sehingga 31 Mei 2012. Cara pemilihan testimoni terbaik masih lagi dalam perbincangan. Mulanya saya mahu memilih sendiri, tetapi saya ada terfikirkan cara yang lain. Nanti saya update ok. Yang pastinya saya akan melibatkan anda-anda juga (^_^)

Jadi kalau anda berminat sila la emel saya ya. Lagi cepat lagi bagus. Jangan last minute. Tak elok *Hehe*